Saturday, October 27, 2012

Karok time.. cuba try test kat FIRE Zone Family KTV, Kota Damansara

Aku ngan husband sangat suka menyanyi *kalau rasa2 nak ajak karok tu, kami on je :P

So, kami selalu try tempat baru. Kali ni kami try kat sini lak...




Tempat baru... maknanya barang baru. So, sound sume sedap je dengar.

Kami pegi malam... baru ada feel
Terletak kat tingkat 1, so kena naik lif.
 Bukak je pintu lif, nampak 'makcik' ni. Terkejut mak. Ops.. lupa lak 31st Oktober ni hari Hallowen.

Model-model aku ;p
Masuk pintu je, jumpa kaunter
Korang nampak tak anak aku Airis mendongak sebelah kanan model-model aku tu. Dia minat benda tergantung tu...


Menatang yang tergantung ni... bley menggelupur bila kita tepuk tangan. Tu yang Airis minat sangat tu.

Suka tengok dekorasi sempena hari Hallowen kat kaunter ni. Macam-macam ada...



Kitorang ambik bilik medium je. Dalam RM15 sejam. Medium, tapi luas gak buat kami




Lagu-lagu nye plak.... ok la. Tapi tak banyak lagu baru. Aku ok je... evergren pun aku layan ;p

Ada gak snack ngan drink, bley di order.

klik utk tumbesaran
Korang bley le try asah tekak kat sini. Senang je nak cari sebab tepi jalan je.



Biasa kitorang 'menyumbangkan' suara selama 2 jam. Perasan jadi artis jap. Hahaha.....






Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha 1433H

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Orang melayu panggil raya korban.



Aku tak balik kampung. Beraya kat umah aku. Aku bawak mummy aku datang sini. So kami beraya di perantauan.


Sama je kan? raya gak... as long mummy aku ada skali. ;)




Ni adik beradik yang beraya bersama. yang lain beraya di rumah mentua masing-masing.

Pepagi tu husband aku bawak anak-anak pegi tengok orang sembelih lembu kat masjid. Biar diorang lebih berani sket.



Hai... bila la dapat sampai sini. Harap-harap ada la rezeki nanti...

InsyaAllah..

Subhanallah... indahnya...





Tuesday, October 23, 2012

TIPS : 5 perkara yang boleh rosakkan kulit wajah


Aku yakin sangat yang korang semua nak kulit yang licin sempurna. Walaupun kita da melakukan benda2 asas dalam penjagaan wajah ( cuci muka setiap hari, pakai pelembap, jaga pemakanan, latihan face-building dan sebagainya) , tapi kesannya tak seperti yang kita nak. itu tak bermakna, apa yang kita da buat tu tak berkesan. Berkesan memang berkesan, tapi ada benda lain yang jadi punca. Jom kita selidik pe benda yang boleh merosakkan kulit muka kita.

 Handphone. Korang pernah tak terfikir yang terdapat banyak bakteria pada permukaan fon korang? Tak? Banyak sebenarnya... cuma kita tak sedar. Kita kan biasa letak fon tu merata-rata - dalam beg, poket, atas meja, atau lantai yang kita tak taw tahap kebersihannya. Serious, memang  banyak! Then kita letak plak fon tu melekap kat tepi muka. Habis semua kuman-kuman berpindah ke muka kita, kan? So, untuk elakkan benda ni. Rajin-rajin la lap permukaan fon korang ngan wet tissue yang ada anti bakteria.

 Sarung bantal. Aku tau ada antara korang yang sayang sangat ngan bantal busuk korang sampai bertahun-tahun taknak basuh, kan? Tapi, penting sebenarnya... korang perlu basuh sarung bantal dengan kerap. Sebab.. bila korang tak basuh sarung bantal korang tu, sel-sel kulit mati kita akan tertinggal kat bantal kita tu. Masa kita tidur, kulit kita akan  membina sel baru. Untuk mengelakkan benda ni, kita kena rajin sapu krim pengelupasan khas untuk kulit wajah, pada muka kita dalam dua atau tiga kali seminggu, juga rajin-rajin la cuci sarung bantal korang tu.

 Pancuran panas.  Syok kan bila kita penat balik dari kerja, kita dapat mandi air panas? Tapi korang tau tak yang air panas tu akan merosakkan liang-liang dimuka? Bukan aku yang cakap tau. Ni pakar yang bagitau. Menurut pakar, air panas akan menghilangkan minyak semulajadi muka dan ia akan menyebabkan pelindungan semulajadi kulit tak dapat nak halang kulit dari rosak akibat pencemaran persekitaran. Akibatnya, kulit korang akan jadi kering dan gatal. Untuk elakkan benda ni, korang kena la mandi dalam masa yang singkat dan guna air sejuk je.

 Chewing gum. Remaja sangat suka kunyah chewing gum. Chewing gum ada kelebihan dan kekurangannya tau. Yang baiknya makan chewing gum ni, ia akan membersihkan mulut dari sisa makanana yang terlekat di celah gigi dan buat nafas kita segar je.  Tapi, ada buruknya! Bila kita mengunyah chewing gum beruang kali ditempat yang sama, korang akan  mengulangi gerakan otot yang sama banyak kali, dan ini akan menyebabkan sekeliling mulut korang senang berkedut. Perbuatan berulang ini akan mengakibatkan tisu sokongan kulit kita hilang, begitu juga dengan keanjalan kulit.

 Memek muka. Semua da tau, memek muka adalah antara punca kedutan. Tapi korang tau tak, kalau kita merokok, atau sedut air guna straw.. juga akan menyebabkan kedutan disekeliling mulut kita. Ia terjadi dengan perlahan-lahan yang membuatkan kita tak sedar pun, dari semasa ke semasa. So, jangan nak sedut sangat la. Cuba elakkan dan muka kita akan kekal muda selagi boleh. 



.Sha.Sha. say : Mencegah lebih baik dari mengubati...



Monday, October 22, 2012

Selamat Jalan MALBAT 5

Aku ngan husband bawak PIL gi jumpa sepupu husband aku, Khairul Bahari atau kitorang panggil Aloy je kat Hotel Concorde Shah Alam. Kenapa? Sebab Aloy akan berangkat ke Lubnan esok bersama kumpulan MALBATT 5 dalam misi pengaman PBB di sana selama setahun.

Smart tak? Single but not available, ok!

Aloy jadi pengapit husband aku, arwah mak anjang jadi pengapit aku
 Husband aku ngan Aloy ni membesar bersama. So diorang agak rapat. Masa kawen pun, Aloy jadi pengapit dia. Aloy ke Lubnan menaiki penerbangan Air Asia kat Lapangan terbang TUDM kat Subang. Menurut Aloy, perjalanan mengambil masa selama 8 jam, direct.

Sebelum pergi, sempat bergambar ngan family

Kalau nasib baik, ada la cuti, dan dapat la dia balik kampung.

Aloy masih bujang, tapi da bertunang dan tunangnya dok kat Johor. Kem Aloy plak kat port Dickson. Sabar la ye Aini. Kalau da jodoh, tak kemana.

Keluarga husband aku ramai yang jadi askar/tentera, termasuk la pak mentua aku. Masa muda PIL aku ni banyak berpindah randah kerana tugas sebagai tentera.

Kata husband aku, kalau dia tak kawen muda dan tak masuk UiTM (dulu ITM je), dia pun akan jadi askar. Da takdir camgini kan?

Bersama teman2 yang pergi sama.
Berita lanjut mengenai MALBAT 5.

 SUBANG, 22 Okt 2012 - Seramai 300 orang Kumpulan Pertama Kontinjen MALBATT 5 terdiri  dari 37 Pegawai  dan 263 LLP termasuk 7 anggota dari Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB) dan 6 anggota wanita yang menyertai Misi Pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 22 Okt 12 dengan diketuai oleh Komander MALBATT 5, Kol Zainal Abidin bin M Said.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah memakaikan Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada semua peg dan anggota Kumpulan Pertama MALBATT 5 dalam satu perbarisan ringkas yang diadakan sebelum mereka berlepas.

Panglima Angkatan Tentera, dalam ucapannya menegaskan supaya MALBATT 5 meneruskan kecemerlangan tugas dan keunggulan pasukan di bawah panji-panji UNIFIL terus dikekalkan. “Ketumbukan Malaysia dipandang tinggi bukan sahaja kerajaan dan rakyat tempatan malah pasukan-pasukan lain di bawah UNIFIL memandang tinggi kemampuan, kebolehan dan sikap professional kita. Kontinjen negara juga dikategorikan sebagai salah satu yang diterima cemerlang oleh penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman menurut laporan Military Civil Outreachs Unit UNIFIL yang membuat penilaian bagi semua pasukan”.
Pelaksanaan  tugas dan fungsi MALBATT adalah berdasarkan mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu melaksanakan Resolusi 1701 bagi menentukan kestabilan dan keselamatan di kawasan tanggungjawab United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL).  MALBATT 5 yang mempunyai kekuatan 540 anggota iaitu 54 Peg dan 486 LLP akan mengambilalih tugas pada 29 Okt 12 daripada MALBATT 4 dan akan berkhidmat di Bumi Lebanon selama setahun. Kumpulan Kedua MALBATT 5 akan berlepas pada 30 Okt 12.

Sumber : SINI


.Sha.Sha. say : Semoga selamat pergi dan selamat kembali...


Friday, October 19, 2012

TIPS : Macam mana nak nampak cantik walaupun tanpa make up

Bersolek memang da jadi rutin aku kalau nak keluar rumah. Tapi agak meletihkan bila kita kena pakai dan cuci make up sentiasa. Sebenarnya kita lebih jimat duit dalam membeli alat solek bila kita hanya keluar rumah dengan 'natural beauty'. Tapi kita tataw camne nak nampak gorgeous walaupun tanpa secalit make up. Meh aku kongsi sikit tips.



1. Benda pertama and yang paling utama sekali yang membuatkan korang kelihatan cantik tanpa make up ialah amalan tidur yang baik. Maknanya, tidur 8 jam dengan nyenyak... tanpa gangguan. Ini akan menghapuskan lingkaran hitam atau mengelakkan mata korang dari jadi sembab.

Good Morning!
2. Air sejuk, pelembap sejuk atau tuam dengan benda sejuk mujarab dalam membantu menghilangkan lingkaran gelap dan sembab. Lagi satu, cara paling senang - korang bangun pagi je, sembur atau percikkan air sejuk ke muka korang. Mesti segar punya!

Cuci muka dengan air sejuk je

 3. Penjagaan kulit, pengelupasan dan melembap... tiga benda asas dalam penjagaan wajah. Kalau korang nak nampak cantik walaupun tanpa solekan, kulit korang kena nampak 'glow and radiate'. Sebab tu korang kena buat rawatan pengelupasan seminggu sekali dan haruslah bersihkan muka sebelum memakai pelembap. Kalau tak, liang akan tersumbat dan membuatkan kulit muka jadi kusam.

Lagi satu benda yang mesti di elakkan, tidur dengan make up masih terlekat kat muka. Agaknya budget mimpi nak menang miss world ke ape. Haha.... Kulit korang akan lebih senang jadi kusam dan tak sihat. Kulit korang tu nak bernafas gak.

Mencuci-melembap-menyegar... tiga perkara penting dalam penjagaan wajah
 4. Korang kena banyak minum air kosong bagi mengekalkan kulit yang lembab dan licin. Pakar da mengesyorkan, kits kena banyak minum air kosong setiap hari bagi membuang toksin dari badan. Elok sangat le tu. Ia tabiat yang baik taw.

Minuman feveret aku kat rumah ;p
5. Spek mata gelap memang sesuai dipakai bila-bila masa pun. Hari mendung, panas, dengan atau tanpa make up.Kesan pencemaran persekitaran, terutamanya cahaya matahari terik akan buat muka korang cepat tua. Pakai spek gelap memang idea yang bernas kerana selain korang boleh nampak vouge secara instant, ia boleh gak mengelakkan kedut kecil sekitar mata korang tu.

Tak boleh keluar rumah tanpanya...
6. Rambut yang cantik bersinar pun bley gak membantu buat korang nampak cun biarpun tak bersolek. Pastikan bibir korang licin dan sihat. Tak payah nak gincu bagai. cukup la bibir munggil korang tu korang salutkan ngan lip balm.


Love my hair
Bila kita amalkan tabiat buruk, jawabnya kesan buruk le yang kita dapat, kan? So, kalau korang nak nampak lawa tanpa make up, korang kena la buang tabiat buruk dan amalkan tips yang aku bagi tu. Amacam? 

.Sha.Sha. say : Yang penting, bersih dalam hati. Automatik luaran pun nampak cantek je, kan?



Selagi hayat dikandung badan

Parent in law aku still kat rumah aku. Apak ada follow up untuk masalah batu karang dia kat Hospital Selayang ngan IJN. Maybe diorang kat sini sampai Selasa kot.

Husband aku insan yang paling sibuk sekali. Nak kena bawak orang tua dia ke sana, kesini. Jadi driver diorang untuk seminggu. Hehehe..

Penat.. memang dia penat. Tapi memikirkan tanggungjawab dia, memang dia tak nak merungut. Aku ok selagi dia ok. Da memang tanggungjawab dia. Macam mana dia baik layan mummy aku, camtu la dia kena layan parent dia. 

Aku plak.. hihi.. jadi menantu solehah untuk seminggu. *Solehah la sangat ;p . Aku bukan hipokrit. Aku tak suka, aku cakap secara berhemah. Selagi aku boleh terima, aku ok. Mak aku tak ajar aku kurang ajar ngan orang tua, ni kan mak pak mentua aku yang da jadi macam parent aku sendiri. Mereka layan aku dengan baik sekali, nape aku tak boleh kan? Sepanjang 11 tahun dengan mereka, tak pernah pun aku buat hal. Aku rasa, aku la menantu kesayangan diorang... kot? Ngehehe....

Alaa... orang tua. Ni la masa kita nak jaga diorang. Hayat diorang pun, tataw berapa lama lagi. Selagi diorang ada, baik kita layan elok-elok. Jangan nanti kita menyesal di kemudian hari. Mak, Apak kami sayang kamu berdua....   




Thursday, October 18, 2012

TIPS : 5 tips nak jadi Wanita Stylo

Aku suka bergaya. Tetapi nak bergaya kena tengok kesesuaian umur gak. Aku bergaya berpada-pada, sesuai ngan status dan kemahuan husband. 


Persoalan yang selalu bermain di minda perempuan... "macam mana nak jadi seorang wanita yang bergaya?". Benda pertama yang korang kena faham adalah... apa makna bergaya yang sebenarnya. Seseorang yang bergaya, tak bermakna dia adalah fanatik dalam berfesyen. Korang percaya atau tak, gaya kita dikaitkan dengan keperibadian kita. Ia menunjukkan watak, perasaan dan impian kita yang sebenarnya. Wanita yang bergaya pandai dalam memilih pakaian yang sesuai untuk diri korang. So, mari kita mulakan langkah pertama.


Tips # 1: Belajar!
Cara terbaik untuk korang belajar sesuatu yang baru adalah dengan mencari contoh yang baik. So, untuk jadi seorang wanita yang bergaya, korang perlu belajar 'undang-undang' berfesyen. Bukan belajar pe, korang just kena tengok setiap perempuan  walau dimana pun korang berada. Di jalanan, di mall, di sekolah atau di mana saja korang pergi. Wei... cikgu-cikgi skang ni pun da pandai bergaya ke sekolah taw! ;p


Selain tu, korang kena rajin baca majalah fesyen (favorite aku Cosmopolitan ngan Lisa ;p) juga tengok rancangan tv berkenaan fesyen ( haha.. aku suka tengok American Next Top Model ngan Safiya di TV9)



Tips # 2 Check it out, babeh!


Benda kedua yang korang kena buat ialah - selongkar gobok korang. Aku rasa mesti korang akan jumpa beberapa helai/pasang baju lama yang sepatutnya korang da buang, tapi still korang simpan dengan alasan yang korang cipta seperti 'baju elok lagi, sayang nak buang', 'Baju ni ada kenangan yang tersendiri' Ececeh...

So, ni la masanya untuk korang merealisasikan pelan jangka panjang korang. Buang atau sedekahkan ler baju-baju yang korang rasa da tak sesuai, tanpa belas kasihan, okeh!

 Tips # 3 Mulakan dengan kombinasi selamat

Jika anda tidak pasti tentang kombinasi yang betul, pilihan terbaik adalah variasi klasik: hitam-hitam, hitam-putih, kombinasi kelabu-putih dan monokrom. Selain itu, anda perlu menyemak mana warna dan yang gaya pakaian patut anda. Selain itu tidak menambah butiran yang tidak perlu kepada gabungan sempurna.

Kalau korang tak yakin dengan warna yang sesuai untuk korang, cara terbaik ; pilih warna selamat.. hitam, kelabu, putih ataupun coklat ke. Tapi, korang kena la berani mencuba, selidik warna dan fesyen apa yang sesuai untuk korang. Yang penting, jangan terlalu beria. Maksud aku less is better, ye...


Tips # 4 Tahu apa yang sesuai dengan anda!

Sangat la penting untuk korang tahu pakaian apa yang sesuai untuk korang. Jangan takut untuk cuba fesyen yang korang tak pernah cuba. Warna baru, fesyen baru akan membantu korang dalam menentukan gaya korang nanti. Jangan paksa diri korang! Korang kena ingat, fesyen atau pakaian yang tak kena buat korang, jangan sesekali korang pakai.


Tips # 5 Ber'eksperimen'



Bila korang da capai tahap keyakinan yang sepatutnya, korang bley la mula ber eksperimen. Korang boleh cuba  baju atau fesyen yang tak pernah korang try.

                          Selamat Mencuba!                                               
                                                           
              
           
.Sha.Sha. say : Nak bergaya pun satu cabaran gak. Style korang mesti la sesuai dengan imej keseluruhan ; dari  make up, ke gaya rambut, juga aksesori korang. Imej luaran korang mencerminkan dalaman korang taw! 





Wednesday, October 17, 2012

Down

Aku takde mood nak update blog. Down sangat rasanya :(

Mak anjang aku da kembali ke Rahmatullah pukul 4.35 am 13 Oktober 2012 di Sungai Besar, Selangor. Aku berkesempatan menatap mak anjang sehingga ke nafas terakhirnya. Aku juga dapat mengiringi perjalanan terakhirnya ke kubur, ke alam kekal. Alhamdulillah...

Sedih sesangat. Aku tak pernah menghadapi situasi sebegini. Masa arwah abah aku meninggal 28 tahun dulu, aku baru berusia 2 tahun. So aku memang takde experience menghadapi situasi sebegini.

Nasib baik Allah SWT mempermudahkan perjalanan akhir mak anjang. Muka arwah tersenyum je saat dikapankan. Makcik2 yang memandikan jenazah pun cakap, "jangan sedih sangat. Allah lebih menyayangi dia. Tubuh dia bersih je masa dimandikan." Aku sempat mencium pipi dan dahi mak anjang buat kali terakhir.

' Dari Dia kita datang, kepada Dia kita akan kembali'. AL FATIHAH...






Wednesday, October 10, 2012

Mak anjang semakin kritikal :'(

Sedih... Keadaan mak anjang makin kritikal.

Mak anjang disahkan memghidap kanser tulang tahap 4, dan sel kanser dulu da merebak ke tulang dan menyebabkn tulangnya reput.

Mak anjang da xbley jalan langsung, kena dukung ke tandas,kurus,perut buncit,mata kekuningan malah daya ingatan pun da kurang :-(

Walaupun kita berubat secara tradisional, hospital pun kita tetap kena wat follow up.
Malam ni aku nk balik Teluk Intan.Nk amik mak aku,then gi tengok mk anjang kat rumah anak dia di Sungai Besar. Takkan nak tunggu mak anjang da nyawa2 ikan,baru nk gi tgk.
.Sha.Sha. say : Semoga kita lebih aware.



Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 6, 2012

Airis da pandai lukis.



Yg 1st tu, Airis kata 'HANTU KOCONG'. Yg satu lg tu,org da ada bentuk walaupun tangan lidi.Hihi...
Da anak mama  ;-) 




Published with Blogger-droid v2.0.9




Happy 11th Anniversary, My Love!






.Sha.Sha. say : I'm in luv... 

........♥#########♥
.....♥#############♥
...♥###############♥
..♥#################♥..................♥###♥
..♥##################♥..........♥#########♥
....♥#################♥......♥############♥
.......♥################♥..♥##############♥
.........♥################♥################♥
...........♥###############################♥
..............♥############################♥
................♥######AKMALIEZA########♥
..................♥#######################♥
....................♥#######061001#######♥
......................♥#################♥
........................♥###############♥
...........................♥############♥
.............................♥#########♥
...............................♥#######♥
.................................♥#####♥
...................................♥###♥
.....................................♥#♥
.......................................♥
.......................................♥
.......................................♥



Friday, October 5, 2012

Happy 10th Birthday, my boy!


Hari ni birthday anak sulung aku, Shahir. Kejap je da 10 tahun. Rasanya macam baru je aku pangku dia kat wad Hospital KL.

Shahir beranak secara C-section sebab dia da lemas dalam perut. Hari tu hari Jumaat, Israk Mikraj. Jam 12.21 tgh hari. Masa tu wad penuh, katil aku kena letak tepi koridor smpai ada kosong. Tapi aku tak sedar sebab ubat bius tak hilang lagi.

Rasanya, satu malam tu aku tak bagi Shahir menyusu. Esoknya baru dapat bagi susu. Aku kena warded selama 5 hari sebab aku demam.

Kelakar bila ingat... masa aku kat wad, orang tanya Shahir 'ni anak cina ke?' Muka dan kulit dia putih macam anak cina. Ramai orang sangka aku kawin ngan cina. Hahaha.. cina le sangat.

 Takde wat parti pun. Shahir da besar, da nak jadi anak muda. Cukup mama beli kek je.


Nyawaku...
Semoga Shahir menjadi anak yang soleh, yang akan menjaga adik-adik bila da besar nanti. Moga Shahir berjaya dunia dan akhirat. Amin!




❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀