Sunday, February 26, 2012

Under Construction



SORRY,... my blog is under construction.
Please come back later.

**Abaikan rupa blog yg agak hodoh ni ;p

Wednesday, February 15, 2012

Kecut perut

Dalam berjaga-jaga pun, bley kena gak.

Anak kedua aku, Aina memang agak degil. Diam-diam dia curi masuk bilik abangnya, amik sharpener milik abangnya. Aku tak sedar sebab tengah sibuk mendobi sarung bantal ngan selimut.

Lepas tu, datang anak bongsu aku, Airis. Di tunjuk mulutnya pada aku.
"Mama... tengok ni" katanya. Aku rasa macam nak pengsan bila tengok darah meleleh keluar dari mulutnya.Relax, jangan panic (*dalam hati aku). Aku belek2 dalam mulut Airis.. oh... lidah dia yang berdarah. Agak banyak darahnya.

Siasat punya siasat, sah lah Aina da amik sharpener abangnya, lepas tu biar bersepah merata. Then Airis ambil main2 letak kat mulutnya dan terkena lidah terus berdarah.Ish..ish..ish... bikin risau je.




Tuesday, February 14, 2012

Salah siapa?

Hari Jumaat minggu lepas, aku ngan husband ke LHDN, Damansara Perdana. Nak check status BR1M mak aku. Standard r orang kita, last minit baru nak buat ;p.

Kat surat jawapan mak aku tu diorang tulis TIDAK LAYAK. Alasannya, tanggungannya iaitu adik aku da masuk dalam tanggungan orang lain. Means, nama adik aku da ada org masukkan namanya sebagai tanggungan.

Pe ke halnya? sape plak yang da guna nama adik aku tu? Kami keliru, so, kami ke sana untuk semaksemula.

Semak punya semak, rupanya ada orang lain guna no IC adik aku. Laa.. sistem canggih diorang ni tak bley detect ke bila diorang key in no yang sama? Diorang tak siasat ke?

Last2, jadi keje kami plak... kena isi semula borang rayuan. Siapa sebenar yang harus dipersalahkan? LHDN? JPN? Kami? Agak2nye, org tu da sedap2 makan duit RM500 tu. Kami tak kisah sangat pasal duit tu, tapi kalau betul no IC mereka sama, apa kes?

Da la aku tengah hot masa semak tu, pastu ada sorang CA-YA-NUN-ALIP yang agak berumur tu bikin aku bertambah panas. Masa tu husband aku tgh brcakap ngan kerani yg tengah semak tu. Aku plak tengah call adik aku untuk pastikan no IC dia betul ke tak. Lepas abih call, aku terus menuju ke husband aku, nampak macam aku potong Q. Tetiba dia tegur aku, " Halo.. beratur la,"dengan nada yang agak kasar. Nasib baik aku ni ada pertimbangan, lalu aku pun menjawab dengan agak sopan, " husband saya meh.." dia terdiam malu. Padahalnya, dia memang da beratur belakang kami, lagi dia tak perasan ke?

Ni, nak kena ke LHDN, Damansara Perdana tu balik nak submit borang rayuan yg memerlukan salinan IC mak ngan adik aku yg berada kat kampung. Adeh......

Monday, February 13, 2012

Lepat Labu

Agak lama aku tak update blog, lagi lama aku tak buat post tentang makanan. Hari Ahad lepas aku teringin sangat nak makan lepat labu. Kalau kat kampung, ada la juga orang jual. Tapi kat sini, memang tersangat la susahnye.

Akhirnya tetiba bersemangat nak cuba buat sendiri lepat labu. Plus hari tu ada labu lebih masak lemak sayur labu. Meh cuba...

LEPAT LABU

Bahan-bahan

    * 600gm labu yg telah dibuang kulit
    * 3/4 cawan tepung gandum
    * 1   cawan tepung beras
    * 1/2 cawan santan pekat
    * 3/4 cawan gula
    * kelapa parut putih dan sedikit garam digaul bersama utk intinya
    * daun pisang secukupnya

Cara-cara

   1. Rebus labu hingga empuk, kemudian toskan. Lenyek labu tadi sampai hancur.
2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras,gula dan santan. Then kacau rata.
   3. Sediakan daun pisang. Letak adunan tadi, kemudian letakkan inti kelapa didalamnya. Balut kemas, kemudian  disusun dalam loyang pengukus
   4. Panaskan kukusan. Bila air dah didih, masukkan loyang yg berisi lepat tadi dan kukus selama 25 minit. Bila dah masak tunggu sejuk skit dan bolehla dimakan.





Nampak tak ada isi yg terkeluar? Haha.. tu la akibatnye tak layarkan daun pisang atas api terlebih dulu ;p



❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀