Thursday, April 26, 2012

Mari mandi

Mandi kucing daa.. da agak lama xmandi kucing2 ni. Mesti susah sebab sume da tua da besar bagak. Jenuh r...























Sambil2 aku mandikan 9 ekor kucing, husband aku plak aku tugaskan untuk bersihkan bilik  kucing. Terima kasih sebab terpaksa membantu. Ekekeke...

Auww.. seksinya chenta I ni... nasib la kalau dia dpt taw aku letak gambar ni.  ;p



Sunday, April 22, 2012

Anak buah husband, Yazmeen kawen March 2012

Wah... lama gak aku simpan post ni. Banyak gambar yg perlu di edit.

Majlis pernikahan Yazmeen ngan pasangannya Zikri berlangsung di Masjid Usamah Section 2 Wangsa Maju pada 16 March 2012 pukul 11am.

Manakala majlis resepsinya plak dibuat keesokan harinya di Dewan Tun Dr Siti Hasmah, Rumah Puspanita Jln Hose, KL.

Nikmati la gambar2 yg aku ambil sepanjang 2 hari tu...

Biras aku ngan anknya yg sibuk siapkn makanan utk tetamu pagi tu
Pengantin da smpai. Cantik baju dia
Barang hantaran dari kedua belah pihak
Diana F Plus... I loike!
Sain pe yg patut dulu

Selamat suda...
Happynye mereka





Lega.. siap tunjuk peace sign lagi


Family kedua2 belah pihak. Cari r mana aku

Goodies utk tetamu pagi tu.So cute!

Selesai akad nikah... majlis resepsi plak...

My princess tgh siap2 kt bilik tetamu kt dewan tu

Pengantin da sampai.. naik Estima abg ngah husband



Pelamin nan indah

Anak abg ngah husband, Nabil ngan makwenya, Adele.


Me wif my biras... wife abg ngah


Me wif Najihah, Nabil's sister

The candy bar... my apom polka dot

Sangat suka temanya... Garden wedding. Siap letak merpati hidup kt pintu gerbang tu
Sorry la... masa majlis resepsi ni aku xbanyak amik gambar sbb aku antara org sibuk layan tetamu.Hihi..

Friday, April 20, 2012

Yeay! Tiket Free


Hahaha... saje je aku cuba nasib, jawab soalan dari Cathay Cineplex mengenai cite perang dari Korea, My Way, lakonan Jang Dong Gun (* i like....).Mengisahkan tentang dua sahabat baik yang akhirnya terpaksa bersaing dan bermusuhan akibat perperangan.



Dan... ini la soalannya...


Dan... ini la jawapan yang aku hantar... (bape banyak dan daa)

Dan... akhirnya keputusan diumumkan...

Tadaaaa.....


Yeay! Tak sangka bley dapat...

2 tiket... aku nak gi tengok ngan sape pun tataw. Chinta hati aku? Peh.. dia xminat heavy drama ni. Tamaw sudah.. ajak kekasih gelap, bley?  ;p

Monday, April 16, 2012

Terserlah lagi bakat seni aku ;p

Ni sume keje last minit anak bujang aku. Da la esok nak hantar petang baru gitaw. Mama gak yg kena siapkan keje skolah dia. nasib baik abah tolong skali. Dan nasib baik gak mama ngan abah ni amik art masa zaman skolah.

Aku guna barang2 yang ada kt umah ni je. Memang keja last minit, terima sajelah seadanya macam mana hasilnya nnati. Ekekeke...

Semua pun nak nolong. Tp mula2 je. Lepas tu semua megholoh

Benda ni slalu buat masa zaman skolah dulu. Lagipun selalu tgk kat Disney Channel

Tadaa... ni la hasilnya. Cantik x?
 Siap gak akhirnya. Tapi akibatnya aku tido pukul 4 am. Zzzzzzz

Nasib baik xterbuang skali. Suka sangat dok dalam plastik

My 7kg CHIQI



Haha... ni induk kucing kt umah aku, Chiqi namanya. Besar.. anak2 aku pun takut pd dia. Nak angkat, lagi la xlarat.

Tu dia.. besar tak? perut pun da melendut.Ekekee...


Chiqi ni sangat manja. Biasa la... kucing jantan memang manja. Chiqi ni pun penakut sket. Tapi, miang memanjang. So, sesape rasa nak wat mating, bley r email aku ye ma_lieza82@yahoo.com. Harga bley kaw tim.

Thursday, April 12, 2012

Tips Malam Jumaat : Hangatkan asmara yang kian suram

Hilang keghairahan cinta ? Cuba strategi ni bagi mendapatkan mood, okay!




Kita sukakan hidup kita yang sentiasa sibuk, tapi kita harus terima kenyataan bahawa bila kita sibuk memanjang ;  dengan hal kerjaya, anak-anak dan rumah, itu semua kadang-kadang boleh menyebabkan korang hilang mood untuk berhubungan seks. Jika kehidupan seks korang telah hilang kehangatannya sejak dua menjak ni, ini adalah masa untuk menghangatkannya semula. Susun strategi agar korang dan si dia akan merasai semua hangatnya asmara.

Kembangkan otak dan pemikiran...
Otak adalah organ seks yang terpentingdan terbesar sekali. Ya, kedengaran agak klise, tapi itulah fakta biologi. Lagi banyak korang fikir tentang seks, makin besarlah kemungkinan korang nak lakukannya dan jadikannya kenyataan. Fikirkan perkara yang boeh merangsang korang. Atau adalah lebih baik kalau korang kongsi fantasi tersebut dengan si dia, pendapat kaunseor sex- Ian Kerner kaunselor, Ph.D., pakar yang telah membuat kajian  mengenai pasangan yang mempunyai kehidupan seks yang paling memuaskan adalah orang-orang yang sedia nak kongsi fantasi bersama - walaupun korang hanya bercakap mengenainya.



Jadikan seks satu keutamaan...
Kebanyakan pasangan berkerjaya terlalu mengutamakan hal2 rumah, anak2, kerjaya, ini membuatkan mengadakan hubungan seks menjadi tiada kepentingan dan berada dibawah skali dalam 'to-do list' mereka. Kemudian, sedar2 je korang baru perasan yang korang da tak melakukan hubungan seks dalam beberapa minggu! Penyelesaiannya : "Pastikan ada masa untuk hubungan intim anda, hanya anda berdua, itu satu keutamaan," kata Gabrielle Morrissey, pengarang A Year Of Spicy Sex. Masukkan masa untuk hubungan intim dalam schedule korang jika perlu. Tempahlah satu malam untuk malam yang paling romantik untuk dilakukan, malah yang paling baik adalah korang boleh buat plan mengenainya terlebih dahulu, seperti candle light dinner ke. Sementara menunggu malam tu, korang boleh 'kasi panas' dengan berikan pergerakan atau lenggok panas yang boleh menggoda si dia ...

Lakukan pergerakan yang menggoda...
Bila kali terakhir korang goda suami korang? Jika kehidupan korang hanya berkisar kepada perkara yang biasa, seperti bila dia balik rumah, apa barangan runcit yang da takde, atau  mana nak pergi untuk makan malam, semua tu tak boleh buat korangmereka tidak betul-betul perkara-perkara yang akan meletakkan anda dalam suasana yang seksi. Biarkan si dia tahu yang korang masih 'hot' untuknya walaupun setelah beberapa tahun, ni merupakan cara mudah untuk menghangatkan kembali asmara dalam hubungan cinta korang. Cara yang mudah adalah, menggoda si dia dengan menghantar teks atau e-mel lucah pada si dia di siang hari. Beritahu dia yang korang tengah memikirkan tentang dia, betapa dia nampak 'hot', apa yang korang akan lakukan kepadanya bila dia pulang ke rumah.Tak payah la nak X-rated sangat, hanya cukup nak jadikan si dia rasa seronok dan bersemangat nak balik rumah.

Ubah suasana bilik tidur korang...
"Seks adalah seperti makanan," kata Kerner, jika korang makan benda yang sama berulang, korang hanya akan rasa bosan. Kebanyakan pasangan melakukan rutin seks yang sama setiap waktu, dan inilah yang jadikan seks dari menyeronokkan ke bosan. Jadi hangatkan bilik tidur korang seperti pakai sehelai pakaian dalam seksi, teroka lokasi hot baru dalam rumah, atau hanya dominasi si dia dengan mengawal atau mengambil peranan dalam hubungan seks korang


Selamat mencuba!

Wednesday, April 11, 2012

Pasangan korang kuat cemburu tak?



Pernah tak korang hadapi pasangan yang kuat cemburu? Ni benda biasa berlaku pada kebanyakan pasangan. Cemburu pun bley jadi punca retaknya sesuatu perhubungan, menyebabkan timbul rasa sangsi dan menyakitkan hati. Kebanyakan wanita mengharapkan pasangannya ada perasaan sedikit cemburu.Tetapi ada gak wanita malang yang dapat pasangan yang terlalu  kuat cemburu. Jadi macam mana korang nak tahu perbezaan antara lelaki yang ada sifat sedikit cemburu ngan lelaki yang terlalu kuat cemburu. Berikut adalah  tanda-tanda bahawa pasangan korang mungkin seorang yang kuat cemburu.

 Dia sering memerhati...
Maybe ia perkara biasa bila korang akan tanya mana dia pergi dan bila dia akan balik umah. Korang mesti nak tahu pe yang si dia tengah buat bila korang takde disisinya kan? Tapi, bila si dia asyik call  korang sampai berpuluh kali sehari hanya nak tanya korang kat ne and ngan sape, tu tanda tak baik tau! Lelaki yang terlalu kuat cemburu ni akan sentiasa nak tahu pe yang korang buat sepanjang hari. Mereka nak tahu korang tengah ngan sape dan pe yang korang akan cakapkan.Si dia mungkin akan menuduh korang sedang mengumpat bercakap mengenainya. Ni memang king control dan boleh buat korang rasa  macam dalam tahanan umah siap ngan cctv.Hehehe...


 Dia selalu betul...
Lelaki yang mempunyai perasaan kuat cemburu ni mempunyai personaliti yang sangat agresif dan amat susah nak ngaku kesalahannya."A jealous person gives the impression of being a very self-confident person," tu menurut Paul A. Hauck,seorang pakar psikologi klinikal yang mengarang 'Overcoming Jealousy and Possessiveness', tapi sebenarnya berpunca daripada rasa rendah diri yang melampau dan
rasa kedudukan yang tak secure.

Korang tak boleh berkawan...
Lelaki yang kuat cemburu ni bukan je nak control pe yang korang buat dan mana korang pergi, tapi dia juga nak control dengan sape yang korang bersembang.  Mereka juga nak control pe yang korang boleh tengok. Kalau ada kawan atau ahli keluarga yang dia tak berkenan, dia akan black-list kan orang tu. Kawan lelaki akan jadi orang yang mula2 skali dia black-list kan sebab si dia memang tak suka bila bayangkan korang sembang ngan lelaki lain. Ia dipanggil "suspicious jealousy", yang mana ia tak berdasarkan apa yang korang akan buat atau mungkin dah buat, tetapi berdasarkan ancaman yang dia bayangkan. Ia akan berterusan dan kalau korang tak berhati-hati, korang akan dapati yang korang tak boleh berkawan dan tak boleh nak ada kawan dan juga mungkin tak boleh nak melawat keluarga sendiri.
 

Si dia marah bila terasa dipinggirkan...
Lelaki yang kuat cemburu ni akan sentiasa nak turut serta dalam semua perkara yang korang lakukan. Ni antara sebab nape si dia asyik tanya tentang pe yang korang buat dalam satu hari tu.Sebab tu, kalau wanita buat sesuatu tanpa ajak dia untuk turut serta, si dia akan marah kerana si dia terasa kecil hati. Makin bertambah la rasa tak secure si dia tu.


Cemburu buat si dia jadi ganas...
Lelaki yang kuat cemburu cenderung melakukan keganasan. Bila si dia marah, si dia akan lepaskan kemarahan pada sesiapa atau apa saja yang ada disekelilingnya. Lelaki yang kuat cemburu menyuarakan rungutan mereka dengan kuat dan jelas. Mereka menjerit pada pasangan mereka, menampar mereka, dan merumitkan mereka tanpa malu. Lelaki sebegini juga akan memecahkan perabot mereka atau menumbuk dinding. Jika si dia cenderung nak pukul sesuatu bila dia cemburukan sesuatu, maknanya korang akan mempunyai masalah yang serius.



Macam mana nak hadapi teman yang kuat cemburu...
"Cemburu boleh memusnahkan sebuah perhubungan jadi amatlah penting untuk mengelakkan ia berlaku di luar kawalan," amaran Dr. Gabrielle Morrissey, kaunselor hubungan dan seksologist. Bagitahu dia pe yang korang rasa dan yakinkan si dia bahawa korang amat mencintainya tetapi sifat kuat cemburunya akan menyebabkan timbulnya masalah antara korang.

Tapi ingat... kalau korang nak si dia percaya kat korang, korang mestilah takde benda yang korang nak sembunyikan. "Anda harus menjadi seperti sebuah buku yang terbuka," kata Dr Phil McGraw, seorang pakar psikologi dan personaliti TV. Hormatilah pasangan korang. Bagitau dia, korang kat mana, bila korang balik dan apa yang korang buat, pun da cukup.

Satu lagi cara nak elakkan permintaan yang tak logik dari si dia: "Mereka akan berasa lega setiap kali anda meyakinkan mereka, jawab telefon dan beritahu dimana anda berada," tambah McGraw. "Jika dia menelefon kamu sehingga 10 kali, menjawab sekali untuk beritahu, kemudian tutup telefon anda." Tahu cakap 'TAK' bila perlu. Terlalu patuh dan percubaan membuat si dia gembira hanya akan menggalakkan kelakuan mereka.


Lelaki yang kuat cemburu mungkin rasa seperti dirinya diabaikan. Luangkan sedikit masa berdua-duaan dengannya. Tinggal berdua-duaan dirumah atau melancong berdua boleh mengeratkan lagi kasih sayang korang kerana tiada gangguan dari rakan-rakan dan keluarga.

Walaubagaimanapun, sekiranya macam2 korang da buat tetapi si dia masih berperangai yang sama, tinggalkan saja dia kerana dia berkemungkinan akan membuat hidup korang sengsara yang akhirnya akan menjauhkan korang daripada mereka2 yang lebih mengambil berat tentang diri anda.




Tuesday, April 10, 2012

Nak sangat2...

Aku nk beli mesin jahit! Aku mesti beli satu.

Aku memang minat jahit. Aku prnah jahit baju anak2 aku sendiri... tp guna tangan r. Tu yang teringin sangat belimesin jahit sendiri.

Aku minat pada mesin ni... sebab hari tu ada adik wat demo kat umah aku guna mesin ni...


Brand Janome 2049. Sangat mudah untuk beginner macam aku. Sejak aku try hari tu, terus jatuh hati. Senang sangat. Selama ni aku fikir agak leceh nak guna mesin jahit, berdasarkan pengalaman aku guna mesin jahit lama, yang cmni tu...

Sejak aku cuba guna mesin  jahit lama tu, aku macam da serik nk guna mesin jahit. Susah kot.

Adik tu datang wat demo kat umah aku sebab nak promosikan sekolah menjahit Janome ni la. Jauh adik tu datang, dari Puchong. Sian kat dia, aku bagi la dia masuk. Kebetulan aku memang minat menjahit.

Aku kena bayar RM5 untuk pencil box yang dia akan buat kt umah aku tu. Sebenarnya aku yang kene buat. Hehe... aku suka sangat r dapat guna mesin tu. Ni la hasil jahitan aku petang tu.


Syok ooo...  tak sabar2 nak beli mesin sendiri. Macam2 aku akan buat. Dari langsir, sarung kusyen, sarung bantal, baju anak2 sampai r baju Barbie. Cepat r beli mesin jahit ni.

Sunday, April 8, 2012

KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2011

** Mengikut susunan yg di anounce ye...  ;)
Sumber Photo : Rotikaya dan Beautiful Nara.


Artis Baru Wanita Popular 
TASYA SHILA

Artis Duo/Berkumpulan Popular
NING, JACLYN VICTOR & SHILA AMZAH

ArtisKomedi Wanita Popular
DIDIE ALIAS

Penyampai Radio Lelaki Popular
FAIZAL ISMAIL HOT FM

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
DATO SHIELA MAJID


Pengacara TV Lelaki Popular
ZIZAN RAZAK

Artis Baru Lelaki Popular
JOHAN ASHAARI

Pelakon TV Lelaki Popular
FIZZ FAIRUZ


Penyampai Radio Wanita Popular
FARA FAUZANA

Pengacara TV Wanita Popular
 FARA FAUZANA


Artis Komedi Lelaki Popular 
JOHAN RAJALAWAK

Anugerah Seri Perak
DATO SITI NURHALIZA


Penyanyi Lelaki Popular
HAFIZ AF


Pelakon Filem Lelaki Popular
AARON AZIZ

Pelakon TV Wanita Popular
FASHA SANDA


Pelakon Filem Wanita Popular
MAYA KARIN


Penyanyi Wanita Popular
YUNA


BINTANG PALING POPULAR ABPBH25
AARON AZIZ
❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀