Thursday, January 30, 2014

Main kasar


30Jan2014(Thu)


Aduh anak-anak bulus.

Nak gurau pun agak-agak la.

Jangan sampai tinggalkan kesan.

Pedih wooo...

Sabo je la aku ngan Van Persie tu.


Bawak mak gi klinik


30Jan2014(Thu)


Hari ni aku bawak mak pegi klinik yang sama semula. 

Batuk mak makin teruk

Tapi, Alhamdulillah takde pape. Amik neb dan cucuk tahan sakit. Doc suruh datang balik nanti. Dia bagi ubat yang lebih power la katanya.

Harap mak cepat sembuh




Tuesday, January 28, 2014

Sarapan


28Jan2014(Tue)


Sarapan dengan oat, memang berkhasiat. So, aku cuba la...bila dengar ada kawan yang turun berat badan sebab makan oat setiap hari. Cuba jangan tak cuba ;) .





Saturday, January 25, 2014

Main air


25 Jan 2014 (Sat)

Dah lama aku tak bawak anak-anak mandi pool. Kami sangat bernasib baik kerana apartment kami ni antara yang ada swimming pool. Tak payah susah-susah nak bawak diorang pegi taman tema air.


Sejak da berhijab ni, aku da berapa selesa nak swimming kat situ. Padahalnya aku boleh dikatakan ratu swimming *cewah.


Dok tepi je lah. Kalau terdesak sebab anak-anak baru aku terjun.

Agaknya baru puas hati anak-anak aku tu bila dapat mandi kolam sebab da lama diorang minta. Diorang happy, mama pun happy.





Thursday, January 23, 2014

Buku



23 Jan 2014 (Thu)

Hari ni bawak bebudak pegi ke kedai buku ni...


Pustaka Rakyat... banyak pilihan buku kat sini. Ada 3 tingkat semuanya.

Terletak di TSB Sungai Buloh. Lokasinya agak sukar sebab terletak di tepi jalan yang macam highway dan sentiasa sibuk.

Kalau dari arah Sungai Buloh, memang mudah kerana Pustaka Rakyat berada di sebelah kirinya. Tetapi, kalau dari arah Sri Damansara kena buat U-turn di simpang hadapan SB Mall Sungai Buloh.

Okeh, kami menghabiskan masa selama 2 jam dalam tu. Rambang mata..

Selesai memilih, ketika di kaunter, cashier offer daftar keahlian sebanyak RM10 sekali bayar yang melayakkan aku mendapat diskaun sebanyak 10%. Okey lah tu.


Dan setelah ditolak 10 %, inilah jumlah yang perlu aku bayar...


Sudahlah memang da ada diskaun. Dapat diskaun lagi 10% lagi. Memang berbaloi!

Manusia vs Binatang


22Jan2014 (Wed)


Dimanakah keperimanusiaan manusia hari ini? Mengucap panjang aku dengar berita hari ini. Macam-macam perkara yang tak sepatutnya terjadi, berlaku kat negara ni. Apakah benar keimanan manusia yang senipis kulit bawang tu, memang dah tiada?

Kes pertama : Janda bersama anak berusia setahun lebih melecur teruk akibat dibakar teman lelaki ibu di KL.



Kes kedua : Kanak-kanak berusia 2 tahun ditemui mati di rumah kosong akibat dirogol dan diliwat di Paka Terengganu. 


Nauzubillah...
Memang menakutkan.
Bila da hilang pertimbangan.
Manusia dengan haiwan pun dah takde beza...
Dunia akhir zaman.




RM100 bantuan persekolahan


22Jan2014 (Wed)


Hari ni mysayang ke sekolah anak-anak untuk ambil duit bantuan persekolahan RM100.

Rasanya ni dah tahun ketiga mysayang ke sekolah untuk ambil duit tu. 

Alhamdulillah...walaupun hanya RM100, bersyukur dengan pemberianNya. Seorang anak RM100. So, aku ada dua anak yang bersekolah, dapatlah RM200. Aku tak ambil pun duit tu. Aku suruh anak-anak masuk tabung. 




Perokok tegar


21Jan2014 ( Mon)

Akhirnya...mysayang sudah kurang menghisap rokok. Sehari maximum 5 batang je alhamdulillah...

Sebelum ni memang susah sangat nak pujuk dia stop smoking. Tetapi, semenjak dua menjak dia dah jadi seorang yang positif ni, kerja memujuk aku jadi lebih senang. 

Punca mysayang bertekad nak berhenti rokok bila aku tunjuk satu gambar yang member aku post kat group Whatsapp aku. 


Lepas tu, terus mysayang bagi aku kotak rokok dia, suruh aku jaga kuota rokok dia  seharian. Dan sekarang dia hanya boleh hisap 3 batang.

Dan cara mysayang buat bagi menghilangkan ketagihannya, ialah dengan mengunyah chewing gum. Sampai lenguh dah rahang dia. Hihihi...


Tu diaaa... ni baru separuh daripada koleksi keseluruhannya. Hahaha..
Takpelah sayang! Janji u nak berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah, ameen...





Tuesday, January 21, 2014

P.O.L.I.T.I.K.




21Jan14 (Tue)

Aku da pesan banyak kali pada group Whatsapp aku, jangan bangkitkan hal politik dalam group. Tapi ada gak degil,nak tunjuk keras kepala.

Masing-masing dah tua,ada fahaman masing-masing. So, tak payah le nak jadi keyboard warrior kat dalam group tu.

Simpan je pendapat korang tu untuk diri sendiri. Masing-masing sepatutnya dah lebih matang dalam berfikir. 







Monday, January 20, 2014

Belanja


20Jan201(Tue)


Sama macam Shahir, Aina pun aku nak latih supaya menabung. Duit belanja yang aku bagi, simpan sedikit untuk masuk tabung.

Harap dia pun pandai menyimpan, sama macam abangnya. 





Mummy tak sihat

20Jan14 (Mon)

Mummy aku tak sihat. Aku susah hati...

Da bawak klinik, doc cakap tekanan darah,jantung mummy okey...takde masalah. Cuma demam sikit je.

Tapi aku tahu, bukan fizikal mummy yang sakit sikit je. Emosi dia yang lebih sakit. Maksud aku, ada yang tersentuh hati. Biasalah...orang tua. Silap sikit mudah terasa hati. 

Mungkin terasa hati ngan aku...atau adik beradik yang lain. 

Aku cuma cuba buat yang terbaik untuk mummy. Alhamdulillah, mummy nak duduk dengan aku.  

"Mummy...selagi hayat ini dikandung badan. Aku abadikan diri ini buatmu. Sesungguhnya...kasih sayang yang telah kau berikan pada kami tidak ternilai harganya. Sayang mummy!!!"


Sunday, January 19, 2014

Aqoustic




19Jan14(Sun)

Gitar zaman bujang mysayang da jahanam dibuat dek anak buah. Punya la dia jaga elok-elok, at last jahanam kat tangan orang.

Takpelah...tu namanya da takde rezeki. Ada la hikmahnya tu.

Hikmahnya? Hmmm... Hari ni kami ke SB Mall Sungai Buloh. Misi: mencari gitar pengganti range RM200 ke bawah. Niat memang nak cari yang elok sket dari yang sebelom ni yang hanya berharga RM100 ke bawah.

Destinasi kami ke sebuah kedai alatan muzik di tingkat 2 SB Mall tu. Nama kedai, aku tak sure sangat. Rock Studio ke apa ke. 

Ambil masa dalam sejam,aku bagi chance dia pilih gitar idaman dia. Lama jugak la.


Dan akhirnya...dia da jumpa apa yang di nak selama ini. Terus beli... gitar siap sarung RM600. Memang puas hati, cantik dan sedap dipegang.


*Aku jadi tukang bawak gitar. Hihi.. Takpe lah. As long mysayang happy, aku pun happy gak.

Sampai rumah pe lagi, terus try..tunning. Syiok abih la tu... 



Berhabuk




19Jan14 (Sun)

Punya la lama aku tak update blog. Kekangan masa...

So skang da rasa nak update blog. Banyak yang jadi draft. Azam aku nak publish semua post yang da jadi draft. Ngehehee...

Monday, January 13, 2014

Prof...mu tunggu aku datang!


13 Jan 2014 (Mon)

Haha...tak kesampaian pun. Hajat nak jumpa prof muhaya secara 'live'. Tapi tak dapat sebab aku da salah maklumat. Ceramah tu bukan minggu ni, tetapi minggu depan daa.

Takpe lah, takde rezeki nak jumpa prof secara live. Tiap-tiap hari kami laki bini memang dengar soal jawab,ceramah dia. Mungkin lain kali kot.

Alang-alang da sampai masjid Taman Subang Permai tu, kami pun solat berjemaah sekali disitu. Alhamdulillah..






Catatan Nizam Sani


13 Jan 2014 (Mon)

Baru sampai... buku bacaan santai bertajuk 'Catatan Nizam Sani' baru dihantar Pos Laju. 



Terima kasih kepada penulis yang juga kenalan sekolah rendah aku, yang sudi tolong mengeposkan buku comel ni. 


Buku simple, sesuai sebagai bacaan santai. Anak bujang aku pun suka bacanya. 

Harganya pun tak mahal,sesuai saiz nya RM6.50 rasanya. Aku tak sure sebab aku bayar RM10.

Yang penting, aku da suruh member aku tu siap sign autographnye sekali. 


Hihi...tenkiu kawan! Buku ni memang kelakar .




❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀