Friday, June 21, 2013

Happy 31st Birthday to me! Al Fatihah...untuk arwah abah

 



Genap 29 tahun arwah abah,  Cikgu Shafei B Mahidin pergi meninggalkan kami sekeluarga. Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..







Monday, June 17, 2013

Homestay Pak Ngah



Okey. Pada sesiapa yang nak ke kawasan Selekoh atau Bagan Datoh dan mecari tempat penginapan, korang boleh try Homestay Pak Ngah. Sangat sesuai untuk yang ada kenduri kat sana ke, or rumah kampung korang da penuh dengan saudara mara..


Homestay Pak Ngah menyediakan kemudahan penginapan sebuah rumah dengan 2 buah bilik dan 1 bilik air. Juga dilengkapi dengan dapur untuk memasak, peti ais, mesin basuh dan juga dekoder Njoi. 

Homestay Pak Ngah
Halaman yang luas
Titi masuk ke Homestay Pak Ngah
Pandangan dari pintu masuk
Ruang tamu. **Model tu macam ku kenal
Ruangan dapur
Bilik air
Bilik utama
Bilik kedua
TV 21 inci dengan dekoder Njoi
Halaman luas untuk parking 3 buah kereta
 So kepada sesiapa yang mahukan penginapan yang dilengkapi kemudahan, Homestay Pak Ngah adalah tempat yang sesuai. Korang bolehlah hubungi nombor yang tertera ye.



Friday, June 14, 2013

Happy 32nd birthday my soulmate!





Happy Bornday sayang. Semoga Allah SWT memberkatimu sentiasa.Sayang kamu dunia akhirat.


Kek tu penuh bermakna sebab air tangan bini tersayang katanya. Hihi.. thanks sebab puji kek tu sedap.





Kek Chocolate Moist

Sempena birthday mysayang, aku buka balik buku resepi lama. Oleh kerana orang rumah ni suka chocolate, so sempena birthday mysayang tahun ni, aku nekad buat kek chocolate moist special untuk dia. Yehuuu...menjadi gak. Resepi pun cukup simple.

Da agak lama aku tak share resepi. So aku share resepi Kek Chocolate Moist yang aku buat ni. Sumbernya, aku kurang pasti.

KEK CHOCOLATE MOIST

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**Di ayak bersama

Bahan B

3 biji telur grade A
2 cawan gula (dikisar halus)
1 sudu teh esen vanila

Bahan C

1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair

1 cawan air panas

CARA MEMBUATNYA :

1.) Pukul telur bersama gula. Pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi.

2.) Masukkan Bahan C, kemudian kacau perlahan dengan menggunakan whisk. (Kalau terlebih kacau, nanti atas kek akan merekah)

3.) Masukkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.

4.) Kemudian masukkan air panas.

5.) Masukkan dalam oven , bakar dengan suhu 180 darjah celcius. Sejukkan sebelum dihias.

Ready to bake
Da siap. Rupa je nampak buruk. Tapi rasa...walllaaa..
Aku buat 2 lapis. Di lapiskan dengan creme cheese.
Masa untuk menghias.
Okey la... nantikan ye. Macam mana le rupanya. Hihiiii....





Wednesday, June 5, 2013

Akhirnya...aku sampai gak ke Genting Highland

Da lama berhajat nak ke Genting. So cuti sekolah kali ini, aku ngan kakak aku plan nak ke Genting. Yehawww...

 Sebelum ni husband aku agak keberatan bila di ajak ke Genting Highland. Al maklum la keadaan muka bumi yang agak mencabar, husband aku tak sanggup nak ambil risiko. So selama ni aku pendamkan saja hasrat ku itu. Huhuhu...

Tapi kali ni, bila pujuk punya pujuk, akhirnya sayang aku setuju bawak kami anak-beranak naik Genting. Yeay!

Keja giler last minute plan...kami memang da selalu sangat buat camtu. Plannnya pagi petang tu gak bertolak. Dengan tak booking hotelnya, gamble je. Hahaha

Kami bertolak dari Subang pukul 5.30pm. Korang agak-agak pukul bape nak sampai atas? ;p


Sampai kat Genting Sempah pukul 7.30pm. Alang-alang da sampai situ, singgah makan dulu.


Okeh...selesai isi perut, misi diteruskan. Misi nak cari bilik tidur plak. 

Tengah jalan naik jumpa batu ni.
Finally... selamat sampai ke puncak.


Ahli rombongan bergambar kenangan

Sejuk giler malam nih
Okey... jom cari bilik.

Check-in
Teruja sangat dapat bilik 2 single bed dengan harga RM3++  * Adeh... mahal ok. Menyesal tak booking online. Langsung lupa nak amik gambar bilik.

Bila bebudak da tido, mak bapak budak pun keluar merayap cari sapdek. Hahaha...

Ramai orang, restoran semua penuh. Marrybrown pun jadi la.
Da kenyang perut, jom cuci mata sekitar Indoor Park. Cantik dekorasinya...


Syok berjalan-jalan...sampai tak sedar jam da dekat pukul 3. Tido dulu Zzzzzzzz.....

***************************************

Bangunnnn!!!! Masa yang aku sangat tunggu-tunggu. Nak main kat theme park. Tapi Kena check out skali. 

Permandangan indah dari hotel.

Check-out sudah. Posing dulu..


Okeh... selesai check-out dan selesai letak beg dalam kereta, masa untuk bersuka ria. Weehuuuu...




1st time tengok sayang nak main menda-menda yang extreme nih
Kesayangan hamba

Sedihnya bila cuaca tak mengizinkan. Petang tu hujan turun dengan lebatnya. Takde rezeki nak main roller coaster. Huhuhu...

So sambung ke Indoor Theme park ler...layan bebudak.





Okey...harap boleh pergi lagi lain kali.. nak lepas geram sebab hari ni tak dapat main game Outdoor Theme Park.






❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀