Tuesday, November 26, 2013

Sangkaan kita


26 Nov 2013 ( Tue)

'Allah SWT mengatur perjalanan hidup hambaNya mengikut sangkaan hambaNya.'

Alhamdulillah... Semenjak dua menjak ni aku rasa segala apa yang telah aku dan suami 'set'kan since kami sertai IMKK, ada yang telah jadi kenyataan. Antaranya... plan kami nak hantar anak ke 2 kem anjuran Dr Azizan Osman, satu lagi impian aku nak pakai I Phone.

Alhamdulillah... memang kami sentiasa 'jampi' dua perkara ni walaupun dalam gurau. Alhamdulillah Allah SWT da jadikan kenyataan. 

Semalam, aku ajak mysayang ke Sg Buloh Mall... nak tengok fon Note II atau Note III second hand pun jadi la pada aku. Sampai satu kedai, kami belek-belek samsung, tetiba pekedai tu recommend kami I Phone latest yang tengah ada offer. Aku pun belek-belek..memang da lama aku teringin pakai IPhone. 

Tetiba je mysayang pergi ke ATM berdekatan yang tak jauh dari kedai dan kembali. "Alang-alang nak beli fon, baik amik yang elok terus" kata mysayang. Aku pun pe lagi...senyum sampai telinga la. Terus aku pilih IPhone 5C kaler pink. Hahaha... pink? 


Monday, November 18, 2013

Kem Tahfiz Rich Kids Smart Kids 2013 anjuran Richwork



Aku pilih kem ni untuk Shahir isi cuti sekolah dia. Kami da biasa dengan program Richwork, so kami tahu macam mana kesannya kelak. Lagipun, ini antara persediaan menghadapi UPSR tahun depan buat Shahir.



Kem ni bermula dari 17 November 2013 (Ahad) hingga 23 November 2013 (Ahad). Kem Tahfiz ni bakal melahirkan anak muda yang lebih menyintai dan mendalami Al Quran, InsyaAllah.

Da siap beli jubah 4 helai.
Pendaftaran bermula dari 10am sehingga 12 pm.

Impian Country Resort, Hulu Langat. Banyak program lain sedang dijalankan disini.
Selepas sesi pendaftaran, ada sedikit sesi interiew untuk menguji tahap kebolehan anak.

Selepas sesi pendaftaran dan interview, anak-anak di arahkan supaya menukar pakaian kepada jubah demi mengikut sunah nabi.

Fasilitator memakaikan serban untuk Shahir
Hensemnya anak mama!
Sementara menanti taklimat ibu bapa bermula jam 12.30pm.
Selesai sesi pendaftaran, sesi taklimat untuk parent pun diadakan.

Sesi menghantar harapan padaNya
Tamat sesi taklimat, ibu bapa diarah pulang ke rumah. Sehingga disini saja, terputus hubungan peserta dengan keluarga. Keluarga hanya dapat berita terkini mengenai kem melalui FB je. Huhuhu...

Gambar Shahir di hari ke 2. Sumber FB Richkids Smartkids
Ingat..lepas ni nak sambung terus ke Kem Super Insan. InsyaAllah.

Kepada anda yang nak daftarkan anak untuk program Kem Tahfiz seterusnya di Melaka, masih boleh lagi di SINI.

Juga pendaftaran Kem Super Insan di SINI

Jangan sia-siakan musim cuti anak-anak anda!




Friday, November 15, 2013

Yeay! Cuti sekolah da start!




Eh... mama terover plak. Padahalnya macam biasa je. Rutin tetap sama, cuma peluang dapat migrain tu ada tinggi sikit. Ehehh...

Aku terhibur dengan keletah anak-anak. Bila diorang takde, memang rasa sunyi. Hidup aku kini hanya untuk anak-anak dan suami.

Bila da start cuti sekolah ni, mama le yang paling beriya nak planning trip. Cuti kali ni macam sibuk plak rasanya.

- Shahir pergi 2 kem cuti sekolah.
- Anak saudara suami bertunang.
- Sepupu suami bersanding di Johor.
- Family Day keluarga sebelah mysayang di Kuantan.
- Planning utama nak ke Legoland. Yeay!!!
- Suami punya event kat Teluk Intan sampai habis cuti. Huhuhu...

Amboi...banyaknye planning. Tataw le yang mana dapat dilaksanakan, yang mana tak. Bila mysayang sibuk ngan event ni, masa kami agak terbatas. Berserah je la.




Wednesday, November 13, 2013

Saat yang membanggakan aku

Hari ni, anak kedua aku, Aina Syuhada yang tahun 1 tu dapat Anugerah Penigkatan Kecemerlangan. Aku memang tak sangka sebab Aina ni dulunya seorang yang pendiam. Alhamdulillah ya Allah. Harap dia akan terus cemerlang didunia dan akhirat. InsyaAllah.

You make me proud darling!


* Agak sedih dengan pengurusan sekolah kerana aku tidak diberitahu yang anak aku akan naik pentas untuk ambil hadiah. Alasan yang tak munasabah, kertas jemputan da habis. Kalau tak, bley aku tengok.



Masa yang hampir tiada

Demi masa..sesungguhnya manusia kerugian.

Aku tersangat-sangatlah busy nya... sampai memang takde masa langsung untuk update blog. Nasib baik la anak-anak dah nak mula bercuti. So, bolehlah aku fokus pada event yang bakal tiba tak lama lagi.

Hari ni aku sudah siapkan name card untuk suami and the gang. Then baju koporat yang baru ditempah da diambil dari dobi.
 
Baju koporat dia.. bukan design aku
 Haaa...yang semua ni , aku yang design...


Sekarang Tuah minta aku design banner ngan bunting plak. Haiyoo..
Takpe..takpe... demi orang tersayang.

Aku plan nak buka booth souvenir kat sana. Harap Tuah nak bagi modal. Ngeeee....



Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah






Selamat Menyambut Awal Muharam buat umat Islam seluruh dunia. Tahun baru bagi kalendar Islam.

Aku rasa ini lah saatnya. Aku membuat perubahan besar dalam hidup aku. Berubah dari segala segi, menjadi muslimah sejati, InsyaAllah. 

Moga Allah memberikan aku kekuatan.




Thursday, October 17, 2013

Anak cermin diri




Pagi-pagi lagi da bagi mulut aku bising...membebel dek perangai diorang.

Suka sangat bereksperimen....

Al-kisahnya... pagi tadi aku kemas beg alat make up aku, pilih yang mana da lama..aku asingkan.
Tapi dalam diam, si kakak ambil alat solek yang aku nak buang tu. Lepas aku selesai lipat kain dalam bilik...bila aku keluar bilik je...

Ya Allah..ada sesi make over kat hall. Kakak tengah make over adik, yang adik plak sibuk men'touch up' kucing.




Diorang memang selalu menghadap bila aku tengah make up. Ada gak diorang bersuara minta di make upkan...tapi aku tak layan. Sudahnya...diorang make up sendiri je. 

Aduhai...anak...anak.... 


Wednesday, October 16, 2013

Merajinkan diri



Aku da lama tak baca novel. Aku pun tak ingat tajuk last novel yang aku baca.
Bila aku godek-godek Playstore,aku jumpa plak novel ni. Ok...beli dan baca. Nak pupuk balik budaya membaca yang da lama terkubur nih...




 

Tuesday, October 15, 2013

Happy Birthday my nephew!



Selamat Hari Lahir Mokde *gelaran aku pada anak buah ucapkan buat anak buah mokde tersayang, Redza yang ke 6 tahun. Semoga jadi anak soleh yang berjaya di dunia juga akhirat hendaknya. Amin..

Salam Eid Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga perjalanan hidup anda diberkatiNya.
Kami sekeluarga beraya kat Subang. Tak balik Perak. Mak aku beraya kat rumah aku.
Malam tadi aku bz menyediakan juadah pagi raya. Bila tengok adik beradik bertambah-tambah makan, puas hati sangat. Hilang penat. Anak-anak aku,jangan cakap le. Memang berulang makan.
Aku masak rendang ayam ngan kuah lontong. Mak aku plak masakkan kuah kacang. Main couse.nye nasi impit ngan lemang.

Hasil tangan aku ngan mommy..siap la santapan pagi raya
 Nak amik mood raya punya pasal, aku pun ikut sama sarung baju kurung. Anak-anak aku pagi-pagi da bangun mandi awal sebab nak pakai baju kurung. 

Anak2 dara aku melaram ngan baju kurung
Aku pun berbaju kurung. Ngeeee...
 Mysayang tu, macam biasa dia akan bawak anak-anak ngan anak buah pergi tengok orang sembelih lembu kat surau. Dia punya tugas nak sembelih lembu hari Jumaat nanti.


Da puas sesi mengisi perut sepanjang hari, menjelang petang da tukar uniform dan Zzzzzzz.... *bertambah gemuk la kami... 

Sunday, October 13, 2013

Eid Adha di Subang.

Raya Haji tahun ni kami tak balik kampung sebab mak aku ajak beraya kat sini. So, kena beli barang untuk juadah hari raya nanti hari ini sebab esok da nak masak.


Mak aku nak masak nasi himpit dengan kuah kacang kegemaran mysayang. Iyelah...menantu kesayangan lah katakan. Aku pulak akan masak rendang ayam kegemaran anak-anak dengan kuah lontong.

So,misi utama pagi ni nak cari daging untuk rencah kuah kacang. 

Destinasi dituju.... Pasar Tani Kg Melayu Subang.

Omagad.... harga sekilo daging RM30? Mahalnye..... Tapi mak aku beli gak sebab menantunya itu suka daging lebih. Hmmm...layankan aje la mummy.

Wednesday, October 2, 2013

Belajar dari kesilapan



Sesuatu yang aku belajar. Seorang yang pemaaf takkan selamanya jadi pemaaf. Tapi suami aku...sangat-sangat pemaaf. Berkali-kali aku buat silap,dia yang minta maaf pada aku sebab tak jadi suami yang baik. Ya Allah...aku sangat-sangat menyesal di atas kesilapan lalu. Moga jadi pengajaran buat aku supaya lebih jujur. **Wordless Wednesday lah sangat...


Wednesday, September 18, 2013

Project Runaway wif sis



Semangat adik aku belikan barang2 nak menjahit. Aku dari form 1 memang tak belajar menjahit, so memang aku tak tahu apa-apa. Adik aku yg ajar aku apa yang kena beli. Hehehe...



Destinasi yang dituju..... Nagoya. Niat asal nak gi Kamdar, tapi Kamdar kat SS2 Petaling Jaya da tutup rupanya. Nak ke Midvalley or Jalan TAR...jangan harap la ye.
Dan ini la hasil shopping kami hari ni..
 

Da dapat material,boleh la mulakan dengan melukis pola bagai. Okies...nantikan kisah seterusnya




Sunday, September 15, 2013

My dream car

Amin..

Harap-harap next year dapat tangkap satu.

Dr Azizan Osman pesan suruh kita amik gambar dengan benda yang kita nak. Inilah Power of Visualization.

InsyaAllah...





 

Saturday, September 14, 2013

Picnic tepi padang pun boley



Hari ni aku kena follow cikgu KEMAS bawak 3 orang student yang terpilih untuk pemilihan wakil bola jaring peringkat negeri.

Pagi-pagi pukul 4am gigih aku bangun untuk masak nasi goreng dengan goreng cucur kentang.

Ladiez plan nak berpicnic tepi padang sementara tunggu proses pemilihan.

Anak-anak tinggal ngan abah ye. Hihi..

Juadah picnic kami
Pn Pengerusi menikmati sarapan ditepi padang



Selesai latihan, kami singgah Subang Perdana untuk menikmati cendol. Yeay! Najwa belanja.


3 orang prmain netball yang terpilih
'ketawa bersama, menangis bersama...'-Motto Ladiez

Balik pukul 1.30pm, husband takde kat rumah sebab sibuk siapkan persiapan tender. Malam ni dia nak ke Johor.




Thursday, September 12, 2013

Yummy Me! :-P




Okey..aku adalah antara peminat Cocoa Butter dari Body Shop. Bau dia,sangat 'menyelerakan'. So, aku pakai setiap malam sebelum tido. Biar bau aku pun 'menyelerakan'. Hehehee.....
 

Aku sangat syorkan pada isteri-isteri.
Lagi satu yang aku nak syorkan pada isteri...ni dia...


Sangat disyorkan pada isteri-isteri yang ingin 'kembali dara'. Ekekeke...bley gitu? :-P
Cuba dulu baru tahu,kannn? 



Ke Kenanga..again.

Aku ni da kira macam kompas buat Ladiez. Hahaha..
Kali ni kak Ita ajak aku temankan dia ke Kenanga. Nak cari handbag katanya. Okey..aku temankan.
Kalau korang rasa nak pergi kejap,jangan harap la sebab bila korang sampai sana ,mesti korang jadi giler,rambang mata*especialy ladies.

Penat pun takkan terasa. Hihihi...
Biasalah..bila da announce pada Ladiez yang kami nak ke Kenanga...banyak la pesanan penaja yang kami kena tunaikan.

Bertolak dari KEMAS pukul 1pm.
Kononnya nak balik pukul 4.30pm...terlajak sampai pukul 7 pm baru sampai rumah.

Naik bas
Hasil tangkapan
 



Saturday, August 17, 2013

Ladiez KEMAS beraya. ROUND 1: Rumah Cikgu Ros

Da mula da...
Bila sekolah da nak bermula, semua geng pun da pulang dari bercuti. Pe lagi...sume plan nak buat open house kat rumah masing-masing. Ada yang kena paksa buat pun ada. Ekekekee...
Semalam, sebagai pembuka acara, rumah cikgu Ros sebagai sasaran. Kebetulan pula memang dia buat open house. Kami Ladiez ni pe lagi... SERANG!!!
Cikgu Ros masak bihun sup. Sedap! Masa cam ni la nak rasa air tangan teman-teman.

Thursday, August 15, 2013

Dolu-dolu...

Kobek-kobek kotak lama...aku jumpa flyer lama...
Oct 2002 - Masa ni aku preggy anak sulung. Besar gak perut aku. Baby yang keluar pun 3.2 kg. 


Aku jadi model parking kereta untuk flyer sebuah company. Photoshot tersebut dibuat sehari sebelum aku kena masuk hospital untuk dipaksa beranak. Hahaha..
Aku dapat bayaran RM500 untuk 10 frame. Ok pe..
Rezeki anak sulung.



Make over rumah

PART II : Perlaksanaan.
Ni bab yang aku suka..tapi bab perlaksanaannya aku lagi suka serahkan segala tugas pada husband aku. Ngehehe..
Kiranya..aku jadi mandor je la, mengarahkan encik husband buat itu, ini...mengikut kehendak aku. Hihi...
Keadaan rumah sebelum di apa-apakan.
Husband aku da biasa buat kerja-kerja ngecat ni. Bukan ngecat je, macam-macam dia boleh buat. Pendek kata...memang serba boleh. Beruntungnya aku ;-) Tapi tu la. Yang tak tahannya...kerjanya laju,sama laju dengan rokoknya. Alahai....
Dalam satu malam je,dia boleh siap cat satu hall. Yeay!
Kaler cat..nape aku pilih kaler 'Turkish blue' ? Hmmm...nanti aku fikir nape ek. Aku pun tak tahu nape. Yang aku tahu, aku minat plak ngan kaler ni since baju raya aku tahun lepas. Plus, lepas aku tengok dalam majalah Impiana Apartment..nampak cantik pulak kaler ni dibuat cat rumah. Lagipun...guna kaler ni buat rumah aku nampak cam kondo. Cewah...
Ok la...tengok la nanti macam mana hasil nya. Yeay!
❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀