Thursday, September 27, 2012

PULAU GEMIA.... mungkinkah jadi destinasi honeymoon kali kedua kami?


Subhanallah... nampak cantik je dalam gambar. Harap sangat dapat kesana sempena sambutan sedekad usia perkahwinan kami. Ni plan tahun lepas, tp tahun lepas tak free. Tahun ni da masuk 11 tahun usia perkahwinan kami, aku harap sangat nak gi honeymoon berdua2an ngan chenta aku tu. * Sorry ye anak2, nanti mama bawak korang gi Universal Studio Singapore, suda ;p

Aku da browse beberapa tempat percutian dalam Malaysia *nak ke luar negara tak lepas, pepaham sendiri r ;p

Pilihan pertama kami, Pulau Sipadan kat Sabah. Ya Allah... lagi cantik lautnya. Tapi tak sampai hati plak nak tinggal anak2. Sebab dulu ada plan nak gi Sabah ngan anak2 skali.

Pulau Gemia ni okey pe. Lebih kurang je. Tak kisah sangat, yang penting kami nak spend time berdua2an di tempat yang cantik.

Pulau Gemia ni private island. Pulau nye kecik je, so takde ramai orang. Sangat sesuai sebagai destinasi honeymoon. Pusat peranginan tunggal yang ada kat situ hanya Gem Island Resort & Spa yang bertaraf 4 bintang.
Gambar dari satelite.Kecik je kan? Sebelah tu Pulau Kapas.

 Sedikit mengenai Pulau Gemia yang aku Google.

Pulau Gemia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Gemia; sebutan:(Pulau Jemia), juga dikenali sebagai Coral Island, merupakan sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Kapas, Marang, Terengganu, Malaysia. Biasanya pelancong yang datang ke Pulau Kapas akan pergi ke Pulau Gemia sebagai salah satu lokasi bagi melakukan aktiviti snorkeling, menyelam ataupun mengamati pemandangan pantai. Terdapat sebuah tempat peranginan di Pulau Gemia.
Pulau Gemia merupakan salah satu pulau terindah di Terengganu. Pulau kecil ini juga dapat menarik ramai pelancong datang ke sana kerana memiliki panorama matahari terbit yang cantik selain pulau ini yang kecil dan kurang pengunjung dapat menggamit persekitaran yang romantis dan damai. Pulau Gemia ini berhampiran dengan Pulau Kapas, pengunjung boleh menaiki feri atau bot ke sana. Udara di sini juga sungguh nyaman dan sejuk kerana kurang peerokaan hutan di sana. Lautnya biru dan pantainya kuning. Pelbagai jenis burung terdapat di sana antaranya ialah burung bangau, burung rajawali, burung nuri dan sebagainya. Bentuk muka bumi pulau ini sangat padat bersama bukit-bukau yang tersusun, anak sungai yang jernih dan pelbagai pokok jenis kayu keras dan besar-besar belaka juga dapat ditemui. Purata hujan tahunan adalah kira-kira 26000 ml setahun, manakala suhunya atara 26c-27c. Pulau ini juga merupakan salah satu habitat haiwan liar.

Korang nikmatilah permandangan cantik kat Pulau Gemia ni ye.





Gamba ni aku amik kat blog Hilda




Banyak lagi gamba yang cantek2. Pe kata korang tengok selebihnya kat gemisland.com.my


.Sha.Sha. say : Pergilah bercuti!


Wednesday, September 26, 2012

Tuesday, September 25, 2012

PARVOVIRUS ... kematian demi kematian :(

Sedih bila tengok anak2 bulus aku mati seekor demi seekor. Setakat ni da 5 ekor anak bulus aku yang mati akibat virus ni.

1 . FLUFFY (21st FEBRUARY 2012 - 2nd SEPTEMBER 2012)








2 . KUYUSH (28th MAY 2012 - 9th SEPTEMBER 2012)





3 . BONYOQ (28th MAY 2012 - 9th SEPTEMBER 2012)





4 . QEM-BUNK (29th FEBRUARY 2012 - 11th SEPTEMBER 2012)


5 . PUTEH  & 6 . SITAM (10th JUNE 2012 - 19 SEPTEMBER 2012)


R.I.P. kesayanganku semua .....  T_T


Kucing2 aku memang tak divaksin. Aku bukannya mampu sangat. Kalau da 15 ekor aku bela, seekor kucing ada 3x vaksin yg mana kos sekali vaksin lebih kurang RM45. Korang jumlahkan le ye.

Bukan aku tak nak bawak ke Vet Clinic. Tapi masa dan kos telah membataskan segalanya. Huhuhu...
* Kos rawatan untuk Parvovirus lebih kurang RM130 seekor untuk test dan ubat. :(

Sekarang aku kena lebih alert...

Teh... buat masa ni, masih terselamat dari Parvovirus. Oleh kerana tu, skang kami panggil dia LUCKY.


Sedikit maklumat mengenai Feline Parvovirus yang nak aku kongsi.

                                                   *********************************

Parvovirus kucing, walaupun kesnya tidak banyak, ia masih virus yang berbahaya dan tahan lasak yang menimbulkan ancaman kepada kucing yang tidak divaksinkan.

Apakah Feline Parvovirus?

Anda mungkin pernah mendengar mengenai Feline Parvovirus (parvo) dirujuk sebagai panleukopenia atau feline distemper (FPV). Walaupun tidak sama seperti Canine (anjing) Parvovirus, ia masih dipanggil parvo kerana gejalanya yang sama. Kucing yang berusia 4 hingga 12 minggu , atau kucing dewasa yang tidak di vaksin, berisiko tinggi menghidap parvovirus. Kebanyakan kucing mendapat virus ini melalui kawasan-kawasan yang dijangkiti dan bukannya dari kucing lain yang dijangkiti. Virus ini juga boleh bertahan sehingga setahun di persekitaranyang tidak dinyahkuman.

Parvo membunuh sel-sel darah putih yang berfungsi penyakit dalam badan, dan ia juga mengganggu sistem pencernaan kucing. Ini kerana, penurunan sel-sel darah putih telah melemahkan sistem imun. Kucing parvo dijangkiti juga lebih terdedah kepada virus atau bakteria yang lain.

Gejala Feline Parvovirus

Anak kucing akan menunjukkan simptom yang lebih teruk berbanding kucing dewasa kerana sistem mereka lebih muda dan sistem imun yang lemah. Oleh itu, semua gejala parvo perlu diambil serius terutamanya demi haiwan kesayangan anda dan dengan mana-mana kucing yang berhubung dengannya. Ibu kucing bunting yang membawa virus ini paling pasti akan memindahkan virus tersebut anaknya. 


Kutu juga merupakan vector bagi Feline Parvovirus


Antara simptom-simptom Feline Parvovirus ini ialah :
  • demam yang tinggi
  • sawan
  • Menyendiri, kelesuan, kemurungan
  • Tiada selera makan
  • Cirit-birit
  •  muntah
  • Malah, ada dalam kes yang kritikal, kematian mengejut bukan sesuatu yang luar biasa.
Mengesan Parvovirus dalam kucing anda

Doktor haiwan mempunyai beberapa cara untuk mengesan parvo, walaupun kucing anda tidak menunjukkan apa-apa gejala. Nodus limfa bengkak boleh menjadi tanda bahawa sesuatu yang tidak kena, serta perut yang bengkak dan menyakitkan. Dalam saluran darah, sel darah putih atau kiraan platelet akan diperiksa bagi memastikan ia tidak terlalu rendah. Oleh Kerana parvo menyerang sistem pencernaan, pemeriksaan usus kecil untuk memeriksa untuk keradangan juga diperlukan.



Rawatan bagi Kucing Parvo

Tiada penawar untuk Feline Parvovirus. Gejala boleh dirawat, dan doktor haiwan akan memberi makan kucing anda secara 'drip-feed'. Jika kucing berjaya bertahan untuk tempoh 5 hari pertama, peluang mereka untuk hidup adalah tinggi. Antibiotik boleh diberikan bagi jangkitan sekunder disebabkan kepada sistem imun yang tegang, dan ubat anti-sawan boleh diberikan jika kucing anda mengalami sawan. Pemulihan sepenuhnya boleh mengambil beberapa minggu. Di rumah, semua benda dan peralatan rumah yang telah dijangkiti perlu dibasmi kuman.

Bagaimana untuk Mencegah Parvovirus pada kucing?

Pastikan kucing anda mendapatkan suntikan vaksin yang lengkap. Ini Kerana tidak ada penawar untuk parvo, jadi pemvaksinan adalah sangat penting. Kucing bunting boleh disuntik menggunakan vaksin khas yang akan selamat untuk anaknya. Anak kucing harus disuntik setelah berusia 9 hingga 12 minggu.




Friday, September 21, 2012

Sedih... mak sedara aku sakit

Aku sibuk. Sepanjang minggu ni P-I-L aku ada kat sini. Esok ada tempahan roti jala dari UIA. Esok gak husband aku hantar parent dia balik kampung setelah seminggu lepak kat sini.

Siang tadi aku dapat berita menyedihkan dari Teluk Intan. Ibu saudara kesayangan kami yang aku panggil mak anjang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan. Keadaannya agak menyedihkan. Dia tak lalu nak bergerak. Minum asyik  muntah.


Mak Anjang sebelum ni didiagnosis ada kanser payudara tahap 3. Kalau ikut hospital, diorang da suruh buang sebelah payudaranya. Tapi mak anjang tak nak, lalu dia cuba berubat secara tradisional. 6 bulan berubat dengan orang tu, mak anjang ke hospital semula. Dan doktor terkejut bila mendapati ketumbuhan tu da takde.

Sekarang, tataw pe sakit mak anjang. Masih di diagnosis. Tapi buat sementara ni dia diletakkan di bahagian masalah tulang.

Tak tahu nak cakap... sedih sangat sebab aku memang rapat ngan mak anjang kerana kami punya minat yang sama. Kami ada rancang nak buka kedai gubahan lepas mak anjang pencen bulan lepas, tetapi terpaksa melupakan hasrat tersebut setelah mak anjang tak berapa sihat kebelakangan ni.

Masa raya hari tu aku da perasan keadaan mak anjang yang banyak berubah. Da tak seceria dulu dan nampak sakit.

Semoga mak anjang sembuh seperti dulu.

UPDATE 25/9/2012 : Mak anjang aku still kena tahan kat wad 1D Hospital Teluk Intan. Setakat ni doktor charge dia ada simptom 'slip disk' dan memerlukan pembedahan. Tapi xdecide lagi sebelum CT scan dibuat. Still waiting and waiting...Hurmm.... Please pray for her!

Keadaan mak anjang masa aku  melawat dia di Hospital Teluk Intan Ahad lalu

 Info buat mereka yang tataw pe itu 'Slipped Disk' bley baca SINI



Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions

Wednesday, September 19, 2012

Tuesday, September 18, 2012

Colour of Life


 Ececee... cantiknye kaler-kaler ni. Saja aku buat kelainan.

Ni roti jala yang ditempah Public Bank Taman Mayang untuk jamuan raya mereka. Aku yang pepandai buat colourful. Cantik plak, walaupun rasa cam pelik untuk dimakan. Hihi...


Diorang nak cicah ngan kuah kari. Aku  buat kari ayam. tapi aku lebih suka cicah ngan kuah durian. Yummy!!!


Sunday, September 16, 2012

Kalau da perempuan...


 Aina Syuhada da pandai bergaya sendiri. Da pandai pilih cekak ngan sepit sendiri. Baju pun, da banyak songeh. Adeh.. pening plak dibuatnya. Kalau A dia nak, maka A la jawabnya. Aku ni geram je... silap-silap kena 'skru'. Tapi Aina ni anak manja abah. Sabo je la aku.



Aku bukan nak cerita pasal perangai ngada-ngada Aina, tapi pasal Aina yang da ada beg tangan sendiri. Mari kita tengok pe isi kandungan beg Aina.


Alamak... mengalahkan aku. Ni semua dia yang isi sendiri. Aku tukang beli je.


Bedak ngan lip gloss ni aku beli sebagai hadiah untuk dia sebab dia puasa penuh tahun ni. Aku izinkan dia pakai.



MIRACLE... aku suka sangat baunya. Yang original la. Yang ni, aku bagi Aina pakai. Hihi..


Thursday, September 13, 2012

Good Morning Airis

Aku suka tengok muka anak2 aku bila bangun pagi, terutamanya Airis. Aku capai camera terus snap....








Termenung...




Dan menung lagi...

Sunday, September 9, 2012

Subang

Aku suka kumpul subang. Macam-macam bentuk aku beli.



Ni aku beli kat S&M Queensbay, Penang. Murah je. Tapi warna hitam je yang banyak kan? Da tentu... my favourite colour.

Thursday, September 6, 2012

Popia Basah

Ni favourite husband aku. Kalau gi pasar malam mesti beli. 

Nak bodek punya pasal, aku try buat. Hihi.. nasib baik menjadi. Wallah... ni rupanya.


Resepinya? Enchek Google kan ada...  ;p

Tuesday, September 4, 2012

2 September 2012 - R.I.P. Fluffy

Setelah sekian lama aku tak bersedih kerana anak bulus.. tengah malam ni aku betol2 sedih bila Fluffy da pun meninggalkan kami buat selamanya. 


Hari Ahad memang satu masalah untuk cari vet clinic. Pagi tu, Fluffy ok lagi, cuma dia muntah keluar air liur. Aku tak syak apape, sebab ingatkan dia nak muntahkan bulu macam biasa.

Bila aku da masuk tido, pukul 12.40am, husband aku panggil. Dia cakap Fluffy da lain macam. Aku ngadap je dia, nampak macam da nazak. Dia mati depan mata aku pukul 12.50am.

Aku rasa, dia keracunan sebab telinga ngan mulutnya keluar air. Begitu gak ngan punggung dia. R.I.P.Fluffy. We'll be missing u  T_T

FLUFFY (21 February 2012 - 2 Sept 2012)

July 2012



Monday, September 3, 2012

Picnic ke Warisan Rimba Kemensah lagi

Seblom ni aku bawak mak ngan adik aku, kali ni aku bawak family kakak2 aku plak. Diorang tak pernah sampai sini.

Aku rasa kat area Lembah Klang ni, Kemensah ni antara lokasi terbaik sebab tak jauh dari KL. So, tak payah susah2 nak pegi jauh kalau nak menikmati keindahan dan kehijauan alam.

Disebabkan aku da pernah sampai sini, maknanya tak banyak le gambar yang aku amik.

Kakak aku
Husband aku memang rapat ngan anak2 buah aku.
Antara ahli rombongan
Main polo air plak


Aku join gak ;p

Seblom ni, kitorang stay kat pondok seberang tu. tp kali ni, xdpt yg  tu. Ada orang lain. Amik yg ni je. Bukan tido situ pun...


 

Kesejukan...
Aina pandai berenang. Berkat ada swimming pool kat umah.


Ni la masanya bakar ikan yang aku siang semalam. Dan pakar dalam bab bakar membakar ni sape lagi kalau bukan...


HUSBAND AKU ..hihi..











MAKAN TIME!!!











Hasil pembakaran


❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀