Friday, August 31, 2012

Jamuan Hari Raya tadika Aina

Aina excited bangun dari tido hari ni. Tak sabar nak kesekolah sebab ada jamuan hari raya.

Semalamnye... pening kepala aku fikir nak bagi Aina bawak pe ke sekolah. At last, aku masak Macaroni je bagi Aina bawak sekolah.

Macaroni ngan kuahnya

Ni rupanya bila da campur ngan kuah




Resepi macaroni ni aku belajar ngan mak mertua aku. Aku cuma adjust sket bahan-bahannya. Anak-anak aku suka sangat.

Biskut raya pun bawak gak




Aina da ready pakai baju raya





Airis da 4 tahun!

30th August 2012 - Genap umur Airis 4 tahun. Kejap je da 4 tahun. Kalau xde pape hal, next year da masuk skolah. Aku harapaku tak terlepas apape.

Selamat Hari Jadi manja mama! Moga Airis membesar sebagai anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat hendaknya, InsyaAllah. Mama, abah, abang dan kakak akan sentiasa di sisimu...

Ni gambar2 sekitar majlis sambutan birthday dia...

The cake...





Birthday Girl...




The Food...




The Guest...



Birthday present...



Dari makcik Baby ngan Uncle Amman






Hadiah dari Acu Sasa
Kakak pun tumpang sekaki

Terima kasih pada yang da wish birthday buat Airis. Semoga doa kalian mengiringi perjalanan hidup Airis hendaknya. InsyaAllah.

Wednesday, August 29, 2012

Suka-suka

Aku try menatang ni kat FB. 



Maybe benda ni dia baca dari tarikh lahir. Sebab kalau apps lain, aku buat 2,3 kali dia akan tukar2 bacaannya. Tapi yang ni, static... sama je bacaannya. Kelakar dowh!

Bab karakter tu, aku agak setuju. Aku mengaku aku ni agak kasar orangnya. nampak je lembut. ;p

Sikap tu.. sama sikit je la. Sebab aku suka amik tahu hal orang lain, terutamanya hal adik beradik. Tapi bukan minah kepoh okay.

Yang lain tu... aku no comment!  ;p

Member Beraya

Ramai gak member aku ngan husband yang datang beraya. Malam-malam lepas office hour pun diorang datang. Tak kisah la, at least diorang bagitaw sebelum nak datang beraya, so aku bley prepare pe yang patut. Takde la diorang datang hanya makan serdak biskut raya. Eheeee...

Malam semalam adik aku ngan husbandnya datang beraya, aku hidang ngan nasi lemak. Spontan je aku masak pe yang ada. Sejak dua menjak ni da agak cekap di dapur. Main campak-campak je da siap masak.

Malam ni, bff husband (cewah) ngan member bekas satu office dia datang beraya. Aku sempat masak mee goreng, kuah kacang ngan nasi impit. Walaweh.. makin cekap aku rupanya *perasan



Tu la kelebihannya kalau nak datang bagitau tuan rumah dulu. Jangan main surprise je. Silap-silap, korang yang kena surprise.


Tuesday, August 28, 2012

Rindu PARAM

Huwaa... rindu nak berniaga kat pasar Ramadhan. Sebelum ni, time camni aku tengah sibuk kat dapur, nak siapkan benda-benda yg nak dijual.

HOT SELLING!

Ada gak r barang jualan aku yang tak dapat kat gerai lain yang boleh di anggap 'Hot Selling Food'. Contohnya...

1 - Puding koktel



Haha.. yang ni aku rasa tak dapat kat tempat lain. Kalau ada pun memang tak sama. Memang kesukaan ramai * Ni aku buat survey taw!

Ni memang resepi yang aku cipta sendiri. Tu pun jenuh la try n error. At last hasilnya... walah.

Sebekas RM2.50 ye.

2 - Bubur Ayam


Yang ni, aku tak sure kat gerai lain ada jual ke tak. Tapi yang aku jual, memang habis je. Rasanya, pada family aku, memang sedap. Orang lain tataw la. Tapi, semedangnya habis okay!

Harga aku pun tak la mahal sangat. RM3 sebekas.

3 -  Apom Polka Dot





Yang ni aku google resepi kat internet. Yang buat rasanya lain dari yang lain, maybe filling nye. Resepi aku reka sendiri. kalau orang order, diorang akan minta aku letak filling dia lebih sket.

Yang ni aku jual RM1 untuk 3 biji. Memang favourite kanak-kanak plus rupanya yang comel.

4 - Lai Che Kang

Lai che kang pun tak kurang hebat gak sambutannya. Lai che kang kami ni, boleh dikatakan ccukup bahannya. Dari kembang semangkung, fungus, barli, kurma merah, macam-macam ada.

Aku jual RM2.50 satu. Takde plak aku simpan gambar lai Che kang

                                   ***********************************************
  
Puding karamel RM1.50 per slice

Bubur-bubur RM2 sebekas

Bubur ayam ngan supnya, eh.. ada terselit gambar Lai Che Kang

Yang lain-lain tu pun, kadang-kadang habis, kadang-kadang tak. Adat le meniaga, ada pasang surut. Aku tak suka nak merungut kalau barang yang diniagakan tak habis. Ataupun ada gerai yang lain jual benda yang sama macam aku. Aku tak marah. Aku anggap rezeki masing-masing. Kalau ada rezeki kita, adalah tu. Aku hanya bersyukur je, dan tak lupa sedekah bila barang niaga tak habis.


Saturday, August 25, 2012

Sedondon

Seingat aku,aku la yang mepelopori baju bertema dalam family aku ni. Start dari abang sulung aku kawen, aku cadangkan rombongan bertunang pakai baju kaler merah-hitam. Pastu family day korge aku pun, tiap2 kali buat, aku tentukan kaler yg kena pakai nak nampak sedondon. Start tu, setiap kali raya, aku ngan family pakai kaler sedondon.

La ni, rasanya, ramai dalam keluarga dan sedara-mara yang da ngikut pakai sedondon. Wah..wah.. bagus la. kan. baru nampak seia sekata. Ecece...

Tahun ni , raya aku siap 3 pasang baju. So, family aku kena ikut kaler baju aku. *macam diktator daa

1st day of Raya :
Ocean Blue

Adeh... sedih. Baju aku bley xsiap. Sabor je le. Nasib baik jumpa kaler baju yang lebih kurang sama ngan diorang. Sepatutnya baju aku sama macam anak-anak dara aku. Pe nak buat, benda pun da lepas. Lepas ni, aku akan pastikan baju raya aku akan siap awal. PASTI!

Kami sefamily bergambar ngan P-I-L aku. Eh, kami xde gambar sekeluarga?


2nd day of Raya :
Pink

Sebenarnya, kain baju tu kain sari pemberian abang ipar aku yang baru balik dari Sri Lanka. Baju tu sebenarnya kain sari. 6 meter panjangnya, ada lebih pun. Dapat buat baju kami 3 beranak. Kain tu cari kat nagoya.

Tension je husband ngan anak sulung aku sebab kena paksa pakai kaler Pink. Tak pernah diorang buat, ni 1st time diorg pakai kaler ni... ;p


3rd day of Raya :
Yellow

Ni baju hadiah dari kakak aku. Dia tersalah beli, so dia bagi aku. Rezeki tu. So aku cari la baju diorang yang sama kaler ngan aku.



Sebenarnya, takde la penting sangat nak sedondon ni. Cuma bila kita pakai sama ngan cinta hati, automatik kita rasa kita orang yang paling bahagia skali di hari raya. tak gitu? ;p

Thursday, August 23, 2012

Balik dah

Hari ni aku balik Shah Alam. Memang kami budget raya ke empat kami balik sini. Risaukan anak bulus kami kat rumah.

Ingatkan balik tengah-tengah minggu ni, takde la jam. Rupanya terkena gak. Jam kat Tanjung Karang, Selangor.



Area tu memang selalu jam walaupun cuti biasa. Tapi bila terkena cuti raya, jawabnya jam luar biasa la.

Perjalanan yang biasanya hanya ambil 2 1/2jam jadi 3 1/2 jam. Adeh... naik kematu punggung.

Monday, August 20, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H

   Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap tutur kata. Semoga Syawal membawa lembaran baru buat kita semua. Amin...


Wednesday, August 15, 2012

e Card Aidilfiti

Assalammualaikum..

Macam biasa, setiap tahun, aku hanya bagi e card pada member2 maya. Sorry guys, zaman econo-money daa. Nak jimat cost ;p

So, terimalah seadanya. Eheee...




Yang penting, kita ingat pada kengkawan , ye dak?

Kuih Raya

Aku memang tak beli kuih raya Bukannye apa, tapi macam da serik. Beli kat luar, mesti kuih satu rasa berbagai rupa. Korang faham tak? Maksud aku, rasa semua sama, tapi di buat lain-lain bentuk Pastu, main letak je nama

Tiap-tiap tahun, aku la yang buat kuih raya untuk family aku Family husband da tak payah sebab ipar duai da borong kuih masing-masing Sampai 2,3 plastik. Kadang-kadang sampai buang je kuih raya kat kampung husband tu

Aku buat kuih yang memang kami sekeluarga suka je Resepi pun memang resepi family. Cuma kadang-kadang kalau terlebih rajin dan ada masa, aku akan cuba buat biskut lain.

Rasanya, tahun ni macam da suntuk sangat. Dari masa mula meniaga, sampai nak buat kuih raya, rasanya macam da tak sempat Ni ada yang tak balik beraya sebab kuih raya tak siap nanti.Huhuhu...

Tambah duit belanja raya

Aku amik upah isi kuih dalam tupperware. Ni tender yang kenalan aku dapat dari BAKTI, khas untuk penjawat awam. Di bayar RM100 sehari. Sehari bley dapat dalam 150 bekas kalau buat ni je.

















Nampak je keje senang, tapi naik kematu punggung bila ngadapnye. Dapat r sket duitblanja untuk hari raya.

Moreh

Da menjadi tradisi keluarga Tn Hj Amarudding B Hj Ibrahim, yakni family husband aku... bila moreh pasti seluruh keluarga balik kampung. Dari zaman arwah atuk husband, tiap-tiap tahun mereka akan ambil giliran untuk moreh.

Moreh tu apa? Korang tak pernah dengar ye? Jap..jap... aku Google.

Ok.. ni maksudnya...
Moreh ialah jamuan makanan untuk orang berbuka puasa.

"Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (HR At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah)."

Haha.. aku taw, tapi tak reti nak explain.

Kalau tahun-tahun sebelum ni, lauk moreh dimasak secara bergotong royong oleh orang kampung yang diketuai oleh mak mentua aku. Tapi, tahun ni mak mentua aku da tak larat, makin uzur. So, jawabnya order katering je le. Nak harapkan menantu-menantu? *aku le tu

Masak untuk perut sendiri boleh le. Hehehe....

Kat kampung opah tok, diorang 'bebas' buat pe je termasuk panjat pemegang tangga. Geram je aku..Grrrr...
 
Masa ni le kalau nak jumpa retis ;p . Nabil ngan ayahnya, abang ngah husband menuju ke masjid.





Si hensem aku pun pegi gak




Aktiviti kami, menantu2. Tunggu masa nak berbuka.




Tu dia... banyaknye rezeki Allah...
 Masa ni la peluang nak berbuka ngan ahli keluarga.

Saturday, August 11, 2012

Kedemaman...

Ada ke perkataan tuh?

Arghh... tak kira la. Yang penting, sekarang ni aku memang tengah tak sihat. Alhamdulillah,sempat juga meniaga siang tadi.Da  malam ni,baru teruk.

Pe ke lagi... flu melanda.Aku tak kisah kalau setakat demam je. Tapi, bila da kena flu... tu yg sampai demam2 ni. Masa ni, apa pun tak bleh.Huhuhu...

Tengah flu, xde mood nak niaga. Bukan pe, aku taw.. customer pun takde mood nak beli kalau aku asyik bersin 24-7 kan?Aku pun camtu .Hihi...

Wednesday, August 8, 2012

Ape dalam beg korang?

Baru aku perasan, beg aku penuh ngan macam-macam benda. Da macam poket doremon. Teka pe benda yang paling banyak selain duit syiling. Jawapannya... resit pembelian.

Bila daa jadi ibu, dalam tak sedar kita telah penuhkan keperluan keluarga dari barang kita sendiri dalam handbag kita tu.Sape setuju?
Contohnya ubat untuk sakit perut, pampers, wet tissue, macam-macam lagi la. Berbeza ngan masa hidup bujang. Hand bag penuh ngan barang make up.

Setelah berzaman aku tak punggah hand bag aku, tetiba rasa macam nak tukar hand bag. Pe lagi... punggah punya punggah, da kutip segala resit, inilah yang tinggal. 


Korang plak camne? ;)

Thursday, August 2, 2012

My F-I-L

My Parent in law ada kat KL. Abang ngah nak bawak apak ke Ampang Puteri Medical Center sebab nak buat rawatan laser untuk batu karang.

Ayahanda bersama bonda husband


Apak da berumur 78 tahun, da uzur. Tapi lately ni, dia da hilang kawalan kencing menyukarkan dia nak ke masjid, bersolat atau nak kemana2 pun.

Pegi Hospital Teluk Intan, doktor sahkan apak ada batu karang. Tapi tak besar.

Standard la kalau hospital kerajaan, kena tunggu appoinment. Tapi abang ngah nak bawak apak berubat kat Ampang puteri.

Semalam da check kat Ampang Puteri. Tak bley nak buat sebab jantung apak xstabil. Apak memang ada masalah jantung.

Menurut doktor kat Ampang Putri tu, doktor Hoapital Teluk Intan da bagi apak makan ubat yang tak sepatutnya. Hemm....

Duit banyak pun, kalau da sakit. Pe pun tak boleh buat. So, sekarang hanya perlu tunggu dan lihat je. Poor my FIL.
❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀