Sunday, March 31, 2013

Bawak bebudak ke Starship Galactica

Kebetulan akak aku amik cuti hari ni, aku plan nak bawak bebudak ke Starship Galactica di One Utama, Petaling Jaya ngan anak2 akak skali.

Kalau tengok gambar kat site dia DISINI ... nampak cam menarik. Lagipun tempat ni tak jauh dari umah.

Kami pergi pun da petang... time orang solat Jumaat. So, takde la ramai sangat orang.

Entrance Fee nyer..
Pintu utama
Masuk kena isi borang dulu ye
Kasut kena tinggalkan kat kaunter.
Kena pasang wrist band

Kat bawah nye ada ruang untuk brithday party celebration... juga ada arcade.

 
Sebelum masuk, kena pakai stokin tau. So, kena bawak siap2 sebab kalau tak kena beli RM8 satu.


Tangga nak naiknye punya la trill... bagi aku la. Agak curam dan berliku2. Hahaha...

Tangga masuk
Tadaaa.. ini la tempatnye.
Kami lepak dalam tu sampai pukul 7pm. Bagi bebudak main puas2.





Nak pose gak...
Me wif my sis
Tapi.. pada pendapat aku... RM20 tu agak mahal untuk permainan yang tak seberapa ni. Takpe la ... as long anak2 aku berseonok... ok la tu. Tu pun ada bunyi nak pergi situ lagi. Hahaha...





Sunday, March 24, 2013

Malam Cinta Rasul 2013

Balik dari Seminar Berani Berniaga 2013 kat Menara PGRM Cheras, kami terus ke Dataran Merdeka untuk Program Malam Cinta Rasul. Memang kami suami isteri da berhajat nak bawak anak2 ke majlis sebegini.. akhirnya tercapai gak Alhamdulillah.. Allah SWT izinkan kami sekeluarga hadir ke majlis sebegini.

Kami sampai pukul 6.30pm, terus cari parking kat belakang bangunan Sultan Abdul Samad. Alhamdulillah... senangnya dapat parking.

Kat tepi masjid Jamek


 Seminar tu memang tak bley bawak budak2 bawah 18 tahun. So, kami kena tunggu adik aku bawak anak2 aku datang KL naik LRT. 

Sementara menunggu anak2 tiba, kami melihat telatah manusia yang lalu lalang. Subhanallah... ramai nye yg nak pergi tempat yang sama. Terharu tengok anak2 muda beramai2 ke majlis Allah.

Muka penat.. tapi teruja nak pergi.

Adik ngan anak2 da sampai. terlambat sebab tersangkut dlm jam masa naik bas.


Aku memang da lama berhajat nak beli jubah hitam untuk anak-anak. Akhirnya dapat cari gak.

RM35 sehelai.Tudung RM15 sehelai. Beli kat Pasar Kemboja Kubu Gajah.
Kami sampai, majlis belum mula lagi
Ramai... yang bawa keluarga pun ramai. Macam kami...




Da siap bawak tikar



Dapat free
Ketibaan tetamu kehormat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin

Bangunan Sultan Abdul Samad di malam minggu



Ada yang sanggup berdiri
Kami harap dapat hadir ke majlis seperti ini lain kali. Semuanya dengan izin Allah. Amin.



Seminar Berani Berniaga 2013

Kami ingin melepaskan rindu pada Dr Azizan. Rasa rindu ngan ilmu yang dia bagi. Rasa nak lagi dan lagi. kami nak recharge tenaga positif kami yang makin pudar. Walaupun energi positive tak segah program IMKK, sekurang2nya, program kali ni akan memberi lebih semangat.

Program bermula pukul 8am. Alhamdulillah,guna Alpha Trigger, kami dapat sampai tepat pada masanya. Malah lebih awal dari yang lain. Dapat la seat depan sket.

Pukul 1pm kami direhatkan. Tapi, masalah yang sama, susah nak beli makan. Sebab da ramai sangat. Ni bagi aku inspirasi  ;)

Pukul 2.45pm, sesi bersambung semula. Kali ni ada talk dengan wakil agensi kerajaan TEKUN dan MARA. Banyak gak info yang dikongsi petang tu.

Walaupun semangat kali ni tak sehebat IMKK, sekurang-kurangnya aku jadi lebih positif dan berazam tinggi. Dengan izin Allah.. aku mesti lakukannya. Amin!

Ulangkaji...






Thursday, March 21, 2013

Kerja amal yang berbaloi

Semalam, kami dikejutkan dengan berita Ketua Wanita Umno Subang nak hadiahkan kami voucher Karisma RM200 untuk kerja yang kami da lakukan. Sangat2 tak sangka sebab kami anggap tu semua kerja amal. Tapi, Pn Hjh Halimaton dengan berbesar hati nak hadiahkan pada kami balance baucer Karisma yang ada. Terima kasih. Dapat la mengurangkan beban kami sket ;)


Pn hjh Halimaton bagi sendiri baucer tu.

Baucer ni hanya valid untuk ditebus di Giant Kota Damansara. Ok, shopping time!!!

Kena tambah RM0.89. Hihi





Tuesday, March 19, 2013

Airis melawat kilang roti Gardenia

Haha.. kali ni aku pun ikut sekali sebab aku da jadi AJK sekolah tu. Bley la aku pantau Airis.

Ready nak pegi
Rombongan bertolak pukul 9am, naik 2 van sekolah dan sebiji Avanza milik cikgu.



Airis naik ngan mak long Ju ye. Mama naik keta lain



Sampai je kami disambut pekerja-pekerja Gardenia. 

Da sampai


Guru pengiring kena pakai tag ni

Mula-mula kami dibawa ke bilik audio video untuk tengok tayangan mengenai sejarah roti.

Muka teruja Airis
Akak ni tukang bagi penerangan


Lepas tu, kami dibawa ke bahagian pembuatan. Bukan tengok dari dekat pun, dari dalam kaca je. Dalam tu tak bley amik gambar.


Last sekali, part yang kami paling suka, kami dibawa ke pantry untuk minum pagi.

Kita minum dulu

Sebelum balik, diorang bagi kami goody bag yang penuh ngan roti.


 Kami dapat dua bag. Yeay! Ada la stok breakfast untuk 2,3 hari. Hihi...











❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀