Saturday, August 30, 2014

Proud Sister





Congratulation kepada adik kesayangan kami sekeluarga, Sasa yang telah menyambung pelajaran ke peringkat Master di Universiti Malaya. Sesungguhnya kami merasa bangga denganmu. Go go caiyok!

.




Sunday, August 24, 2014

Open House dimana-mana

Minggu ni minggu akhir open house. So, banyak gak la undangan yang aku dapat.  

Ni gambar di open house terakhir kami, rumah abang ipar di Taman Kosas, Ampang.







Percubaan pertama

Sian kesayangan aku CR. Muka rela je kena sarung baju. Baju tu milik Rattan Tata, kucing adik aku. Masalahnya... Rattan tu gugurl. Yang si CR ni pulak.. boboy. Hahahahaaaa....






Saturday, August 23, 2014

Program 'SBP... Aku datang!'

Hari ni Shahir ada lawatan ke sekolah berasrama penuh. Seronok sangat dia, sebab dia memang nak sangat masuk asrama. Eloklah dia pergi, nak ambil berkat.

Kumpulan pelajar dalam 50 orang bersama guru, berkumpul di kawasan sekolah pada pukul 8 pagi. Destinasi mereka, Sekolah Agama Bestari, USJ.



Besar harapan aku, besar lagi impian dia. Moga dimakbulkan Allah SWT.



Projek dress 'Queen Elsa'


Atas permintaan puteri bongsu, aku plan nk jahit baju Queen Elsa sempena birthday dia ke 6. 

So, da beli kain kat kamdar, just tunggulah hasilnya nanti. Harap menjadi... *** Feeling teruja.

Friday, August 22, 2014

Selfie 220814


Karok mysayang

Da lama kami tak pergi karok... iyelah, since kami decide kami nak jadi yang lebih baik, kami memang nak kurangkan aktiviti karok.

Tapi, sekali sekala nak gak lepaskan rindu. So mysayang ajak la aku pegi asah tekak.

Destinasi kami... e@Curve. Sound sedap dan lagu juga agak up to date. Harga pun berpatutan RM33 sejam and kami ambil 2 jam. Hahaha...nyanyi sampai lebam.




Malang tak berbau

Kalau da hari hujan, dengan jalan gelap dan licin... Janganlah bawak kereta laju-laju. Akibatnya, kita sendiri pun da tahu.

*** Aku on da way ambil PIL kat kampung ni.



Malaysia Berkabung

Salam Takziah buat keluarga penumpang MH17 yang da ditembak jatuh. Aku amat bersimpati, terutama buat sahabat aku  Fariz Rahim yang kehilangan adik bongsu kesayangannya, Co Pilot Firdauz Rahim. Al Fatihah..

Hari ni aku pakai serba hitam tanda berkabung. Takde niat apa pun, sekadar menyampaikan kesedihan dan keprihatinan aku sebagai rakyat Malaysia


** Gamba ni masa aku tengah tunggu adik aku interview.

Tuesday, August 19, 2014

Anniversary Perkenalan ke 16 yr.

Hari ni genap 16 tahun aku berkenalan dengan mysayang. Kami berkenalan dari zaman sekolah. Aku ingat cinta monyet, tak sangka berpanjangan ke jinjang pelamin.

Ni gambar di awal perkenalan 1998...



KINI...


So banyak perubahan kan? Hahaha...

Takpe, yang penting kami bahagia. Orang lain sibuk mengimpikan dapat suami macam Zill dalam drama Rindu Awak 200%. Tapi aku memang dah dapat, cuma Zill aku ni kurang hensem dan tak berapa nak kaya. Hahahaaa... Tu semua bukan perkara penting.



Sunday, August 17, 2014

Selfie 170814





Kenduri Kawen adik member


Aku berkesempatan ke majlis kenduri adik member kat Taman Karentina, Batak Rabit. Karentina? Okay, sound familliar

Aku pegi ngan Ijoi sekeluarga juga Ajis. Kenduri ke rumah Amin. 


Ni je yg datang. Yg lain sibuk beraya kot, open house masih banyak lagi.

Kubur Abah

Raya hari tu, aku tak sempat ziarah kubur arwah abah kat Durian Sebatang. So, dikesempatan ni, aku ngan kakak aku pergi berdua.




Bersih kubur abah. Alhamdulillah.

Al Fatihah...

Saturday, August 16, 2014

Selfie 160814




Balik kampung

Tanpa mysayang... Aku balik kampung kat Teluk Intan. Bawak mak ngan adik sekali, naik kereta kakak aku, and dia pun join sekali.

Adik bongsu aku nak hantar kereta. So,dari Shah Alam aku drive bersama adik aku, mak dan anak-anak aku naik ngan sis.

Esoknya, kami beraya ke Sungai Besar, jumpa sepupu yang da lama tak jumpa.




Che Na, sepupu aku...
Da lama dia meniaga kedai makan kat Sungai Besar. Ahaz Catering, masakan kampung dia memang superb. Tak caya...cuba singgah.



Balik dari Sungai Besar, kami menuju ke Teluk Batik. Mak aku nak jalan-jalan. Saje ambil angin laut petang-petang ni, bukannya mandi pun.





Sampai ke Teluk Intan pun da malam.


Friday, August 15, 2014

Jamuan Raya

Mesti ada acara makan-makan kat sekolah kalau hari raya. Tahun ni tahun malas aku, so aku hanya goreng nugget je utk diorang bawak ke sekolah. Ngehihii..



Kena pakai baju raya ye kome...



Tuesday, August 12, 2014

Makanan Ringan

Sedang aku duduk sambil main henfon, Airis bersuara pada aku...

"Mama, makanan ni la makanan ringan kan?"

Rupanya dia tengah main masak2 guna tanah liat. Oh... camtu rupanya definasi makanan ringan bagi Airis -_-"


Sunday, August 10, 2014

Singgah ke Pantai Morib

Last time aku pergi ke Morib, rasanya tahun 2009. Masa tu mysayang kerja adjuster, dia mencari orang kat Banting. Terus singgah Morib.

Dah banyak membangun pantai Morib ni. Tetapi air lautnya still tak boleh mandi. Tapi aku nampak da ada kawasan mandi manda tidak jauh dari Morib.

Morib da cantik dengan macam2 dekorasi. Eloklah dijaga, nampaknya Morib menjadi kawasan tumpuan untuk keluarga beriadah.










Saturday, August 9, 2014

Sambutan Aidilfitri Korge Mem Jenab

At last kami decide buat majlis makan2 raya sekeluarga disebuah homestay di Banting Selangor. Tak jauh sangat katanya..

Ni semua permintaan mommy. Dia nak bagi duit raya pada cucu2 dia. Yang iyenya, saje nak berkumpul anak beranak la tu.

Chef untuk hari tersebut, semestinya... aku. Kata diorang, aku je tahu cara masakan mommy. Hahaha... alasan je tu :p.





Makan sampai kenyang, baru la mulakan sesi bersalaman dan bergambar.





Kami tido semalaman di homestay tu.

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀