Saturday, January 31, 2015

JJCM : Richman Cafe, Sungai buloh




Lunch hari ni, mysayang bawak kami ke The Richman Cafe. Saje bawak bebudak makan luar. Hari sekolah, mama yang masak. 


Tahun lepas, selalu gak kami datang sini. Ni kira first time untuk tahun 2015 lah. 





Airis nak air Longan. Comel je bekas dia. Ok, Airis suka.



Aku order air Hawaiian, tp diorang bagi aku air Chocobana. Takpe, aku redha je. Terus cuba. Not bad...chocolate campur pisang. Tapi pada aku, agak manis r. Heheeeee.


Aina memang peminat pasta. So dia order 'Bechmanel Sauce Seafood pasta'. Rasa ok, cuma pada aku pasta dia tak berapa empuk.


Haaa...yang ni aku punya. 'Konlo Kuey Teow with Hakka Chicken'. Memang favourite dari dulu. Tapi, rasanya da lain, plus kuahnya agak cair. Dulu lain! Frustrated!!!


Yang ni pilihan mysayang. Perut orang tua, mesti nak nasi gak. Ngeheheee..
Dia pilih 'Sweet and Sour Chicken with rice', pastu dia tambah 'Sambal Sayur Kangkung'. Ok, mysayang puas hati rasanya.

Airis ngan abangnya makan western food je. chicken Chop...memang favourite Shahir.

So, rumusannya, dulu makanan kat sini agak sedap. Tapi tahun ni da tak berapa, sama ada diorang da tukar tukang masak, or da tukar resepi baru. Korang cuba, baru tahu.

Aku nak bagi 3 dari 5 bintang.





Friday, January 30, 2015

Lepaskan rindu pada hakak-hakak tersayang



Da lama tak berjimba-jimba dengan kakak-kakak gedikz ni. Rindu kat diorang. So, aku pun ajaklah diorang lepak gi makan. Sekali sekala belanja diorang.

Acara wajib : selfie ;p
Destinasi kami, Old Town White Coffee di Subang Perdana. Senang, itu yang paling dekat.
wefie lah, pe lagi




Air pilihan aku
Mee udang..baru cuba. Tak kena tekak..Heheee
Me with kak Miesha
Kak Miesha, Kak Ita and me

Singkat je dating petang tu. Al maklumlah, masing-masing ada komitmen lain. Takpe, lain kali kita jumpa lagi, InsyaAllah...

Wednesday, January 28, 2015

JJCM : Kenny Rogers round 2



Lepas sauna, mysayang bley plak ajak aku makan kat Kenny Rogers sebab masih ada balance RM90 dalam kad top up tu. Dia kelaparan ler tu lepas kena tunggu aku buat treatment selama lebih kurang 2 jam.

Pilihan hati...
Aku tak larat nak makan heavy sangat, al maklumlah baru hilang beberapa kilo lepas treatment tu ;p

So aku amik ayam quarter je. Pun da kenyang. Mysayang yang kelaparan tu makan pasta.


Muffin...macam biasa, tak larat nak makan so bawak balik je la.
Lalalalaaaaa......





Daftar slimming pakej di Adeline




Last week, masa jalan-jalan dengan mysayang... aku dapat voucher untuk body treatment yang berharga RM320, dengan hanya RM49 je. Disebabkan murah, mysayang pun suruhlah aku cuba.


Selepas bincang, consult, bla..bla..bla.., kami set appointment untuk sesi yang terkandung dalam voucher tu. hari ni aku free, so aku buat appointment hari ni.

Hari ni aku buat treatment 'Slimming Sauna' dengan 'GS', seperti yang terkandung dalam voucher tu. Mengambil masa dalam 2 jam. Mysayang gatal ikut, sanggup tunggu 2 jam tu. Hahaha...

Best sangat! Sauna selama 45 minit, pastu sesi urutan dengan mesin GS. Syok walaupun agak sakit.

Yang mengejutkan aku, mysayang da register aku untuk full program iaitu untuk sepuluh sesi yang berharga RM8+++. Tapi sempena promosi Chinese New Year, Dapat diskaun separuh harga. Yeay!!!!!!!!


Bergambar untuk promosi Chinese New Year, bersama Jennifer Tan, manager kat situ.

Kad sesi aku.
Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyy!!! Excited wei... 





Tuesday, January 27, 2015

Dinner at Herritage Penang, Subang 2


Balik dari hospital, terus singgah makan di Herritage Penang, Subang 2. Senang, siap makan malam sekali.

Kami da selalu makan sini, cuba aku tak share kat blog je. Herritage Penang ni dekat je dengan kawasan rumah aku. 


Mysayang nak try sotong kangkung plak.


Pilihan mummy aku, Set Lele Penyet


Tadaaa...pilihan aku. Laksa dengan air honey lemon. Not bad!

Mysayang nak nasi jugak... Nasi goreng TomYam.
Okey, aku bagi 3 dari 5 bintang.






Bawak mummy ke Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru



Sakit kaki mummy da tak tertahan dah. So, kami bawak dia ke hospital. Nak cuba Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru. Tengok pe kata doktor sini plak.

Suka sangat suasana hospital ni. Banyak aura positif.

Lama jugak kami menunggu. Maybe sebab ramai sangat orang.



Jumpa doktor, dia suruh buat x-ray dengan check darah sekali. Terpaksa tunggu lama untuk keputusan darah.



Nyempat lagi... ;p
Ok, doktor cakap takde apa yang perlu dirisaukan. Tulang mummy okey. Cuma tulang belakang bengkok sikiiittt je. Maybe kesan dari kerja berat masa muda. Konkulasinya... faktor usia. Sabar ye mak, redha je la.

Nah...3 jenis ubat
Janji mummy puas hati dah dengar sendiri pe kata doktor. Takpe mak, selagi terdaya, saya bela mak.

Selfie on the way balik umah. Ngeeeeee...





T shirt Azizian versi ke 2




Aku open order t shirt untuk kawan-kawan sebatch aku. ni untuk tahun 2015. Tahun lepas aku buat warna hitam. Tahun ni warna putih. Aku tahu, ramai yang tak berapa berkenan. Hahahaa...gasaklah. Sape yang berminat je ye.





Sunday, January 25, 2015

Naik bot angsa di Taman Tasik Shah Alam



Da lama teringin nak naik bot angsa ni. Yeay! Balik dari Port Dickson, mysayang nak bawak budak-budak pusing ke Shah Alam plak. Ternampak bot angsa kat Tasik Shah Alam. Aku bagitaw mysayang, aku teringin nak naik. Terus dia kata...'Ok, jom!" 

Sampai situ pukul 5pm. Terus sewa 2 bijik bot angsa. Akunaik ngan Shahir, mysayang naik ngan 2 gugurl tu.

Memula...scary weih. Bley ke bot ni tampung berat aku. Tapi, aku taknak nampak takut. Biar nampak berani, automatik anak bujang aku jadi berani.


mysayang ngan gugurl2


Nampak bot senget sebelah

Hahahahaa...Airis ketakutan



Mama ngan Shahir...WeFie


Luasnya tasik **Gulp..


Shahir la kena kayuh, mama tak larat. Hahaha...
Tengah tasik tu ada pulau kecil. Diorang letak banyak burung kat situ. Burung datang pun banyak.



Siap ada kandang burung

Hahaha, shahir da penat






masa ni Airis da berani sikit





Sejam RM25 untuk satu bot. Selesai sesi mengayuh bot, gugurl-gugurl nak singgah taman berdekatan la pulak. Layankan aje...sebelum Maghrib tiba.



Harap diorang happy...





Asam Pedas Warisan, Port Dickson



Okey, time to check out! 

Jangan lupa posing ye. Hahahaaaa...


Mama with Airis


With  mysayang
Bye bye Ancasa! Till we meet again....


Perut da lapar. Pe lagi...cari soru la.

Destinasi pilihan, abang ipar aku rekomen Asam Pedas Warisan.


Sedap giler weih. Kalau dekat, confirm jadi pelanggan tetap dah. Hahaa..

Asam pedas sedap giler, air-air cukup rasa, cuma kurang pilihan sayur je. Takpe, aku bagi 4 dari 5 bintang.



❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀