Thursday, July 31, 2014

Mommy balik dari Phuket

Setelah 5 hari bercuti ke Phuket, hari ni mommy balik ke Malaysia. Aku pergi ambil dia kat KLIA2. 


Flight dari Phuket pukul 6am, sampai KL dalam pukul 9.30am. Tp sebab tunggu bagasi, pukul 10.30am baru muncul kat gate. Adik aku merungut yang KLIA2 ni tak mesra warga emas langsung. Sian mak aku banyak berdiri masa menunggu.


Keluar je dari KLIA2, kami menuju ke Nilai, nak beraya ke rumah mertua abang aku. Mood raya still on kan?





Lepas tu, terus balik rumah. Mommy ngan adik aku jetlag.

Wednesday, July 30, 2014

Sentap

Raya kedua da wat hal. Ada la yang antara kami yang tak puas hati. Akhirnya mysayang terus ajak balik Subang, sebelum sentapan kami berlarutan lebih kritikal. Tengah malam raya kedua tu gak kami bertolak balik ke Subang.

Raya ketiga, kami bagaikan beraya diperantauan. Orang lain masih seronok beraya kat kampung, kami da balik rumah dah. Lengang!

Kami masing-masing masih bermasam muka. Hari ni plan nak bawa Shahir amik neb kat Klinik Family Subang Permai.


Demi memujuk hati aku, mysayang bawak kami semua keluar berjalan2 tanpa arah tujuan. Destinasi kami, Giant Kota Damansara.

Takde papepun. Orang pun tak ramai. Mysayang tetap cuba pujuk aku. Aku ok je, senang cool down.

Rupanya mysayang beli lampu ni, katanya nak menimbulkan suasana hari raya kat rumah ni. Hadeh...


Well... aku hargai usaha dia nak pujuk aku. Itu yang buat aku sayang kat dia.

Tuesday, July 29, 2014

Keluarga Bahagia

Aku cuci semua gambar raya dari tahun 2010. Ada 3 keping, tahun 2011 xse nampaknya.

Bila pak mentua aku tengok...dia suka. Terus dia minta tolong aku betulkan menda ni... 


Wah... Tak sangka! Peringkat Daerah tu...

Jenuh aku nak betulkan nih.

Baby boy



Mysayang nak sangat ada baby boy balik. Iyelah... abang pun dah 12 tahun. Lagipun da ada 2 gugurl. Seeloknya nak tambah lagi sorang boboy. Tapi takdela dalam masa terdekat ni. IUD aku pun expired tahun 2016. Lepas tu baru fikir, boleh? :p

mysayang ngan anak menakan dia, Luqman.

Banana Cheese Raya


Hahaha
Kalau kat rumah tu da ada tokey Banana Cheese, memang tak sah raya ni takde dihidangkan dengan Banana Cheese dari biras aku, kak Min, wife ngah mysayang.

Banana Cheese Plain

Banana Cheese wif Chocolate

Memang sedap. So, sape yg nk cuba rasa Banana Cheese ni, bolehlah datang ke Food Court Taman Kosas Ampang. The one and only yg ada kt situ. Cubalah!


Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri

Raya weii..

Tahun ni aku rasa raya yg paling simple. Kami sampai ke kampung mysayang dalam pukul 12 tgh malam. So aku tak dapat tolong mum in law masak2 utk raya.

Selfie pagi raya kami...




Alhamdulillah...anak2 semua puasa penuh. Semoga mereka bergembira di hari raya.

Sunday, July 27, 2014

Raya! Raya! Raya!

Esok da raya. Kami masih di Shah Alam, mood balik kampung belum mari, walaupe pun, beg balik kampung da siap kemas.


Sebenarnya aku nak hantar mommy aku ke KLIA2. Dia nak ke Phuket ngan adik aku, Sasa. Nak bawak hati katanya. Alahai...

Maybe mak aku merajuk dengan adik-beradiknya. Biasalah orang tua. So aku ngan adik beradik yang lain terpaksalah beraya di rumah mentua. Takpelah, sekali sekala demi mommy.


We will miss u on Eid-Mubarak mommy! *sob...sob..

Saturday, July 26, 2014

Baju Melayu

Arghhh.. Baju raya tak beli lagi! Lagi 2 hari nak raya. Persiapan pe pun takde...

So hari ni aku decide nak pegi Jakel, cari baju melayu untuk raja dan putera aku. Jom!


Destinasi tujuan... Jakel Shah Alam..
Warna tema yang jadi pilihan aku (diktator ;p) warna hijau emelard. Memng da lama ngidam kaler ni.

Nasib baik ada pilihan untuk hero2 aku tu.


Ntah pe beza antara Zizan Razak ngan Aaron Aziz? Aku pun tak tahu. Maybe perbezaan kain dan design kot. Yg penting, kaler yg aku idamkan ada. Yes! Terus beli. Dewasa punya RM150 kanak2 murah sangat, cuma RM59 je. Serius murah untuk budak 12 tahun.

Balik Jakel, adik aku ajak singgah Laman Seni kat Seksyen 7. Sempat r berposing sakan, walaupun dalam keadaan penat berpuasa.


Banyak gak gambar, tak larat nak huplod semua ..

Friday, July 25, 2014

IFTAR sekeluarga paling bermakna

Aku harap sangat setiap tahun kami akan kekalkan benda ni. Walaupun da ada yang duduk jauh kat Penang sana naa, harap IFTAR sekeluarga ni akan kekal setiap tahun demi mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Cewah...

Macam biasa, aku la chefnya. Masak simple je, yang penting semuanya memang cara mommy masak supaya rasa dia tak lari. Tu permintaan sibling aku. Amboi..order saje? ;P


Ayam masak merah, kentang dan bilis masak kicap, masak lemak tempoyak, ikan goreng dan kobis masak kacang panggang.

Seronok berkumpul sekeluarga. Mommy la yang paling seronok. Mommy seronok,aku pun seronok. Moga majlis berkekalan ke akhir hayat kami. Amin...

Thursday, July 24, 2014

Eid Mubarak e-card 2014



Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua teman yang beragama Islam. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau tersalah tutur bicara.

Bibir Pecah

Tak perasan apa puncanya. Sedar2 bibir aku da bengkak macam Anjelina jolie,siap rasa gatal lagi.

Nasib baik tak ganggu selera makan aku. Eheeeee...


Wednesday, July 23, 2014

Menjahit

Aku nak cuba jahit baju raya sendiri, walaupun sebenarnya aku kekangan masa. Syoknya bila da ada mesin jahit yang memang da lama aku idamkan.


Memang brand murah je, brand Global. Beli kat Barter Corner, Puchong dengan harga RM3++. Murah, hasil jahitannya pun boleh tahan daripada mesin mini aku tu.

Senang rasanya bila da ada mesin ni. Semua benda aku nak jahit. Ni antara hasil tangan aku...



Coming soon... Akan menyusul lagi macam2 benda yang aku akan jahit. Tu pun bergantung pada masa terluang aku. Muahahahaa...

Tuesday, July 22, 2014

IFTAR di Dapur DD


Masakannya boleh tahan sedap..yg pentingnya daging kambing dia memang sedap dan empuk.

Dengan harga RM30 dewasa dan RM16 kanak-kanak.. Aku rasa agak berbaloi dengan pelbagai pilihan makanan yg ada.



So, tempat ni da jadi antara tempat favourite aku untuk berIFTAR  sefamily. 





Korang pun,cubalah. Pasti puas hati. Lokasinya di belakang Sungai Buloh Mall, Sungai Buloh, Selangor. 

Sunday, July 20, 2014

IFTAR ngan AZIZIAN 99

Bestnyer dapat berkumpul dengan sahabat2 zaman sekolah. Berbuka bersama plak tu..pasti menggamit kenangan zaman persekolahan.

Aku sebagai admin group memang da lama plan menda ni. Program IFTAR beramai-ramai. 

Dengan kerjasama my bff Sara, kami pakat ngan husband dia iaitu chef Prescott Metro Inn Kajang. Masakannya pun memang sedap. Kaw tim harga ngan husband dia, dapat la diskaun sikit. Alhamdulillah... Dapatlah kami jayakan majlis ni.

Adik aku pun join sebab husband dia batch aku

Yeay! Aku berjaya kumpul 20 orang sahabat. Ada yang datang solo, ada yang bawak family. Memang happening majlis tu, kami2 pun da penuhkan separuh dewan makan hotel...memang gamat.










Semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Amin..

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀