Friday, October 5, 2012

Happy 10th Birthday, my boy!


Hari ni birthday anak sulung aku, Shahir. Kejap je da 10 tahun. Rasanya macam baru je aku pangku dia kat wad Hospital KL.

Shahir beranak secara C-section sebab dia da lemas dalam perut. Hari tu hari Jumaat, Israk Mikraj. Jam 12.21 tgh hari. Masa tu wad penuh, katil aku kena letak tepi koridor smpai ada kosong. Tapi aku tak sedar sebab ubat bius tak hilang lagi.

Rasanya, satu malam tu aku tak bagi Shahir menyusu. Esoknya baru dapat bagi susu. Aku kena warded selama 5 hari sebab aku demam.

Kelakar bila ingat... masa aku kat wad, orang tanya Shahir 'ni anak cina ke?' Muka dan kulit dia putih macam anak cina. Ramai orang sangka aku kawin ngan cina. Hahaha.. cina le sangat.

 Takde wat parti pun. Shahir da besar, da nak jadi anak muda. Cukup mama beli kek je.


Nyawaku...
Semoga Shahir menjadi anak yang soleh, yang akan menjaga adik-adik bila da besar nanti. Moga Shahir berjaya dunia dan akhirat. Amin!




No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀