Sunday, February 22, 2015

Malam Kelima Karnival Gegar Marina 2




Malam akhir Karnival Gegar Marina 2... sepatutnya ada persembahan Joey BPR. Tapi mengecewakan bila Joey cancel last minute. Memang salah kami sebab tak bank in bayaran deposit. Tapi bukan sekali dua dia buat persembahan bersama kami. Kami tak pernah tak bayar. Cuma masalah kecil... Tapi ayat-ayat yang dia mesej kat kami, amat mengecewakan. Bukan tak boleh cakap elok-elok. Takpelah, barangkali dia bintang besar. Bahagian dia lah tu.

Nasib baik Poey Sting masih lepak dengan kami, kami minta bantuan dia carikan artis untuk persembahan malam ni. Dia cadangkan Yazid Sejati dengan Isa Graviti.
 
Da macam konsert besar bila empat rockers bergabung



Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Walaupun tanpa nama besar. Yazid dan Isa amat menghiburkan.

Pose hari terakhir








Saturday, February 21, 2015

Sempat singgah di Marina Waterpark, Lumut.



Janji ditepati.
Hari-hari dok bising nak mandi laut lah, nak gi Pangkor lah. Akhirnya, mak-mak budak bawak anak-anak pegi Marina Waterpark. Nak pi laut, confirm ramai orang cuti-cuti nih. Sini pun boleh...


Entance Fee, tak silapnya RM8 per person ikut ketinggian. Hehehe.. aku tak perasan sebab bukan aku yang bayar. Ngeeeee..



Tempatnya, biasa je. Takdelah sehebat Wet World Shah Alam. Sesuai dengan harga tiketnnya.

Cari port lepak dulu


Sape candid nih?


Selfie.....
Lama gak kami lepak situ. Sementara Shidi Data belum sampai. Sapai petang gak la. Gasak bebudak, biar puas hati.








Friday, February 20, 2015

Malam ketiga Karnival Gegar Marina 2


Ok, da ready untuk ke tapak event! Jom!


Keluar malam je, siang panas sangat. Auwwww...

Persembahan dimulakan dengan Otai buskerz. Ok la, mengisi ruang, walaupun vocalist selalu lupa lirik. Hihihhiii...



Kemudian, diteruskan dengan persembahan Poey Sting.





Alhamdulillah, berjalan lancar. Pengunjung pun ramai gak.

Tapi, yang paling masyuk.....


SUPPA DUPPA! Hahahaaaa...

Selesai persembahan, sementara tunggu Poey layan peminat, kami selfie dulu.





Sempat lagi...




Awan senja di Marina Island



Bestnya dapat dok tepi laut. Tiap-tiap hari dok perati sun set. Subahanallah...




Kalau hari-hari camni kan best...




Thursday, February 19, 2015

Malam Kedua Karnival Gegar Marina 2




Setelah kekecewaan dimalam pertama bila hujan turun dengan lebatnya, malam kedua segalanya berjalan dengan lancar. Bicara Ustaz bersama Ustaz Mohammad Bin Ibrahim atau ustaz Mad Cina telah berlangsung dengan jayanya. Pengunjung juga mula memenuhi event. Alhamdulillah...













Pameran Haiwan Eksotik di Karnival Gegar Marina 2




Ini adalah salah satu tarikan di karnival kali ni. Pameran haiwan eksotik, ada banyak koleksi dari kumpulan Perak Exotic Lovers. 

2 buah khemah 20x20 telah kami sediakan buat pameran ni. Terdapat lebih 20 haiwan yang dipamerkan.

Sememangnya ramai peminat! Hebat!
 






Selain pameran, mereka juga membuat persembahan ular, dan yang paling menarik, persembahan bermain dengan King Cobra. Fuyohh.. nervous sat.



Memang ramai peminat. Bukan pengunjung je, anak penganjurpun memang minat sangat. Terutamanya Shahir. Siap jadi sukarelawan kat pameran tu. hahaha...


Balik nanti, jenuh lah abah kena belikan dia ular lah, sugar glider lah.. Hahaha... siap abah!




Happy Birthday my beautiful Princess Aina Syuhadah yang ke 9




Happy Birthday my beauty princess Aina Syuhada yang ke 9 tahun. Da besar anak dara ni. Kejap je masa berlalu...


Oleh kerana kami kat Lumut, sambut ala kadar je la. Jenuh gak nak cari kedai kek yang bukak time chinese new year ni. Puas pusing satu Manjung.

Akhirnya jumpa gak, kedai kek dalam Bilion Manjung. Kedai Melayu.

Kek ekspress... nasib baik sedap rasanya.


Alhamdulillah... dapat gak sambut walaupun kecil-kecilan. Part yang paling best, bila dia dapat hadiah favourite dia. Hahaaa...jadilah..


Semoga Aina jadi anak solehah yang berjaya didunia dan akhirat. Sayang Aina!!!






Wednesday, February 18, 2015

Homestay Marina Island




Untuk 6 hari sepanjang karnival berlangsung ni, kami  memilih untuk stay kat sini.






Ada tingkat atas dan bawah. Ada 6 bilik kesemuanya. Rumah bawah kami khaskan untuk artis, so kami 15 orang tinggal kat tingkat atas je.

Laluan ke tingkat atas.


Ruang tamu


Ada balkoni

Bilik utama ... langsir tu baru roboh dibuat bebudak ni


Bilik kedua
Bilik ketiga
Jalan ke dapur


Dapur.. abaikan sampah kami tu ye. Heheheee


Toilet


Toilet kedua
Kat beranda ni la tempat bos-bos pantau karnival.

Tayang punggung? hahahaa...

Dekat sangat dengan tapak event


Homestay ni sangat sesuai buat family besar. Harga pun berpatutan.





❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀