Tuesday, November 26, 2013

Sangkaan kita


26 Nov 2013 ( Tue)

'Allah SWT mengatur perjalanan hidup hambaNya mengikut sangkaan hambaNya.'

Alhamdulillah... Semenjak dua menjak ni aku rasa segala apa yang telah aku dan suami 'set'kan since kami sertai IMKK, ada yang telah jadi kenyataan. Antaranya... plan kami nak hantar anak ke 2 kem anjuran Dr Azizan Osman, satu lagi impian aku nak pakai I Phone.

Alhamdulillah... memang kami sentiasa 'jampi' dua perkara ni walaupun dalam gurau. Alhamdulillah Allah SWT da jadikan kenyataan. 

Semalam, aku ajak mysayang ke Sg Buloh Mall... nak tengok fon Note II atau Note III second hand pun jadi la pada aku. Sampai satu kedai, kami belek-belek samsung, tetiba pekedai tu recommend kami I Phone latest yang tengah ada offer. Aku pun belek-belek..memang da lama aku teringin pakai IPhone. 

Tetiba je mysayang pergi ke ATM berdekatan yang tak jauh dari kedai dan kembali. "Alang-alang nak beli fon, baik amik yang elok terus" kata mysayang. Aku pun pe lagi...senyum sampai telinga la. Terus aku pilih IPhone 5C kaler pink. Hahaha... pink? 


Monday, November 18, 2013

Kem Tahfiz Rich Kids Smart Kids 2013 anjuran Richwork



Aku pilih kem ni untuk Shahir isi cuti sekolah dia. Kami da biasa dengan program Richwork, so kami tahu macam mana kesannya kelak. Lagipun, ini antara persediaan menghadapi UPSR tahun depan buat Shahir.



Kem ni bermula dari 17 November 2013 (Ahad) hingga 23 November 2013 (Ahad). Kem Tahfiz ni bakal melahirkan anak muda yang lebih menyintai dan mendalami Al Quran, InsyaAllah.

Da siap beli jubah 4 helai.
Pendaftaran bermula dari 10am sehingga 12 pm.

Impian Country Resort, Hulu Langat. Banyak program lain sedang dijalankan disini.
Selepas sesi pendaftaran, ada sedikit sesi interiew untuk menguji tahap kebolehan anak.

Selepas sesi pendaftaran dan interview, anak-anak di arahkan supaya menukar pakaian kepada jubah demi mengikut sunah nabi.

Fasilitator memakaikan serban untuk Shahir
Hensemnya anak mama!
Sementara menanti taklimat ibu bapa bermula jam 12.30pm.
Selesai sesi pendaftaran, sesi taklimat untuk parent pun diadakan.

Sesi menghantar harapan padaNya
Tamat sesi taklimat, ibu bapa diarah pulang ke rumah. Sehingga disini saja, terputus hubungan peserta dengan keluarga. Keluarga hanya dapat berita terkini mengenai kem melalui FB je. Huhuhu...

Gambar Shahir di hari ke 2. Sumber FB Richkids Smartkids
Ingat..lepas ni nak sambung terus ke Kem Super Insan. InsyaAllah.

Kepada anda yang nak daftarkan anak untuk program Kem Tahfiz seterusnya di Melaka, masih boleh lagi di SINI.

Juga pendaftaran Kem Super Insan di SINI

Jangan sia-siakan musim cuti anak-anak anda!




Friday, November 15, 2013

Yeay! Cuti sekolah da start!




Eh... mama terover plak. Padahalnya macam biasa je. Rutin tetap sama, cuma peluang dapat migrain tu ada tinggi sikit. Ehehh...

Aku terhibur dengan keletah anak-anak. Bila diorang takde, memang rasa sunyi. Hidup aku kini hanya untuk anak-anak dan suami.

Bila da start cuti sekolah ni, mama le yang paling beriya nak planning trip. Cuti kali ni macam sibuk plak rasanya.

- Shahir pergi 2 kem cuti sekolah.
- Anak saudara suami bertunang.
- Sepupu suami bersanding di Johor.
- Family Day keluarga sebelah mysayang di Kuantan.
- Planning utama nak ke Legoland. Yeay!!!
- Suami punya event kat Teluk Intan sampai habis cuti. Huhuhu...

Amboi...banyaknye planning. Tataw le yang mana dapat dilaksanakan, yang mana tak. Bila mysayang sibuk ngan event ni, masa kami agak terbatas. Berserah je la.




Wednesday, November 13, 2013

Saat yang membanggakan aku

Hari ni, anak kedua aku, Aina Syuhada yang tahun 1 tu dapat Anugerah Penigkatan Kecemerlangan. Aku memang tak sangka sebab Aina ni dulunya seorang yang pendiam. Alhamdulillah ya Allah. Harap dia akan terus cemerlang didunia dan akhirat. InsyaAllah.

You make me proud darling!


* Agak sedih dengan pengurusan sekolah kerana aku tidak diberitahu yang anak aku akan naik pentas untuk ambil hadiah. Alasan yang tak munasabah, kertas jemputan da habis. Kalau tak, bley aku tengok.



Masa yang hampir tiada

Demi masa..sesungguhnya manusia kerugian.

Aku tersangat-sangatlah busy nya... sampai memang takde masa langsung untuk update blog. Nasib baik la anak-anak dah nak mula bercuti. So, bolehlah aku fokus pada event yang bakal tiba tak lama lagi.

Hari ni aku sudah siapkan name card untuk suami and the gang. Then baju koporat yang baru ditempah da diambil dari dobi.
 
Baju koporat dia.. bukan design aku
 Haaa...yang semua ni , aku yang design...


Sekarang Tuah minta aku design banner ngan bunting plak. Haiyoo..
Takpe..takpe... demi orang tersayang.

Aku plan nak buka booth souvenir kat sana. Harap Tuah nak bagi modal. Ngeeee....



Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah






Selamat Menyambut Awal Muharam buat umat Islam seluruh dunia. Tahun baru bagi kalendar Islam.

Aku rasa ini lah saatnya. Aku membuat perubahan besar dalam hidup aku. Berubah dari segala segi, menjadi muslimah sejati, InsyaAllah. 

Moga Allah memberikan aku kekuatan.




❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀