Monday, October 22, 2012

Selamat Jalan MALBAT 5

Aku ngan husband bawak PIL gi jumpa sepupu husband aku, Khairul Bahari atau kitorang panggil Aloy je kat Hotel Concorde Shah Alam. Kenapa? Sebab Aloy akan berangkat ke Lubnan esok bersama kumpulan MALBATT 5 dalam misi pengaman PBB di sana selama setahun.

Smart tak? Single but not available, ok!

Aloy jadi pengapit husband aku, arwah mak anjang jadi pengapit aku
 Husband aku ngan Aloy ni membesar bersama. So diorang agak rapat. Masa kawen pun, Aloy jadi pengapit dia. Aloy ke Lubnan menaiki penerbangan Air Asia kat Lapangan terbang TUDM kat Subang. Menurut Aloy, perjalanan mengambil masa selama 8 jam, direct.

Sebelum pergi, sempat bergambar ngan family

Kalau nasib baik, ada la cuti, dan dapat la dia balik kampung.

Aloy masih bujang, tapi da bertunang dan tunangnya dok kat Johor. Kem Aloy plak kat port Dickson. Sabar la ye Aini. Kalau da jodoh, tak kemana.

Keluarga husband aku ramai yang jadi askar/tentera, termasuk la pak mentua aku. Masa muda PIL aku ni banyak berpindah randah kerana tugas sebagai tentera.

Kata husband aku, kalau dia tak kawen muda dan tak masuk UiTM (dulu ITM je), dia pun akan jadi askar. Da takdir camgini kan?

Bersama teman2 yang pergi sama.
Berita lanjut mengenai MALBAT 5.

 SUBANG, 22 Okt 2012 - Seramai 300 orang Kumpulan Pertama Kontinjen MALBATT 5 terdiri  dari 37 Pegawai  dan 263 LLP termasuk 7 anggota dari Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB) dan 6 anggota wanita yang menyertai Misi Pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 22 Okt 12 dengan diketuai oleh Komander MALBATT 5, Kol Zainal Abidin bin M Said.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah memakaikan Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada semua peg dan anggota Kumpulan Pertama MALBATT 5 dalam satu perbarisan ringkas yang diadakan sebelum mereka berlepas.

Panglima Angkatan Tentera, dalam ucapannya menegaskan supaya MALBATT 5 meneruskan kecemerlangan tugas dan keunggulan pasukan di bawah panji-panji UNIFIL terus dikekalkan. “Ketumbukan Malaysia dipandang tinggi bukan sahaja kerajaan dan rakyat tempatan malah pasukan-pasukan lain di bawah UNIFIL memandang tinggi kemampuan, kebolehan dan sikap professional kita. Kontinjen negara juga dikategorikan sebagai salah satu yang diterima cemerlang oleh penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman menurut laporan Military Civil Outreachs Unit UNIFIL yang membuat penilaian bagi semua pasukan”.
Pelaksanaan  tugas dan fungsi MALBATT adalah berdasarkan mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu melaksanakan Resolusi 1701 bagi menentukan kestabilan dan keselamatan di kawasan tanggungjawab United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL).  MALBATT 5 yang mempunyai kekuatan 540 anggota iaitu 54 Peg dan 486 LLP akan mengambilalih tugas pada 29 Okt 12 daripada MALBATT 4 dan akan berkhidmat di Bumi Lebanon selama setahun. Kumpulan Kedua MALBATT 5 akan berlepas pada 30 Okt 12.

Sumber : SINI


.Sha.Sha. say : Semoga selamat pergi dan selamat kembali...


1 comment:

  1. Kt pon salah sorang isteri anggota yang ke sana. Moga dorg slmat berada di bwh lindungan Allah hendaknya amin..

    ReplyDelete

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀