Friday, October 19, 2012

TIPS : Macam mana nak nampak cantik walaupun tanpa make up

Bersolek memang da jadi rutin aku kalau nak keluar rumah. Tapi agak meletihkan bila kita kena pakai dan cuci make up sentiasa. Sebenarnya kita lebih jimat duit dalam membeli alat solek bila kita hanya keluar rumah dengan 'natural beauty'. Tapi kita tataw camne nak nampak gorgeous walaupun tanpa secalit make up. Meh aku kongsi sikit tips.



1. Benda pertama and yang paling utama sekali yang membuatkan korang kelihatan cantik tanpa make up ialah amalan tidur yang baik. Maknanya, tidur 8 jam dengan nyenyak... tanpa gangguan. Ini akan menghapuskan lingkaran hitam atau mengelakkan mata korang dari jadi sembab.

Good Morning!
2. Air sejuk, pelembap sejuk atau tuam dengan benda sejuk mujarab dalam membantu menghilangkan lingkaran gelap dan sembab. Lagi satu, cara paling senang - korang bangun pagi je, sembur atau percikkan air sejuk ke muka korang. Mesti segar punya!

Cuci muka dengan air sejuk je

 3. Penjagaan kulit, pengelupasan dan melembap... tiga benda asas dalam penjagaan wajah. Kalau korang nak nampak cantik walaupun tanpa solekan, kulit korang kena nampak 'glow and radiate'. Sebab tu korang kena buat rawatan pengelupasan seminggu sekali dan haruslah bersihkan muka sebelum memakai pelembap. Kalau tak, liang akan tersumbat dan membuatkan kulit muka jadi kusam.

Lagi satu benda yang mesti di elakkan, tidur dengan make up masih terlekat kat muka. Agaknya budget mimpi nak menang miss world ke ape. Haha.... Kulit korang akan lebih senang jadi kusam dan tak sihat. Kulit korang tu nak bernafas gak.

Mencuci-melembap-menyegar... tiga perkara penting dalam penjagaan wajah
 4. Korang kena banyak minum air kosong bagi mengekalkan kulit yang lembab dan licin. Pakar da mengesyorkan, kits kena banyak minum air kosong setiap hari bagi membuang toksin dari badan. Elok sangat le tu. Ia tabiat yang baik taw.

Minuman feveret aku kat rumah ;p
5. Spek mata gelap memang sesuai dipakai bila-bila masa pun. Hari mendung, panas, dengan atau tanpa make up.Kesan pencemaran persekitaran, terutamanya cahaya matahari terik akan buat muka korang cepat tua. Pakai spek gelap memang idea yang bernas kerana selain korang boleh nampak vouge secara instant, ia boleh gak mengelakkan kedut kecil sekitar mata korang tu.

Tak boleh keluar rumah tanpanya...
6. Rambut yang cantik bersinar pun bley gak membantu buat korang nampak cun biarpun tak bersolek. Pastikan bibir korang licin dan sihat. Tak payah nak gincu bagai. cukup la bibir munggil korang tu korang salutkan ngan lip balm.


Love my hair
Bila kita amalkan tabiat buruk, jawabnya kesan buruk le yang kita dapat, kan? So, kalau korang nak nampak lawa tanpa make up, korang kena la buang tabiat buruk dan amalkan tips yang aku bagi tu. Amacam? 

.Sha.Sha. say : Yang penting, bersih dalam hati. Automatik luaran pun nampak cantek je, kan?



No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀