Tuesday, October 23, 2012

TIPS : 5 perkara yang boleh rosakkan kulit wajah


Aku yakin sangat yang korang semua nak kulit yang licin sempurna. Walaupun kita da melakukan benda2 asas dalam penjagaan wajah ( cuci muka setiap hari, pakai pelembap, jaga pemakanan, latihan face-building dan sebagainya) , tapi kesannya tak seperti yang kita nak. itu tak bermakna, apa yang kita da buat tu tak berkesan. Berkesan memang berkesan, tapi ada benda lain yang jadi punca. Jom kita selidik pe benda yang boleh merosakkan kulit muka kita.

 Handphone. Korang pernah tak terfikir yang terdapat banyak bakteria pada permukaan fon korang? Tak? Banyak sebenarnya... cuma kita tak sedar. Kita kan biasa letak fon tu merata-rata - dalam beg, poket, atas meja, atau lantai yang kita tak taw tahap kebersihannya. Serious, memang  banyak! Then kita letak plak fon tu melekap kat tepi muka. Habis semua kuman-kuman berpindah ke muka kita, kan? So, untuk elakkan benda ni. Rajin-rajin la lap permukaan fon korang ngan wet tissue yang ada anti bakteria.

 Sarung bantal. Aku tau ada antara korang yang sayang sangat ngan bantal busuk korang sampai bertahun-tahun taknak basuh, kan? Tapi, penting sebenarnya... korang perlu basuh sarung bantal dengan kerap. Sebab.. bila korang tak basuh sarung bantal korang tu, sel-sel kulit mati kita akan tertinggal kat bantal kita tu. Masa kita tidur, kulit kita akan  membina sel baru. Untuk mengelakkan benda ni, kita kena rajin sapu krim pengelupasan khas untuk kulit wajah, pada muka kita dalam dua atau tiga kali seminggu, juga rajin-rajin la cuci sarung bantal korang tu.

 Pancuran panas.  Syok kan bila kita penat balik dari kerja, kita dapat mandi air panas? Tapi korang tau tak yang air panas tu akan merosakkan liang-liang dimuka? Bukan aku yang cakap tau. Ni pakar yang bagitau. Menurut pakar, air panas akan menghilangkan minyak semulajadi muka dan ia akan menyebabkan pelindungan semulajadi kulit tak dapat nak halang kulit dari rosak akibat pencemaran persekitaran. Akibatnya, kulit korang akan jadi kering dan gatal. Untuk elakkan benda ni, korang kena la mandi dalam masa yang singkat dan guna air sejuk je.

 Chewing gum. Remaja sangat suka kunyah chewing gum. Chewing gum ada kelebihan dan kekurangannya tau. Yang baiknya makan chewing gum ni, ia akan membersihkan mulut dari sisa makanana yang terlekat di celah gigi dan buat nafas kita segar je.  Tapi, ada buruknya! Bila kita mengunyah chewing gum beruang kali ditempat yang sama, korang akan  mengulangi gerakan otot yang sama banyak kali, dan ini akan menyebabkan sekeliling mulut korang senang berkedut. Perbuatan berulang ini akan mengakibatkan tisu sokongan kulit kita hilang, begitu juga dengan keanjalan kulit.

 Memek muka. Semua da tau, memek muka adalah antara punca kedutan. Tapi korang tau tak, kalau kita merokok, atau sedut air guna straw.. juga akan menyebabkan kedutan disekeliling mulut kita. Ia terjadi dengan perlahan-lahan yang membuatkan kita tak sedar pun, dari semasa ke semasa. So, jangan nak sedut sangat la. Cuba elakkan dan muka kita akan kekal muda selagi boleh. 



.Sha.Sha. say : Mencegah lebih baik dari mengubati...



No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀