Monday, January 21, 2013

Join team bola jaring KEMAS

Haha.. tak sangka lepas 14 tahun tak main, aku masih bley jadi star bola jaring. Aku join team KEMAS untuk satu perlawanan yang blom tau tarikh lagi.

Ok pe, memang aku da lama ngidam nak menjaring bola. Aku suka jadi GA. Tetiba jadi star dalam team tu. Ececeeeeh...

Yang penting, aku ada gak la aktiviti mengeluarkan peluh secara konsisten skang ni yeay!












Keluarga jauh balik Malaysia

11 January lepas, kakak ipar (kakak suami) balik Malaysia dengan familynya. Rindu, da almost 5 year tak jumpa. Last jumpa masa aku pregnantkan Airis. Maknanya Airis tak pernah jumpa family mak andak lagi.

Kak Ros da jadi pemastautin tetap US. Biasanya dia memang akan pulang Malaysia setiap 3-4 tahun. Sepatutnya hujung tahun lepas, apak ngan mak ke US untuk melawat kak Ros. Tapi oleh kerana doktor tak benarkan apak travel jauh2 oleh sebab jantungnya tak stabil, langsung diorang tak jumpa satu2nya anak perempuan diorang tu. Sebab tu kak Ros balik ngan familynya, sebab nak jumpa mak ngan apak yang da terlalu merindui dia. Balik pun kejap je sebab anak sulungnya, Sean, tak ikut skali, dia da mula bekerja. Da besar pun dia. 

Kak Ros balik ngan husbandnya, Scott, juga dua anak daranya, Samantha dan Saria Marie. Walaupun jarang jumpa, diorang tak kekok bercampur ngan sanak saudara kat Malaysia ni.

12 January tu, apak ada wat kenduri kesyukuran kat kampung, tapi kami sekeluarga tak dapat serta sebab pegi ke seminar BERANI 2013 tu. Sedih gak..

Tapi, hari Rabu lepas, abang Uda husband ada buat makan2 sekeluarga. So, kami hanya jumpa kat situ. 

Penuh umah abang uda
Kak Ina isteri abg Uda sibuk layan tetamu
Meriah...

Saria Marie sangat manja ngan kak Ros
Aku ngan Saria Marie
Kami sekeluarga bergambar ngan kak Ros dan Scott
Seminggu kak Ros kat Malaysia, diorang tak banyak jalan pun. Paling jauh pun dapat pegi Melaka je.

Kak Ros dapat tiket flight balik semalam, jam 9am. Pukul 8am da kena check in kat airport. Awalnya.. kejap je dapat jumpa.

Da siap2 nak balik
Aku ngan Samantha dan Saria Marie
Bergambar beramai2 seblom naik flight
Bye! Bye! We will miss u...
Insya Allah, panjang umur kami akan jumpa lagi bulan June tahun depan.




Sunday, January 13, 2013

BERANI 2013

Aku sekali lagi terpanggil nak sertai program Dr Azizan Osman. Kali ni aku paksa husband ikut skali. Biar dia tahu camne rasanya dapat join seminar dr tu.

Seminar yang diberi nama 'BERANI 2013' itu diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Mula pukul 8.30am sampai 12pm.


Kami sampai pukul 8.15am. Masa tu dewan da penuh separuh. Parking jangan cakap la, memang tak cukup. Ramai giler.....

Pendaftaran


Kena beratur panjang untuk masuk dewan
 Da daftar, tangan akan dipasang menda ni...





Dapat buku ni gak.
Kat dalam dewan tu tak bley amik gambar. Best pegi seminar tu. Memang tak rugi. Free lagi...

So, aku paksa suami join seminar penuhnya 1,2,3 dan 4 February nanti. Ye, kami da daftar!

Kami amik pakej DIAMOND

Ni borang pendaftaran untuk sesi penuh. Tengok harganya...

Giler mahal. Tapi dapat special price. Harap hasilnya berbaloi.
AMIN!!!




Wednesday, January 2, 2013

Sesi Persekolahan 2013 bermula...Bz! Bz! Bz!

Rasa cam kejap je cuti sekolah. Da masuk sesi baru.

Tahun ni, Airis da masuk tadika, Aina plak da masuk sekolah rendah dan Shahir naik darjah 5. Semua da sekolah. Tinggal la aku kat umah.

Shahir je sekolah pagi. Adik2 sume sekolah petang.

Senang sangat nak uruskan diorang. Tak payah nak tunggu2. Lepas hantar, terus balik.

Senang skit keje kami laki bini.

Semangat!







Tuesday, January 1, 2013

Good Bye 2012... HELLO 2013!

Selamat Tahun Baru 2013 semua! Aku countdown kat umah je. Husband aku takpun, keluar jumpa Datuk Seri.. meeting untuk project 2013. Alhamdulillah... rezeki tahun baru.

Pe azam aku tahun ni? Semua orang mesti ada azam. Tipu je kalau cakap takde pasang azam. Sekurang2nya azam nak kekalkan bahagia ngan nak memperbaiki taraf hidup. Itu azam aku. Amin...

Hari ni last cuti panjang seblom esok start busy balik.. Layan karenah anak-anak yang mula bersekolah. Tahun ni aku dok sorang kat rumah sebab Airis da mula sekolah. Nampaknya tahun ni aku jadi driver diorang sebab kami da tak amik transport service memandangkan da 3 orang yang bersekolah. Macam rugi plak.

Aku amat berharap tahun 2013 ni, tahun kami suami isteri akan bebas dari segala hutang. Insya Allah..

Ok, itu saja untuk 1st post untuk tahun 2013 ni. Semoga kalian hidup bahagia di tahun baru. Amin

*Nak out, nak cari kedai Ikan bakar. Mummy aku nak blanja makan sempena tahun baru ni. Hihi...

Ni malam tadi punya mercun. Ada parti depan umah aku. Layan je la..





Aina Syuhada di Hari Orientasi Tahun 1 SK Subang Bestari

Hari ni aku ngan husband bawak Aina ke orientasi. Dia da masuk sekolah rendah.

Alhamdulillah.. seperti abangnya, senang sangat, takde masalah nak tinggalkan dia. Aina seorang yang fast learner... sama macam abang dia.

Aina senang bangun pagi
Aku da siap check online, Aina dapat kelas 1 Ixora.


So, terus cari kelas. Aku suruh Aina dok depan skali. ngehehe...


Sementara anak2 buat test dalam kelas, mak bapak kena dengar taklimat dari guru2. Tapi ada gak mak bapak yang degil, yg tak percayakan anak, susah nak bagi anak berdikari. Cikgu da cakap, jangan dok depan kelas. Tapi ramai gak yang buat.




Parent yang degil

Hari tu, cikgu bagi buku teks ngan buku kesihatan pelajar. 






Pukul 11am da settle sume. 


❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀