Saturday, August 17, 2013

Ladiez KEMAS beraya. ROUND 1: Rumah Cikgu Ros

Da mula da...
Bila sekolah da nak bermula, semua geng pun da pulang dari bercuti. Pe lagi...sume plan nak buat open house kat rumah masing-masing. Ada yang kena paksa buat pun ada. Ekekekee...
Semalam, sebagai pembuka acara, rumah cikgu Ros sebagai sasaran. Kebetulan pula memang dia buat open house. Kami Ladiez ni pe lagi... SERANG!!!
Cikgu Ros masak bihun sup. Sedap! Masa cam ni la nak rasa air tangan teman-teman.

Thursday, August 15, 2013

Dolu-dolu...

Kobek-kobek kotak lama...aku jumpa flyer lama...
Oct 2002 - Masa ni aku preggy anak sulung. Besar gak perut aku. Baby yang keluar pun 3.2 kg. 


Aku jadi model parking kereta untuk flyer sebuah company. Photoshot tersebut dibuat sehari sebelum aku kena masuk hospital untuk dipaksa beranak. Hahaha..
Aku dapat bayaran RM500 untuk 10 frame. Ok pe..
Rezeki anak sulung.



Make over rumah

PART II : Perlaksanaan.
Ni bab yang aku suka..tapi bab perlaksanaannya aku lagi suka serahkan segala tugas pada husband aku. Ngehehe..
Kiranya..aku jadi mandor je la, mengarahkan encik husband buat itu, ini...mengikut kehendak aku. Hihi...
Keadaan rumah sebelum di apa-apakan.
Husband aku da biasa buat kerja-kerja ngecat ni. Bukan ngecat je, macam-macam dia boleh buat. Pendek kata...memang serba boleh. Beruntungnya aku ;-) Tapi tu la. Yang tak tahannya...kerjanya laju,sama laju dengan rokoknya. Alahai....
Dalam satu malam je,dia boleh siap cat satu hall. Yeay!
Kaler cat..nape aku pilih kaler 'Turkish blue' ? Hmmm...nanti aku fikir nape ek. Aku pun tak tahu nape. Yang aku tahu, aku minat plak ngan kaler ni since baju raya aku tahun lepas. Plus, lepas aku tengok dalam majalah Impiana Apartment..nampak cantik pulak kaler ni dibuat cat rumah. Lagipun...guna kaler ni buat rumah aku nampak cam kondo. Cewah...
Ok la...tengok la nanti macam mana hasil nya. Yeay!

Monday, August 12, 2013

Mood nak menghias rumah baru mari

Orang hias rumah sebelum beraya. Kami ni...da raya ke 5 baru teringin nak ubah rumah.
PART I : Persediaan barang-barang keperluan.
Nak merealisasikan hasrat kami tu...destinasi yang menjadi tumpuan kami, yang sesuai dengan budget kami yang hado ni...sudah tentu Mydin menjadi pilihan.
Muka-muka excited nak make over rumah.
Tapi...yang paling aku excited sekali...aku beli menda ni.
Da lama aku impikan nak ada mesin jahit sendiri. Nak sangat punyq pasal...dapat yang mini pun takpe la. At least boleh la aku praktis sebelum nak guna yang betul punya. Jahitan mesin mini pun boleh tahan gak la.
Harga dia? RM62.90. Boleh sesangat la kannn? Tambah berkobar-kobar la aku nak jahit macam-macam.
Okey..selesai part I bab membeli belah...lepas ni sibuk dalam part II plak iaitu perlaksanaan. Yehawww....

Sunday, August 11, 2013

Raya ke 4 - Balik Subang

Cepatnya balik. Padahal cuti ada lagi seminggu. En husband ni da panas punggung nak balik Subang. Nak laga pipi ngan member kat sana. Lagipun dia agak 'panas' ngan area Teluk Intan dan yang sewaktu dengannya. Mungkin ada parut yang belum hilang agaknya. Hihi...
Husband aku plan nak balik subuh kononnya. Nak elak jam. Tapi bila bangun tengok hujan lebat...alamat tarik selimut peluk bini le jawabnye. Ahaks..
Kami bertolak pulang ke Subang pukul 12 lebih.
Alhamdulillah..perjalanan pulang ke Subang lancar walaupun kereta memang banyak. Pihak polis trafik banyak membantu melancarkan trafik. Sian yang ikut highway...
Kami sampai Subang dalan pukul 3.30 petang kot. Sampai rumah nak buat operasi mengemas rumah sebelum budak2 datang 'menyerang' untuk berhari raya.
Selamat bercuti bagi mereka yang masih bercuti dan selamat kembali menjalankan tugas bagi mereka yang sudah mula berkerja.

Happy Birthday nephew!

Tadi sambut birthday anak buah yang paling tua, Azwan yg ke 16 tahun. Selamat Hari Jadi! Moga panjang umur, murah rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin!

Saturday, August 10, 2013

Raya ke 3

10 Oct 2013 - Hari ni tak beraya ke mana. Balik Teluk Intan sebelum balik Subang malam ni. Cuba gak pujuk en husband..nak balik esok. Hehe...

Petang tu aku wif my 2 lil sis pegi jalan2. Kami singgah makan aiskrim kat Tutti Frutti Teluk Intan. Then beli kek birthday untuk anak buah kat Secret Recipies.
❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀