Thursday, October 30, 2014

Destinasi ketiga : Artmosphere, Seri Kembangan


Destinasi ke 3 rombongan ialah di Artmosphere Seri Kembangan. Sebenarnya takde apa kat sini, just ilustrasi 3D yang mana pada aku terlalu jauh antara satu sama lain. Penat ..


Antara lukisan yang ada kat sini...








Lepas tu kami singgah di masjid Putra di Putrajaya sebelum bertolak balik ke Shah Alam.



Destinasi kedua : Farm In The City, Seri Kembangan

Destinasi kedua... FARM IN THE CITY di Seri Kembangan. Bestnyeee...



Untuk datang sekeluarga juga ada pakej yang sesuai untuk korang.



Airis join kawan lama
Sebelum masuk, dia bagi sticker ni untuk dilekat ke baju. Sebagai tanda katanya...



Ada macam-macam aktiviti yang ada kat sini...


Umur kura-kura ni 31 tahun taw!
Ni je yang Airis berani pegang.
Selain binatang, banyak gak pengetahuan tntang tumbuhan yang boleh didapati disini.

Buah Markisa









Dah habis pusing, baru kami makan. Pakej sekali dengan makanan. Kami diberi makan ni...


Burppp.... Alhamdulillah...
posing sket kat sebelah cafe ni..




Next time nak datang lagi. Nak bawak kakak ngan abang plak.



Destinasi pertama : Kilang coklat Beryl's

Destinasi pertama ; Kilang Beryl's Chocolate. Macam biasa la bila melawat kilang, kita akan ditunjukkan cara-cara buat coklat.
 
Part paling best, beli coklat ngan harga kilang. Weee...


Rombongan Tadika KEMAS Taman Subang Baru 2014


Okey, inilah harinya. Nak gi jenjalan, memang aku excited abih.




Separuh dari AJK
Amboi, sibuk berselfie sampai terbiar bebudak. Hahahahaaa...
Bertolak dari tadika pukul 9 pagi. Ada 2 bas yang disediakan. Ok, jom...

Dalam bas pun kena jadi mak andam gak. Huhuhuuu



Wednesday, October 29, 2014

Da lama tak menjaring bola



Da lama tak menjaring bola. So, sebagai excersais untuk aku hadapi game ahad ni, aku pegi arcade semata-mata nak main menda ni.

skor pertama aku


Yang ni, skor kedua. Bley tahan r kot. Ngeheheee
Main empat round pun da semput. Hahaha...

Excited sangat main sampai terpatah kuku. Huwaaaaaa...







Baju A.J.K KEMAS



Esok aku dengan Airis ikut rombongan Tadika KEMAS Taman Subang Baru ke Seri Kembangan. So, sebagai AJK, aku diberi t-shirt khas. Kaler merah you... i like.

Tapi, kali ni bukan aku yang design.




Abaikan muka pucat itew ;p





Pray for Iela!



Aku terima khabar yang best friend adik aku, Baby iaitu Iela sedang menderita akibat kanser. Umur dia baru 30 tahun. Allahu...sedih aku dengar sebab dia memang rapat ngan kami sekeluarga. Pernah dia tertinggal bas untuk balik beraya ke Kelantan, terus dia beraya bersama kami sekeluarga.

Sekarang Iela tak boleh berjalan kesan merebaknya sel kanser tu ke tulang belakang. Ya Allah, Kau permudahkanlah baginya menghadapi dugaan.

Please pray for Iela.....




Tuesday, October 28, 2014

Telekung baru



Alhamdulillah... diorang makin rajin solat. Berkat telekung baru kot.






Sunday, October 26, 2014

Uncang 'batu seremban'



Aku buatkan Aina uncang ala batu seremban tu. Tetiba aku dapat request dari teman, minta aku buatkan sebanyak 12 set. Ok, mesin pun ok, so aku buatkan je la.



Aina punya




Yeay! Siap sudah...



AKhirnya... setelah berbagai dugaan yang dilalui, dengan mesin buat hal renda tak cukup.... aku dapat gak siapkan telekung anak dara berdua ni.

Moga diorang lebih semangat nak solat. InsyaAllah...









Friday, October 24, 2014

Batch kedua



Ni kali kedua punya batch, jeruk pelam asam boi. Masih tak jemu...


Keluarga kucen



Bila kita bela kucing, automatic kucing jalanan ada sense yang kita ni seorang cat lover.

Kat rumah aku, da ada 10 ekor kucing. Tetiba hari ni aku tengok ada ibu kucing bersama 4 ekor anak dia dok lepak depan umah aku.






Aku ok je, setakat bagi makan minum, aku da biasa.

Semoga kucing-kucing ni mendoakan rezeki buat kami. InsyaAllah...


Thursday, October 23, 2014

Koleksi kasut




Ni sebahagian koleksi kasut aku. Percaya atau tak, aku hanya pakai sekali dua je kasut-kasut ni. Tapi, kebanyakannya pemberian orang sebab aku sangat jarang beli kasut sendiri. 

Si cantik CR



Cantik plak si CR ni pakai crown...


Padahal, CR ni sebenarnya jantan. Hahahaaaa... mangsa keadaan.


Wednesday, October 22, 2014

Jeruk pelam asam boi


Memang da jadi fenomena kat FB, aku pun nak try buat jeruk pelam asam boi versi aku.


Aku gunakan buah pelam muda ngan buah kedondong. Tergeliat gak tangan aku mengupas buah-buah tu.

Dah potong semua buah, masukkan dalam bekas. Lepas tu, taburkan gula (biar lebih), tambahkan asam boi dengan cili padi (sukahati nak pedas mana). 



Gaulkan, kemudian masuk dalam bekas. Akhir sekali, simpan dalam peti ais dan biarkan semalaman. Siap! Mudah kan?

Bangun pagi, benda tu aku terkam dulu.


Hasilnya...wallaa. Memang sedap! 

Aku bagi sikit sorang pada abang dan kawan-kawan. Semua kata sedap.


Aku punya pun, habis tak sampai dua hari. Ok, bley buat lagi nanti.


Banana Cheese



Yang ni pun da lama aku nak buat, tapi tak berkesempatan. Baru ni dapat buat lepas bahan-bahan da mencukupi.


Taraaaa...

Banana Cheese versi aku. Anak-anak aku memang suka sesangat. Aku buat banyak kali pun, diorang tak jemu. Ok, puas hati aku!



Tuesday, October 21, 2014

Anak teruna



Omagad! Anak aku da pandai berselfie. 


Baru aku sedar, anak aku da besar. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Oh anak!


Monday, October 20, 2014

Telekung Project


Masing-masing semua da besar panjang. Atas permintaan gugurls aku, diorang minta aku jahitkan telekung buat diorang.

Macam biasa, kaler pilihan kakak, kaler favourite dia pink. Adik plak nak kaler purple. Okey anak-anak, sabar ye mama jahitkan.



Sunday, October 19, 2014

Kongsi hobi



Aktiviti mengasah tekak...destinasi wajib kami di Firezone Kota Damansara. Sekali sekala...


Percaya atau tak, aktiviti ni pun boleh merapatkan hubungan kami laki bini bila kami berkongsi minat yang sama. Betul tak? ;p

Baju baru



Masa mysayang cari fon baru, aku pun sempat survey 'baju' baru untuk fon aku. Jumpa yang ni....


Pink kaler. Suweeet je! Aku suka! Tapi, yang lebih buat aku tertarik, sebab ada ni...


Dia ada stand. Memang trend baru. Senang nak rakam video atau nak tengok movie. I like!

Harganya RM45. Cam mahal plak. Aku rasa kalau beli kat kedai Ustaz Uptown Kota Damansara mesti lebih murah. Menyesal plak... Hihihiiii....

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀