Monday, July 30, 2012

Bz sepanjang Ramadhan.

Selamat berpuasa kawan2 dunia maya..

Da 10 hari berpuasa, ni baru aku berkesempatan nak online. Macam tahun lepas, tahun ni aku meniaga kat pasar Ramadhan. Alhamdulillah... rezeki bertambah kat tempat baru ni.

Nape aku nampak juling?
Badan aku da susut :) *Motif? ;p
Assistant aku
Cuba teka siapa dia? ;p Lagi sorang assistant aku
 
Pengunjung-pengunjung
Sempat pose...


Kadang-kadang aku bawa anak-anak. Tapi sian kat diorang sebab panas. Diorang puasa plak tu. Tu yang kadang-kadang tinggalkan diorang kat rumah.


Dari secret admire ;p
Lepas habis meniaga, kami berbuka puasa kat kedai je. Penat meniaga pun tak hilang lagi, mana larat nak serve untuk diorang  berbuka. Sian diorang, tapi itu la harga yang terpaksa kami bayar. Apapun, kami tetap pastikan yang kami akan berbuka sama-sama. Selalunya, kami berbuka sekali ngan family kakak aku.



Walau sesibuk mana pun kami, family adalah yang paling utama.

Sunday, July 29, 2012

Iftar kat luar

Cuti meniaga, aku ajak adik ngan kakak aku berbuka kat Mid Valley. Sambil-sambil tu nak cuci mata, buat survey untuk persiapan raya. Suami-suami tak ikut. Kami-kami je, ngan anak-anak. Hehehe...

Sempena AidilFitri. Best!
Last minit punya kerja, kami tak jumpa tempat untuk makan. Semuanya full house. Da nak masuk waktu berbuka plak tu. Hahaha... tak plan punya pasal, padan muka. At last, kami berbuka disini...





Muka-muka tak sabar nak berbuka
Ok la gak. Dari takde. Plus... anak-anak kami memang suka makan nasi ayam.

Kid set. Habis diorang makan.
Orang besar punya *Jadi model nasi ayam jap ;p
Yummy!!!
Lepas makan, kami pusing-pusing. Tengok-tengok kot-kot ada yang berkenan. Sedar tak sedar, jam da pukul 10pm. Ayoo... nak balik naik apa?

Datang tadi kami naik bas. Nampaknya, balik kami terpaksa naik Komuter. Senang nak naik, senang nak turun sebab jarak antara stesen komuter ke rumah kami tak la jauh sangat. Boleh suruh suami aku amik.


Airis takut dengar bunyi bising tren.
Kakak steady je
 Sampai kat stesen, kami naik cab sebab suami aku takde kat rumah. RM30 dari stesen ke rumah aku yg berjarak lebih kurang 8-10 KM. Mahal dowh! Tapi redha sebab darurat.

Menyeberang jalan pun nak pose

Wednesday, July 18, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Banyak gambar yang aku nak upload. Semuanya gambar masa cuti sekolah hari tu. Bulan June adalah bulan cuti-cuti Malaysia. Yeay!!

Nanti, da siap baru aku upload...

Balik kampung @ Teluk Anson

Tak berapa nak kampung sangat la. Umah mak aku kat pekan, rumah batu teres.

Rindu kat my mum.. **padahal baru je hantar dia balik kampung lepas 2 bulan dia dok umah aku.Hihi..

Sejak bila plak mak aku bela biawak kat belakang umah ni? ;p **Ni kat belakang umah aku

Sementara husband aku nak habiskan kerja ngecat umah mak aku, aku pun merayap ke pekan Teluk Intan. Da lama tak pekena air Hawai, aku ngan mak, adik and my 2 princess menyinggah le kat situ. ** yang laki2nye tinggal jaga umah ye ;p

Nak kuar umah kena pose dulu ** aku tengok mana tu?

Da ada bangunan kedai dah. Dulu pakai payung je.

 Hawaii ni da lama wujud, sedar2 memang da ada. Dari gerai sorong ngan basikal kecik, upgrade ke lori kecik. Nah... skang da ada kedai. Tapi kalau minum kat dalam kedai tu, da tak bape nak Hawaii sangat rasanya. Hilang ke'Hawaii'annye. Eheeee....

Gerai utamanya kat depan tu je

 Dulu... masa zaman sekolah, aku tuisyen kat atas bangunan kedai ni. ** Tuisyen la sangat ;p

Sementara tunggu pesanan sampai, pose lagi.Hihi... ** Terlebih sudaaa... ;p

Sama tak? Versi muda ngan versi matang.Muahaha...

Petang tu panas melampau, memang sedap r layan ais2 ni...

Ni namanya air Hawaii... ni yang paling famous. Yang ni  mak ngan adik aku order
Yang ni Honey Dew pe kebenda ntah. Untuk princess2 aku.

Yang ni aku punya. Air mata kucing.
Tapi da tak bape syok sangat sebab bekas dia da tukar plastik. Dulu pakai mangkuk cina yg bulat kecik tu, kalau air dalam mangkuk aloi tu. Nyaman je rasanye...

Aku balik Shah Alam malam tu (Ahad). Taw mesti jam punya kalau balik siang sebab semalamnya masa jalan nak balik kampung tu, punya la banyak keta, luar biasa banyaknya.. tak tau le nape. maybe ramai yang balik kampung sebelum sambut puasa kot.

Pose kat cermin sakti mak sebelum balik

Bertolak dalam pukul 8pm kot. Anak2 confirm bantai tido sepanjang jalan. Malam singgah Kuala Selangor, nak pekena Mee Udang. Da lama teringin nak singgah, tapi asyik penuh je. Maybe sebab da agak malam, kurang orang nak singgah.

Cinta hati gua..

Aku sorang je yang makan mee udang. Yang lain tak suka sangat.



Tapi, pada pendapat aku, mee udang ni tak bape sedap. Rasanya sedap lagi yang aku rasa kat Kuala Sepetang. Huhuhu... tapi licin gak r....  ;p

Tuesday, July 17, 2012

Khat

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Anak sulung aku amat minat melukis. 

Tapi kami lebih suka kalau dia lebih minat bola. Memang dia main bola, tapi tak serius, setakat main ngan kengkawan petang2 je. kalau boleh, abahnya nak Shahir macam dia, minat bola. Tapi kami tengok minat Shahir lebih ke arah seni... ikut aku la kot. Maybe da banyak terdedah ngan seni sepanjang aku menjaganya. Hehehe...

Kami tak nak memaksa. biarlah dia ngan minatnya. kami hanya mendorong saje. 

Berbalik pada bakat Shahir, cikgu2 sekolahnya, sama ada cikgu sekolah agama atau sekolah kebangsaan... maupun cikgu masa tadika dulu.... mereka semua puji tulisan jawi Shahir. Cantik dan kemas kata diorang. Sebab tu dia selalu masuk pertandingan menulis khat. masa tadika, dia dapat tempat kedua, mewarna dia bley dapat tempat ketiga.

Ni baru2 ni, sempena ngan Israk Mikraj, ustaz sekolah kebangsaan buat pertandingan menulis khat dan Shahir dapat hadiah ni.


Tapi aku tak sure plak dia dapat no. berapa. Yg penting, dia nak serta.

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

"Ana punya beras"


 Mereka-mereka ni biras aku.


Yg xde, biras mat saleh yg dok kt St Louise, US iaitu suami kak Ros. Kak Ros anak ke lima dan merupakan anak tunggal perempuan dalam family husband aku. Memang jarang dapat jumpa family Kak Ros. Dulu diorang akan balik Malaysia 2,3 tahun sekali. Tapi, sejak anak-anaknye da besar-besar ni, agak susah nak balik. Nak balik plak kena modal yg banyak. Kalau dari Malaysia, nak ke sana fee MAS RM24,000 sorang adult utk pegi balik. Mak aiihhh... tahun gajah le baru aku sampai ke sana kot.

 Hanya FB ngan fon je la yang menghubungkan kami. Sepatutnya, tahun ni Kak Ros balik Malaysia, tapi tak jadi sebab my parent in law yang akan pergi ke rumah Kak Ros di US bulan November nanti. Kami? InsyaAllah.. kalau ada rezeki lebih nanti, sampai la kami ke rumah kak Ros.

Kak Ros and family. Arah jam : Sean (anak sulung), Scot (suami), Kak Ros,Sariya Mary (anak bongsu) ngan Samantha (anak ke 2)
 Berbalik pada cerita biras-birasku di Malaysia... diorang ni memang best... gila-gila. Kalau jumpa mesti bantai gelak tak abih-abih. Terutama 3 orang ni... dari kiri, Kak Ita (isteri abang sulung), Kak Min (isteri abang no. 2) ngan Kak Ina (isteri abang no. 4). Abang husband yang no 3 meninggal dunia masa berumur 10 tahun. Confirm husband aku tak pernah jumpa.



Aku sebagai menantu bongsu, memang jarak umur kami agak jauh. Aku da 30 tahun, Kak Ita da 50+, Kak Min plak da 38 tahun manakala Kak Ina plak da 41 tahun. Tapi walaupun umur diorang da banyak dan jauh berbeza dari aku, aku tak pernah rasa kekok bercampur ngan diorang sebab diorang memang moden dan sempoi. Memang satu kepala.

Tapi, adat la bila da ramai ipar duai ni, kadang-kadang akan ada rasa tak puas hati. Tapi, kalau berselisih faham pun, tak lama. Air dicincang takkan putus.

Monday, July 9, 2012

Di tinggalkan lagi..

Begini la adat berumah tangga. Sayang isteri, tinggal2kan... ;p

Husband aku sejak dua menjak ni, asyik berulang ke kampunnya di Kg Sg Hj Muhammad, Selekoh, Perak.

Dia kena bawak parent dia yang da agak berusia, lewat 70an. Da tak larat nak drive, berulang ke Hospital Teluk Intan pun da tak berani. Kondisi kesihatan mereka da merosot, terutamanya apak.

Aku tak pernah  halang dia balik kampung sorang2, lagipun tu da memang tanggungjawab dia sebagai anak.

Kalau anak aku tak sekolah lagi, da tentu aku turut serta menemani.

Aku memang tak bley tido kalau takde dia kat sebelah. Tu yang da pukul 1.30am da ni pun, aku tak bley nak tido.Huhuhu...

Huwaa.. tido sorang lagi malam ni....  :(

Thursday, July 5, 2012

Wajah baru, nama baru.... nafas baru!

Semangat di bulan Sya'ban! Aku stop update kat blog lama dan buka blog baru. Kebelakangan ni aku kemurungan... dan baru-baru ni aku seperti dapat semangat baru.

Seperti mana yang aku rasa dalam hidup ni, aku cuba praktikkan dalam blog aku ni. Moga aku diberi kekuatan dalam menempuh  hidup ni.

SALAM NISFU SYA'BAN dan selamat berpuasa!
❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀