Tuesday, September 30, 2014

Toy Story


Airis da makin membesar. So, aku pun mula menapis mainan yang da banyak sangat tu.

Banyak yang masih elok, tapi rasanya Airis da tak sesuai main dah.

So, aku kumpul semua dan berikan pada anak kak Miesha, Mikael. Seronok abis dia.




Adib anak Hebat!


Okey, student Tadika Kemas Taman Subang Baru menang pertandingan Tilawah dan Hafazan peringkat negeri Selangor. Bermakna dia, adik Adib akan mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan di Kelantan. Wow...hebat!



Bangga dengan anak kecil tu. Dua tahun lepas abang dia dari sekolah yang sama telh mewakili negeri Selangor. Tahun ni adik dia plak. Sejuk perut mak diorang..

So kami, Ladiez Kemas akan mengiring Adib ke Kelantan pada 12 November ni. Yeay! Aku da reserve tempat lepas mysayang da bagi green light. Yahooo...


Jadual da dapat




Monday, September 29, 2014

Mana tumpahnya kuah...


Alhamdulillah...ketiga-tiga anak aku berkongsi minat yang sama macam aku iaitu melukis. Shahir dan Aina yang da nampakkan bakat diorang yang cenderung ikut minat aku, seni.

Ni hasil tangan Shahir untuk peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Kata dia, dia tak cukup masa untuk mewarna. Pun da dapat 93%... Ok la tu. Gud job, Shahir!





Girls Day Out!



Aina ajak aku ke saloon. Nak buat rambut katanya. Adoi anak.. umur baru 8 tahun, nak buat rambut apenye... Adeh.

Aina punya perangai, selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan terua merengek dan merengek...buat aku jadi rimas dan stress. Aku pulak bukan jenis ngikut kata anak.

Tapi, untuk meredakan ngada-ngada Aina, aku bawak dia ke saloon. Bukan untuk buat rambut, sekadar wash and blow je. Biar dia puas hati.

Aku da pesan kat dia, sekali sekala boleh la, tak boleh selalu.


Destinasinya, ke salon Velerie di Tingkat 1, Sungai Buloh Mall. Aku pernah buat rambut kat situ dulu, so aku tahu hadil kerjanya macam mana.



Seronok abih diorang. First time la katakan. Aina rileks je, macam da biasa. Tapi Airis memang tak diam. Pening akak shampoo girl tu. Haha

Hasilnya...memang puas hati. Padahal, cuci je. Hahaaaaa...




Malam tu diorang takmaw basuh rambut.







Sunday, September 28, 2014

Frozen lagi dan lagi...



Aunty Sarah bagi hadiah sempena birthday Airis yang lalu. 


Tu..sepit dan cekak bergambar watak Frozen, Elsa dan Anna. Suka sangat dia..

Thanks aunty Sara!

Saturday, September 27, 2014

Kenduri rumah BFF di Kajang perdana



First time aku sekeluarga ke rumah BFF aku, Sara. Dia buat majlis kesyukuran sambil sambut birthday dua anaknya, Affan dan Aisy.

Birthday Girl yg shumell!
Majlis diserikan dengan persembahan gambus daripada teman zaman persekolahan kami, Zulhafiz. Bagus dia ni. Actually, dia sedara aku.


Masakan Sara dan suaminya Airul a.k.a. chef Awie memang superb! Tak pulak aku ambil gambar juadah.

Kami sampai lambat, jawabnya memang takde kerusi la. Muahahaaaa...


Lalink aku sibuk layan tetamu. Tapi sempat gak ler kami ambil gambar bersama.


Kebetulan plak aku ngan anak-anak pakai kaler merah. Aku tahu merah tu kaler favourite you lalink..




Maskot



Jalan-jalan ke Empire Shopping Centre, tujuan utamanya nak ke Toys R us, nak beli hadiah untuk birthday baby, Aisy.


Dalam Toys R Us ada menda ni plak...




Airis suka sangat. Dia yang minta nak bergambar dengan maskot watak Lego ni.

Berbeza ngan kakak dia, Aina yang lebih pemalu.


Lama abih masa kat situ sebab Airis nak bergambar. 



Friday, September 26, 2014

Majlis Hari Jadi suami Eina



Hari ni Eina wat majlis sambut hari jadi husbandnya Shidi. Aku pegi agak lambat sebab aku dari PJ kerana ada urusan. Masa aku sampai diorang baru selesai bakar membakar.

Masakan Eina memang superb! Aku yang da kekenyangan pun, rasa nak makan lagi dan lagi.






Acara potong kek berlangsung jam 10 pm. Agak lewat..hihihiii. 



Lepas selesai sesi isi perut, pe lagi. Sesi ber'wefie'.






Err...kekadang lupa diri bila depan camera.

Okeh, kami balik rumah pukul 12.30 am. Sorry tuan rumah, kami terover plak.




Hari kedua selepas pembedahan




Hari ni aku melawat Kak Ros lagi. Nana pun ada sekali. Memandangkan dia takde selera ngan makanan hospital, aku masakkan dia sup ayam. Errrr... boleh ke dia makan ayam?


Tapi memang dia berselera sangat. Sedap katanya.

Risau gak takut terkeluar balik. Sebab pagi tadi 3 kali dia termuntah bila masuk makanan. Nasib takde.

Lepas tu aku paksa dia minum pati haruan, nak cepatkan penyembuhan. Memula dia taknak, da dipujuk baru dia nak. Nak cepat baikkan?


Harap kak Ros cepat sembuh.




Thursday, September 25, 2014

Melawat orang sakit




Kami pergi melawat Kak Ros di Wad 5B Hospital Sungai Buloh. Dia nampak lemah sangat-sangat. Mungkin kesan lepas habis ubat bius agaknya.

Kak Ros menjalani pembedahan membuang batu karang dalam pundi hempedu yang menyebabkan gastrik. Pundi hempedunya dah dipenuhi nanah.



Ini rupa batu karangnya...



Semoga kak Ros cepat sembuh.




Wednesday, September 24, 2014

Aina pandai mewarna



Kali ni giliran anak kedua, Aina Syuhadah plak menunjukkan bakat seninya mewarisi aku. Ececeee..

Aina dapat tempat pertama kategori Tahap 1 SK Subang Bestari dalam pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan.

Memang tak sangka.. tapi memang dia pandai melukis dan aku selalu ajar dia teknik-teknik mewarna. 

Ok...Alhamdulillah. Anak-anak aku semua kaki melukis, macam mama.






Semoga Kak Ros tabah



Salah seorang geng Ladiez KEMAS, Kak Ros akan menjalani pembedahan membuang batu karang dalam hempedu di Hospital Sungai Buloh hari ni. Mesti dia nervous giler.

Bertabahlah kak. Moga Allah SWT mempermudahkan segalanya. Doa kami sentiasa bersama kak. Sayang kak!










Monday, September 22, 2014

Pecah rumah

Aku cukup tak suka bila fon dicuri orang. Banyak peribadi aku ada dalam fon tu.

Al kisahnya, pagi tadi 2 anak buah aku kehilangan IPhone masing-masing... didalam rumah plak tu hilangnya.

Rupanya, rumah mereka da dipecah masuk sewaktu abang ipar aku hantar kakak aku ke tempat kerja. Padahal anak-anaknya ada dalam rumah tu,tengah tido.

Penjenayah tu hanya ambil 2 biji IPhone 4 dari dalam bilik, padahalnya PSP dengan Samsung Tab terletak berhampiran fon tu. Maybe porch bag penjenayah tu tak muat nak masuk semua kot.

Melalui apps 'Find My IPhone' kami dapat detect lokasi fon tu.  Fon tu berada disini...


Ada la dalam 1/2 jam kami park kat depan kilang tu... Tunggu kalau-kalau ada sesiapa yang boleh kami tanya. Kamu nampak driver lori yang berbaju merah ada kat depan tu, bersama beberapa orang Chinese maybe bos kilang tu.

Tanya punya tanya, memang betul mamat baju merah tu ada simpan fon bebudak tu. Tapi menurutnya dia jumpa fon-don tersebut di sebuah gerai nasi lemak. Iye ke?


Kebetulan plak, adik bongsu diorang tu ada tersedar masa penjenyah masuk ke rumah. Dan dia ada bagi gambaran penjenayah tu pada ayahnya. Maybe tu yang buatkan ayahnya tidak puas hati ngan cerita mamat tu. Dia pun gertak punya gertak, akhirnya mamat tu mengaku dia yang pecah masuk.


Takde cite panjang, terus kami pegang mamat tu, tunggu polis datang. Bos chinese dia pun terus pecat mamat tu.

Sian..nape la ko buat keja tak berfaedah ni? Sian bini ko ngan anak 3 orang tu. Umur da banyak, bawak-bawak la ingat mati.



Sambut birthday Ladiez

Celebrate birthday salah seorang Ladiez, Nurul yang ke 25 tak silapnye. Ngehehee..

Cuma kami berdua je. Yang lain tu, al maklum lah, da lewat. Sume kena perintah berkurung. Aku je tak. Ahaks..

Destinasi kami, Firezone Kota Damansara. Hahaa...







Kami balik pukul 2am. Sempat singgah minum kat Uptown Kota Damansara. 

Happy 25th Birthday adik Nurul!



Sunday, September 21, 2014

Abis cuti

Balik ke Subang dah...

Babai Teluk Intan.


Hensemnya mysayang **Muahhh...

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀