Sunday, February 24, 2013

Ketiga

Amik kau... haaa. Game tu team KEMAS dapat no 3. Adeh... kitorang main ok je, luck je yang takde. Game kalah mati. Takpe la... untuk pengalaman.

Game start pukul 9am. Mula-mula kitorang da kena lawan team Bola Jaring SMK Subang. Diorang tu da la juara daerah Petaling Perdana. Jumpa 'remaja' macam kami yang kadang2 berlatih, kekadang idak. Bahananya.. kena 24-13. Hahaha... syok la sangat.

Team Ladiez Kemas



Bergambar ngan team yg kalahkan kami tu, SMK Subang.



In action



utk tmpt ke 3 dan ke 4, kami kalahkan team Ibu Tunggal

Tapi, best r. Da lama tak rasa berdebar main game, lastly dapat rasa gak. Pengalaman yang paling mahal tu. Aku harap aku akan terus aktif bersukan demi kesihatan aku sendiri. Dengar cerita, lepas ni ada game bola tampar plak dah and aku pasti join. Eheeeee.....

Wish Me Luck

Da pukul 2.07am... blm tido lagi. Baru balik berjimba-jimba. Sok ada game bola jaring. Hope bley main ngan cemerlang. Wish me luck! Go! Go! Team KEMAS Taman Subang Baru. U r awesome!!!

Wednesday, February 20, 2013

Happy 7th Birthday my Princess, Aina Syuhada

Hari ni, Aina Syuhada genap 7 tahun. Happy Birthday sayang mama! Aina anak yang baik, kaya dan berjaya dunia dan akhirat.





Saturday, February 16, 2013

Gi kenduri kek Rombau

Kenduri doa selamat. Abang ipar aku ngan maknya nak mengerjakan umrah 20hb ni. Da lama gak kami tak ke umah dia. 

Kami sempat berfoto-gedik kat situ. Ekeke...

Masa ni blom start kenduri lagi.
Bebudak ni seronok jadi budak kampung jap

Always in luv....

Seperti dijangkakan.. masakan Rombau memang rare and superb. Sedap giler! Aku yang da lama tak makan nasi, terpaksa mengalah. Huwaaaa...

Semoga abang ipar aku ngan mak dia selamat pergi dan selamat pulang. Aku? Insha Allah.. akan menyusul. Coming Soon....




Friday, February 15, 2013

Cuba Terapi Ion plak

Aku nampak premis terapi ion ni melambak kat Paya Jaras, Sungai Buloh ni. Ada permit ke tak, Wallahualam. Pastu, tengok orang sentiasa penuh lak, tambah-tambahan lepas Isyak. So, ia menarik aku untuk cuba. RM10 untuk setengah jam.


Fungsinya..aku kurang clear. Katanya, cuci toksin dalam badan. Ok, cuba je.Bukan mudarat pun.

Peralatannya...




 Dia guna air biasa, kemudian tambah garam. Hmm...garam sangat elok untuk menarik ion negatif dalam badan... macam yang disyorkan Dr Azizan Osman. Skang, tiap-tiap hari kami sekeluarga mandi air garam. Husband aku tukang letak garam dalam kolah... SETIAP HARI.

Aku pegi ke pusat terapi ion tu ngan husband juga adik aku, masa anak-anak aku kat sekolah. Curi peluang...

akak kedai tu tengah siapkan untuk husband aku
Ceh... buang bawah, atas masuk gak. Tu yang nak dok kat pintu tu. Nak berasap.

Ni air kaki aku masa mula.
Pertengahan proses tu, akak tu jamu minum teh herba yang rasanya tersangat la 'herba'.

SETENGAH JAM KEMUDIAN...

Euuuuwwwww.....
Tapi, kata akak tu, hasil 'toksin' aku tu okey r untuk first timer macam aku. Berbanding husband ngan adik aku yang lebih berkelahak.Hehehe...

'Hasil' si perokok tegar ;p
Aku fikir maybe aku minum Alpha Lipid SD2 tu yang buat aku punya air kaki tu agak tak berkeruh.

Sebenarnya aku tak bape nak caya, sebab maybe keladak tu bley datang dari karat kat dalam kotak wayar tu. Wallahualam..

Aku memang suka mencuba kan?

Anyway, kalau ada sesiapa nak bukak bisnes terapi ion ni, bley contact nombor tu. (klik untuk tumbesaran)

Husband aku ada tanya, kata akak tu, kos bukak premis ni RM10,000 utk alatan je. Iye ke? Wallahualam...




Thursday, February 14, 2013

Ber'Ice Skating' r plak

Aku suka nak mencuba sesuatu yang baru. Tambah-tambahan benda tu menyeronokkan, beronok-ronok la aku nak buat.

Sebenarnya da lama aku nak try main ice skating ni, cuma takde kesempatan. Kali ni aku ada geng iaitu adik aku yang  masih bercuti. Dia la yang rajin melayan karenah aku. 

Destinasi kami, Royale Bintang Ice Skating Rink, kat Mutiara Damansara. 20 minit perjalanan dari umah aku.



 Fee dia.. RM25 untuk kasut. Amat digalakkan bawak sarung tangan ngan stokin sendiri. kat sini ada jual, sarung tangan RM8.


tak pakai ni, beku r tangan
Muka excited nak try nih.
Berkobar-kobar ni, confident je tau main. Tapi..bila masuk rink...


Mak.... tak bley berdiri tegak....

Jawabnya.. menyusur je la sekeliling rink. Ekekeke...


Nak posing, tangan tetap tak lepas palang
Shahir paling cepat belajar. Dapat kawan lagi..
Masa zaman roller blade dullu, aku bley r main. Tapi tu berpuluh tahun dulu. Masa zaman skolah. Mana nak sama..

Aina pun tak pandai main.


Akhirnya, bergantung pada penguin tu je.


Penguin tu kena sewa ye. RM25 satu.

Lama-lama aku da bley balance badan. Tak payah pegang. Lastly, da bley slide. Yeay!

Yeay! Berjaya gak akhirnya!
Adeh... balik umah abih sakit-sakit satu badan. Bape puluh kali da jatuh. Takpe, 1st try memang camtu. Next time nak gi lagi. Tunggu...




Tuesday, February 12, 2013

I City

Beberapa photo yang aku snap masa kat I City...

































Malam yang memenatkan di I City

Sedih.. tu yang bley aku gambarkan bila aku ke I City kali ni. Hajat hati nak lepak-lepak sebab aku ingat tak r ramai orang musim cuti. Fikir aku ramai yang balik kampung.

Tapi sangkaan aku nyata meleset. Ramai giler manusia. Siap r berbas-bas rombongan lagi. Adeh..

setengah jam nak masuk jalan ke I City
Sudah parking punya la jauh. Sangat-sangat menyusahkan pengunjung. Aku nampak perancangan pengurusan I City ni bertambah kelam kabut. Makin ramai pengunjung, makin teruk plak..

Tu parking kami. Nampak tak bape jauh kami kena jalan.
Lagi satu yang aku tak puas hati, pathway baru yang diorang yang agak sempit. Kalau tengok jarak parking ke I city, pasti ramai yang akan lalu lalang kat sini, tapi dengan laluan pathway yang sempit.. sangat-sangat la menyusahkan.

tengok besar mana. asyik berlaga bahu je
Okey.. lupakan segala kepayahan.

Ada perayaan Chinese New Year kat I City.

Ramainye orang sampai nak beli token pun kena beratur panjang.


So, tak jadi main kat arcade. Tengok tempat lain plak.

Aku teringin nak masuk sini, tapi yang lain tak minat. Huhuhu...



So kitorang bawak bebudak masuk sini je la.

Harga tiketnya dewasa RM15, bebudak RM10. Tapi ada family pakej 2 dewasa, 2 bebudak RM45.


Airis takut nak masuk sebab dengar bunyi dinosour yang menakutkan dari luar.










Kuar dari pameran dinosour, terus tengok acara bunga api sambil makan aiskrim paddle pop.











 Tak banyak yang dapat tengok sebab manusia ramai sangat. Pusing lebih kurang je, lepas tu kami terus balik umah. Tu pun makan masa setengah jam nak kuar dari parking. Parking RM10 plak tu.

Sangat tak syok pegi kali ni...




❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀