Saturday, November 24, 2012

Try Bio Essence plak


 Sangat suka! Kulit muka bertambah licin, lingkaran hitam kat mata pun berkurangan. Korang mesti cuba!

Memang nampak leceh sebab banyak proses nak kena buat. Tengok tu, aku siap letak nombor turutan mana yang nak kena pakai dulu. Tapi bab nak jaga kecantikan ni aku memang rajin dan sanggup.

Aku paling suka menda ni...


Sangat elok untuk kurangkan lingkaran hitam sekeliling mata. Macam aku ni, selalu tidur lewat... da tentu ada lingkaran gelap kat mata a.k.a. mata panda. 


Ini la hasil wajah aku lepas satu bulan consume set ni. Santek tak?


 Aku sangat syorkan pada korang untuk cuba set ni. Tapi maaf sebab aku tak tahu berapa harga satu set ni sebab aku pun, mummy aku yang hadiahkan buat aku.Muahaha...

Tapi aku tetap nak try set Tabhita. Set Esklusif nya berharga RM390 kata kau.. Ntah bila bley dapat cuba pakai. Nak merasa jadi retis gak.Ekekeke...



Sunday, November 18, 2012

Shahir try out @ KEM BOLA ASTRO

Nak bagi Shahir pengalaman. Dia minat bola, so pe salahnya dia cuba. Aku pun daftarkan je.

Nasib baik aku cepat daftar. Tempat sangat limited. Lambat sikit, memang tak dapat. Macam anak jiran aku, tak dapat join sebab da full.

Kami sefamily bangun seawal pukul 5.45am. Solat, then terus siap-siap. Princess berdua tu pun kena gerak. Hihi..

Kami bertolak pukul 7am. Program start pukul 8.30am. Dari rumah aku ke Bukit Jalil ada la dalam 45 minit ikut KESAS.

Terlambat sket sebab ada bad experience ngan pak guard stadium Bukit Jalil yang lagak samseng. Management tolong ambil perhatian.

Terlambat 5 minit, nasib baik still bley check in. Aku ingat kami paling lambat, rupanya ada yang lagi lambat.

Lepas da register dan amik goody-bag, terus siap-siap. Then berkumpul di khemah.

Laa.. Shahir tak bawak stokin bola ke?
Then ada briefing sket, untuk budak dan mak bapak budak jugak..


Dalam kol 9am baru mula. Kami duduk tepi padang je sebab kerusi tersangatlah sikit.

Kami berdiri je kat tepi padang Huhu... husband da siap bawak selipar, tahu padang mesti basah punya. Aku? Abis basah pump. Huwaaa....
Airis tak kisah kat mana-mana pun, janji tab tak lepas dari tangan. Kusyuk sangat.. ish..ish..
Program berlangsung dari pukul 9am hingga 11.30am. Basah gak ketiak nak menunggunya. Tapi, demi anak kami sanggup. Hihi..



Pukul 11am da start mendung. Skang kan musim hujan. Nasib baik aku pilih sesi pagi.

Pukul 11.30am, program pun tamat. Moga Shahir dapat banyak pengalaman. Abahnya cakap lepas ni nak hantar Shahir join kelab bola sepak plak. Suka hati abah la ye.. yang mana baik, mama ikut je.


Baju yang dapat tu, Shahir wat tempat autograph coach-coachnya yang juga x-player Newcastle ..kata Shahir la.

On the way balik.. Shahir amat kepenatan sampai tertidur dalam kereta sambil baca paper. Hihi...


Ni yang Shahir dapat dari goody-bag tu



Shahir seronok sangat. Tak habis-habis cerita pasal kem bola tu pada orang. Hihi...



Thursday, November 15, 2012

Seni Berinai

Cantik tak? Berminat.. PM ye  ;p






Pupuk Minat

Hari ni aku nak bawa anak-anak aku ke perpustakaan. Aku baru tau pasal Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak kat Seksyen 13, Shah Alam walaupun da lebih 2 tahun ia dibuka.

Aku risau tengok anak-anak aku yang asyik ngan gadget je. So, untuk memupuk minat membaca, aku decide nak bawak diorang gi library. 

Perpustakaan Raja Tun Uda ni terletak dalam kawasan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah kat Seksyen 13 Shah Alam. Tak susah nak cari sebab banyak sign board penunjuk jalan. So, dont worry... u takkan sesat.

Jumpa pintu gerbang ni, masuk je
Kalau dari rumah aku, ada la dalam 20 minit perjalanan, tu pun kalau tak jam.

So... here we are..


Landscape kat sini amat menarik. Tenang je...

Nampak tak white swan nun jauh disana...
Untuk bebudak, ada zon kreatif yang sesuai untuk diorang.


Aku bawak Aina ngan Airis ke Zon Kreattif, husband aku bawak Shahir ke bahagian buku remaja.

Susun atur Zon Kreatif ni sangat menarik...




Siap ada pokok lagi...


TAPI...

-
-
-
-
-
-
Agak mengecewakan bila tengok keadaan buku-buku kat sini. 


Perpustakaan ni terletak kat kawasan elit, tapi attitude penggunanya amat mengecewakan.
Buku koyak, bersepah-sepah, suasana bising macam pasar. 

Maybe kebanyakan pengguna bukan dari kawasan ni.

Plus.. pekerja yang kurang mesra. Maybe mereka kepenatan sebab kena layan pengguna yang maybe bertambah berkali ganda dek sebab cuti sekolah. 

Agak mengecewakan untuk orang yang excited nak ke library buat kali pertama macam aku ngan anak-anak bila dapat first experience yang macam ni. Aduh...

 Tapi... it's okey. Kami bley terima. So, kami baca je la buku-buku yang okey.


Aksi-aksi anak-anak aku masa kat dalam library...








Aku pun sempat mem'posing'. Haha..

Adik aku pun ada.. cuti sem.
Aku bawak anak-anak buah skali
Ada la dalam 4 jam kami kat situ. 

Oh ye.. untuk pengetahuan korang, kat library ni ada teater 3D juga teater 6D. Tapi kami tak berkesempatan nak try sebab hari tu memang ramai manusia.

Untuk maklumat lanjut, klik SINI , okeh!



Monday, November 12, 2012

Asah tangan

Boleh? Haha..asah tangan.. da lama tak melukis. Takde buat pe..ni la hasilnya... tadaaaa...

Happy Deepavali...

Aku ucapkan 'Deepavali Vattukal' buat masyarakat India yg beragama Hindu.
Kat area rumah aku ni ramai gak kaum India. Mesti meriah tengah malam nanti. Haha..
Selamat bercuti...

Saturday, November 10, 2012

Airis da daftar sekolah


 
Airis da dapat sekolah. Tabika KEMAS.. lain dari kakak dia. Tabika ni jauh sket, ada la dalam 15 minit perjalanan dari rumah.

Aku agak keberatan nak bagi Airis masuk tadika memandangkan dia agak manja ngan aku. Lagipun umur dia baru nak masuk 5tahun. Tapi, memandangkan Airis sangat excited nak ke sekolah, kuturutkan jua.

Aku dan suami da survey banyak tadika disekitar kawasan rumah, at last kami pilih KEMAS ni sebab.. murah dan suasana persekitaran tadika tu.

Aku tengok, cikgu-cikgu dia sangat lembut dalam tegas, plus rajin. Mana aku tau cikgu tu rajin? Sebab aku tengok kat tadika ni, diorang ada buat cage dan bela rabbit juga ayam, tak macam tadika yang lain. Suasana persekitaran tadika tu pun sangat mempengaruhi pemilihan kami suami isteri. Bersih dan ada kawasan laman yang agak luas. Yang penting, berpagar.

Semoga Airis dapat timba pengalaman baru di tadika ni.





Monday, November 5, 2012

Timba Ilmu @ Seminar Jutawan Industri 2012

4 November 2012 - Hari ni aku nak timba ilmu meniaga dengan menjoinkan diri dalam Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman. Seminar separuh hari ni di adakan di Wisma MCA Jalan Ampang, bermula pukul 9 am hingga 12.30pm.

Motif aku join program ni? Hmm... aku fikir program macam ni akan banyak mem'brain-wash'kan aku. Mana le tau, program ni akan memotivasikan diri aku agar lebih berinovatif dan kreatif dalam perniagaan.

Bayaran? Kalau datang sorang kena bayar RM50. Tapi kalau bawak lagi 2 orang geng, free of charge. diulangi FREE OF CHARGE ye kawan-kawan.

Husband aku hantara aku ke KL. Pagi tu kami bertolak dari rumah dalam pukul 7am. Lepas hantar aku, dia pun balik... nak jaga anak-anak.

Sampai je kat depan Wisma MCA tu, aku nampak macam ada pesta. Ramai giler kat situ. Tu belum masuk dalam lagi. Lagi pun, ni adalah program terakhir setelah jelajah satu Malaysia. Hari tu da buat kat KL, tapi full. Ni kali kedua dibuat kat KL.


Haha.. tu dia. Memang ramainye manusia. Dari yang tua, sampai yang muda. Semua berpusu-pusu.. berbaris nak masuk dewan. Bebudak dibawah 18 tahun tak dibenaarkan masuk ye. Ni kalau tak kental ni, mau je pitam kat situ.



Nasib baik aku datang agak awal. Dapat la seat yang agak depan. Gambar ni sebelum program dimulakan sebab bila program bermula, tak dibenarkan mengambil gambar atau merakam video. Fon pun of course di 'silent'kan.

Dianggarkan ada lebih 2000 orang dalam dewan tu. Ramainya... kuat betul pengaruh Dr Azizan ni.


Yang da check in, akan dipakaikan dengan gelang ni.. kena pakai sepanjang program berlangsung.


Program ni.. betul-betul meninggalkan kesan dalam diri aku. Menjadikan aku lebih motivated. Sangat teruja mendengar kisah kejayaan anak-anak Melayu. Moga ia meninggalkan kesan positif dalam diri aku. 

                                           "How you do anything, is how you do anything..."

4 jam dalam dewan tu,rasa tak cukup je. Rasa tak puas kena brain-wash ngan Dr Azizan. Aura dia sangat dasyat... pada pendapat aku la. Sangat kagum dengannya.

Sepatutnya program habis pukul 12.30pm. Tapi terlajak hampi pukul 1pm. Thats ok sebab memang syok layan Dr Azizan bercakap.


Nak masuk dewan satu hal, nak keluar dewan pun jadi hal. Boleh pitam dibuatnya...

Habis program tu, aku tak balik terus. Aku stay untuk ikut satu lagi program free yg Dr Azizan buat kat tingkat 13. Workshop mengenai aura. Limited untuk 300 orang je. so, sape cepat dia dapat.


Workshop aura ni bermula dari pukul 2pm ke 3pm je. Best gak.

Harap lepas ni aku boleh join lagi Dr Azizan untuk memotivatedkan diri aku supaya menjadi seperti dia. Amin....



Friday, November 2, 2012

Harapan

Shahir ngan abah di pagi raya
 Anak lelaki tunggal aku, Shahir. Dia la harapan aku untuk jaga adik-adiknye kelak. InsyaAllah.

Shahir minat astronomy ngan dinosaur.

Dia bangga abih bila dapat jumpa dan bertentang mata ngan 1st Malaysia astronaut, Dr Syed Muzaffar di sekolahnya SK subang Bestari pada bulan Julai lalu. Tak-habis2 bercerita pasal tu pada semua orang, dia temankan Dr SMS tu la, pastu Dr SMS belanja makan burger la. Dan itu menambah minat dia dalam bidang astronomy. Tapi memang dari kecik aku suka galakkan dia baca buku mengenai planet. Maybe dari situ mula timbul minat dia pada bidang ni.


Ni je gambar kenangan yang Shahir ada ngan Dr SMS. Gambar di ambik kat FB SK Subang Bestari

Sama gak ngan dinosaur. Dia selalu minta aku belikan buku biografi bergambar tentang dinosaur. Masa kecik dulu, aku nak belikan dia mainan kereta, tapi dia lebih minat nak beli patung jenis-jenis dinosaur.Aku bangga bila dapat tahu Shahir da hafal 20++ jenis dinosaur, dan kenal 10++ dinosaur dengan hanya tengok je.

Kalau kat sekolah plak, Shahir kurang minat belajar kat sekolah kebangsaan. Sebaliknya, kat sekolah agama dia bley score plak. Ni yang menjadi masalah bagi kami laki bini. Selalu kami tekankan pada Shahir, kalau dia nak jadi pe yang dia nak, dia kena score kat sekolah kebangsaan. Sambil tu, kekalkan score kat sekolah agama. Maybe agak berat bagi dia, dan kami tak nak dia rasa tertekan. So, kami ikut rentak dia, sambil kami bimbing dia sebaik mungkin.  Aku harap Shahir akan berjaya capai pe yang dia nak.

Berbalik pada minat Shahir tadi, aku percaya pada pendapat yang kita jangan paksa anak kita ikut kemahuan kita, sebaliknya kita kena sokong dan percaya dengan minat anak kita. Tapi kita kena ambil tahu pe yang anak kita lalui sehari di sekolah supaya anak kita berada di landasan yang betul.

Kita hanya mampu berusaha, selebihnya adalah urusan Allah SWT.



November suda..

Cantik je...



Tengok nombor tu, teringat benda ni



Hahaha... sangat klasik... 

Ni post pertama aku dalam bulan November. Oh, da November? omagad.. cepatnya masa berlalu.
Da nak masuk 2013.




❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀