Tuesday, January 31, 2012

Cuba nasib ;)

Aku saje try masuk contest ni



Dan.. gambar yang aku submitted...



Harap2 ada 'ong'. Kalau rajin, please vote for me. Just click 'Like' on my photo at Gallery (klik banner untuk tengok gallery). Thank you so much!

Sunday, January 29, 2012

JUARA LAGU 26 ... aku xpernah miss.



 Syok giler dengar keputusan Juara Lagu 26 tadi. Awan Nano.. memang aku harap sangat menang. Buah tangan Dato M Nasir dan nyanyian Hafiz AF ni amat menyentuh perasaan. Lirik pun power. Kira macam come back dari sifu la ni.

Berikut senarai peserta bagi JUARA LAGU 26 tahun ni ;

1) WANITA SELURUH DUNIA - Project Pistol
*ok laa, vokal Boy amat sesuai bawak lagu rock.

2) SEDETIK LEBIH - Jaclyn Victor
* Macam dengar dia bawak lagu gemilang je. Preferred Anuar Zain.

3) KEKANDA DINDA - Monoloque ft Atillia.
*Loque sangat kreatif, tapi nasib xmenyebelahi.

4) GADIS SEMASA - Yuna
* Yuna Fantastik!

5) KALAU BERPACARAN - Suhaimi Meor Hassan, Ana Rafalli & Altimet
* biasa2 je


6) CINTA MUKA BUKU - Najwa Latif
* Mula2 aku harap sangat, jangan la dia menang. Tapi bila dgr tempo dia sharp, aku kagum.


7) KARMA - Faizal Tahir
* Persembahan dia memang awesome. Lagu pun unik, lain dari yang lain.


8) KISAH HATI - Alyah.
* Sangat suka lagu ni. Tapi ada part dgr Alya bawak mcm lari sket.


9) SUNGAI LUI - Aizat Amdan

* Aizat best. Persembahan lukisan pasir tu satu kelainan.


10) PENAKUT - Yuna
* Sekali lagi dan macam biasa. Yuna Fantastik!


11) AWAN NANO - Hafiz AF
* Tak payah persembahan beriya, hanya berbekalkan vokal yg mantap!


12) BERIBU SESALAN - 3 Suara (Ning, Shila & Jac)
* Tak tahu kenapa malam ni lagu tu macam xde aura penarik.


Overall.. persembahan peserta malam tadi memang mantap2 belaka. Tahniah pada pemenang dan pada yang tidak bernasib baik, please! please! please! cuba lagi lain kali, jangan putus asa. Ok?



Thursday, January 26, 2012

Ada bakat ke?

Tak nafikan, aku minat menjahit. Tapi aku agak malas dan kadang2 kerja2 jahit ku akan terbengkalai. Contohnye dress ni.

Dress ni sepatutnye diorg pakai masa wedding cousin diorg Jun 11. Tp xsiap, terpaksa cari baju lain ;p (** Baju agak pernyuk. Maknye 'rajin' sangat  ;p )

Tapi ada gak dress yang dapat aku siapkan.

Aina Syuhada pakai masa raya 2006. (** abaikan date kat pic tu. camera lama, date xset.hehehe)
Macam amoi tak?  ;)
Bila anak2 dara aku jumpa baju tak siap tu terus diorg pakai sepanjang hari. Cantik kata diorg. :D

Airis suka menari dengan baju ni. Princess katanya.

Tahun Baru Cina... tahun ni tahun Naga.

Happy Chinese New Year buat kawan2 yang menyambutnya.


"中国新年快乐。龙提供了一个良好运气给你。享受..."
(** maksudnye... "Selamat Tahun Baru Cina.  Semoga Tahun Naga memberikan banyak tuah pada anda. Bergembiralah..." - kredit to Google Translator  ;p )


Masih belum terlambat kan? Berikut sedikit ramalan tentang Tahun Naga ; 
Secara umum Shio (panggilan untuk zodiak Cina) Ayam, Tikus dan Monyet akan lebih banyak menikmati kesan positif pada tahun Naga 2012 ini dibandingkan Shio-Shio yg lain.  Bagi Ayam yang belum mempunyai pasangan, tahun ini merupakan tahun yang sangat sesuai, gunakanlah sebaiknya dan bagi yang sudah mempunyai pasangan, kemungkinan besar akan ke gerbang perkawinan.

Shio Anjing dan Naga termasuk yang kurang bernasib baik dan terkena kesan negatif di tahun 2012 ini. Jangan duduk menghadap Utara. Hati2 menguruskan kewangan anda, Khususnya bulan April dan Oktober 2012. Manakala shio-shio lain dan lahir antara jam 19:00 - 20:59 maka kena lebih hati2 pada pekerjaan/karier/bisnes anda di tahun Naga ini. 

Kalau korang nak tahu pe Shio korang, check kat SINI

Amaran : Umat Islam dilarang sama sekali mempercayai ramalan.

  
Masa cuti hari tu, tak sempat nak online. La ni baru la free sket. Kat mana korang habiskan cuti? Aku balik kampung nun kat Teluk Intan. Pe akiviti aku masa cuti Tahun Baru Cina lepas?

Pe yang korang nampak? ;p

Kami tengah ngecat umah my mum

Nape merah? semangat Gong xi Fa Chai  ;p

Kawasan perumahan aku memang ramai bangsa Cina. So, sangat meriah bila sambut Chinese New Year.

Malamnye plak, lepak luar tengok bunga api yang saling berlawanan. Meriah!
Ni lantern aunty sebelah umah
Anak2 skali join tengok bunga api



Pagi Chinese New Year, pegi tengok persembahan tarian singa sekitar umah jiran.

Ada dua singa. Standard r umah tokey.

Petang tu plak, stop ngecat... ajak kakak ngan adik aku gi picnic tepi sungai.

Ahli2 Rombongan cik kiah
Destinasi tujuan kami

Da ada menara tinjau kat sini. Ramai photographer kesini amik photo burung hijrah. Siap bawak mcm2 saiz lens. Jeles I ;p

Orang2 sini cam pelik tengok kami berpicnic kat taman ni. Hello... kami da biasa berpicnic kat taman tasik Shah Alam okey! Pe nak pelik plak. Lantak pi la...

Syoknye lepak sambil tengok burung hijrah



Anak2.. tu tempat excersize. Bukan tempat main okeh!


Wif my sis
Ada jeti kecil, tempat orang memancing


Kami balik ke Shah Alam hari Selasa sebab my son Shahir mula start sekolah agama hari Rabu. Sama gak ngan tadika Aina.

Saturday, January 7, 2012

Kenangan lalu

Aku jenis suka simpan barang. Barang yang aku rasa akan jadi sentimental value, pasti aku simpan. Tu kadang2 sampai rumah aku penuh ngan barang yang orang lain fikir takde guna. Tapi bagi aku amat bermakna.

Petang semalam aku punggah kotak lama. Saje nak layan blues.Hehe..

Punggah2, aku jumpa mende ni...

Mende ni tampal kat meja calon SPM




Ni 'tiket' untuk amik SPM ye.



Korang ada simpan lagi tak?  ;)

Friday, January 6, 2012

Busuk la!

Masalah bau busuk dan lalat dari tempat sampah... kawasan umah aku la ni. Da tak larat nak lalu tempat sampah. Da lebih seminggu tak nampak bayang lori sampah

Dalam berita pun ada kuar kes ini (tp bukan tmpat aku) Dengar cite, sesetengah area kat Selangor ni. Masalah tender la ni.

Harap2 benda ni settle secepat mungkin. Kesian diorang yang dok dekat ngan rumah sampah. Terpaksa tahan bau busuk ngan lalat. Nasib baik umah aku jauh sket.

Mak aii.. sket lagi penuh tikus





Tuesday, January 3, 2012

Sesi Persekolahan 2012 pun bermula

Tahun ni anak sulung aku, Shahir naik Tahun 4. Aina plak still sekolah yang sama. Hari ni aku takde la sibuk sangat sebab Aina masih belum start sekolah lagi. So, hanya Shahir sorang yang start sekolah hari ni.

Macam biasa, sebelum mula sekolah, kena siap membeli barang2 sekolah. Aku takde galakkan anak beli barang branded. Tapi semua tukar baru memandangkan barang2 last year sume da jahanam. Biasala.. anak lelaki. Lagipn, bila aku belikan barang baru, dia lebih bersemangat nak mula sekolah balik. Biar yang murah, tapi tahan.

Kami beli barang sekolah kat 1 Utama. Ramai gak yang shopping barang sekolah last minute... macam aku gak ;p



Ni beg sekolah ngan alat tulis yang diorang pilih sendiri


Ni baju sekolah Shahir. Aina dapat baju bila mula sekolah nanti. Baju lama ada lagi

Kalau da girl tu, girl gak. Dia pilih Barbie Princess set.

Airis pun beli gak walaupun blom sekolah lagi


Selesai beli barang2, masa nak balut buku pulak. Patah pinggang dok lama2. Takpe, janji buku2 semua mesti dibalut.



Tahun ni leceh sket sebab Shahir banyak dapat buku lama, sebab dia yang akhir pilih buku , tak datang sekolah pasal semput. hasilnya... dapat r buku yang bercerai 3 cam ni.Huhuhu...



Nasib baik masih bley di fix kan lagi. Nak wat camne, redha je la.

Last sekali,bawak Shahir gi macha, gunting rambut. Murah sket kat sini, RM5 je. Tahun lepas kat saloon RM20. Takpe, janji potong suda..



Dan hasilnya...



Tahun ni tak susah sangat sebab anak2 pun da besar, da pandai biasakan diri. Aku tengok je.

Sunday, January 1, 2012

Jalan2 ke Berjaya Time Square

Ni aktiviti akhir cuti sekolah sebelum sekolah start hari Rabu ni. Aku bawa anak2 ke sini Sabtu lepas. Da lama tak datang sini. Airis pun baru 1st time pergi situ.

Airis da ready!

Mama pun da ready gak ;p


Aku pegi ngan kakak ngan anak2 dia, juga adik aku. Kami pegi naik bas, nak merasa naik monorel...

Tengah tunggu bas


Macam biasa... hari cuti, ramai pendatang yg naik bas.Terasa kami dinegara org plak
 

Kami turun kat KL Sentral. Naik monorel dari situ.

Setelah 1 jam menunggu bas, monorel dan tempuh perjalanan, akhirnya kami sampai ke Cosmos World pukul 11.30 am.

1st ime naik monorel.Sian...;)

Pintu masuk utama


Ni bahagian orang dewasa. Amacam? Syok!!!!
Ahli rombongan

Wif my sis




Mama pun nk merasa naik Buddy Go Round gak ;p
Mama temankan Airis naik train ni sebab Airis takut2... sebab pengalaman naik train kt Tmn Buaya, Melaka dulu la ni


Ngan Redza, anak kakak aku
Wow... bercahaya!

Yang pakai baju putih, bajunye akan jadi kaler biru
Antara laluan train


Honey Bump.. main keta langgar

Flying Bumble Bee
Buddy Go Round

Dan banyak lagi... banyak pic aku amik, tp malas nak upload ;p


Kami sampai rumah lebih kurang pukul 7pm. Penat! Habis plan nak sambut Tahun Baru kat The Curve malam tu.Hehehe...




❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀