Tuesday, March 6, 2012

Kerana sayang aku turutkan

Hari Khamis malam Jumaat lepas, pukul 11pm, aku bergegas bertolak ke Penang untuk ambil adik aku yg study kt USM tu. Aku terpaksa ke sana untuk ambil dia sebab dia kena histeria. Da agak lama dia xkena 'kacau'. Oleh kerana risau melampau, aku xfikir panjang, terus aku ajak encik suami ke sana.

Nasib baik la suami aku tu... amat memahami. Orang lain tataw r.

Aku ke sana ngan suami dan bawak sorg anak buah lelaki. Anak2 aku tinggalkan ngan PIL aku yg kebetulan ada kat umah aku. Ye la, kes macam ni agak tak sesuai untuk bawak budak.

Kami bertolak pukul 11pm, sampai sana pukul 4am. * Nasib baik mata suami aku bertahan.Hehehe...Terus ke desa siswi Tekun. Masa tu aku tgk dia da tenang sebab menurut room mate dia, tadi ada ustaz yg bagi air penenang. Tapi, aku agak sedih sebab adik aku seperti berada di dunianya sendiri. Dia macam tak nampak atau tak kenal orang disekelilingnya termasuk aku ngan room matenya skali.** Tetiba rasa macam adik aku n i dok kat hotel sebab macam takde orang yang bertanggung jawab dalam hal kebajikan student kt situ.

Dia tak nak bangun dari katil. Aku terpaksa pimpin adik aku yg tinggal kat level 7 ngan room mate dia. suami xbley naik.. asrama perempuan kan. Jenuh gak r kami pimpin dia yg sememangnya sengaja beratkan badan dia. Tapi ok la, bley tanggung lagi. Tapi, bila da kuar lift, nak dekat sampai keta, langsung dia lembikkan kaki dia. Ya Allah.. beratnya, tuhan saja yg tau. Nasib baik da dekat parking. Suami pun datang dekat kami. Adik aku da terduduk kat situ. Berbekalkan ilmu yg ada, suami aku terpaksa 'kunci' sendi adik aku, takut2 kalau dia wat hal sepanjang perjalanan yg panjang tu nnti.

Kamu terus bertolak balik ke Shah Alam. Sepanjang perjalan, aku tau adik aku tu jaga tapi dia sengaja pejamkan mata. Mata suami aku mula berat. Slow je dia bawak, sampai je Kawasan Rehat Tapah, kami bertukar memandu. Bley r dia tido kejap.

Kami selamat sampai ke Shah Alam lebih kurang 11 am. Pergh... 24 hour tanpa tido. Tapi bila da sampai pun, aku still xbley tido sebab hati aku risau sesangat. Aku tunggu abg aku datang lepas sembahyang Jumaat, selebihnya abang aku yg uruskan memandangkan ini bidang dia.

Alhamdulillah... dari hari ke hari, progress dia amat melegakan hati kami. Risau gak takut dia kekal macam tu, macam orang yg tak siuman, yg wat hal sendiri. Masa mula2 sampai, dia langsung tak nak tengok mata aku. Xrespon pun bila aku panggil.Bercakap pe ke lagi, langsung tak. Berkat sokongan adik beradik, adik aku beransur pulih, walaupun still tak bercakap. Takpe la.. pelan2.

Harap korang dapat doakan semoga adik aku sembuh seperti sedia kala supaya dia bley teruskan pembelajaran dia kat USM. La ni dia still bercuti.

Thank you so much to my husband sebab tanpa dia aku tataw nak buat apa. Dialah sumber kekuatan aku selain anak2 aku. Luv u so much!

**  Ni aku nak ingatkan orang2 sekeliling yang hanya pandai cakap je. Memang la bley cakap... buat la begitu, begini. Tapi kalau korang sendiri tak pernah alami, baik tak payah cakap pape. Kalau korang da kena, barulah korang tau macam mana nak handle kes2 macam ni.

Bukan kami sekeluarga tak nak bawak dia ke hospital. Dulu dia da pernah kena camni, kami bawak hospital. Tapi macam biasa la, doktor buat rumusan yg diorang sendiri pun tak pasti, pastu kena wat perhatian lanjut. At last adik aku baik sendiri je, tu pun lepas berubat ngan abang aku. Kadang2 ada kes yang tak bley dirawat kat hospital, kang tak pasal2 dia charge adik aku tu sakit mental.. Nauzubillah..

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀