Saturday, March 24, 2012

3 punca utama pergaduhan suami isteri yang biasa didengar

Korang pernah tak... Saat korang bermesra-mesraan, tetiba korang bergaduh pasal benda remeh macam bergaduh tentang sape yang kena buat susu anak. Muahaha...

Suka atau tak, pergaduhan merupakan sebahagian daripada percintaan yang tak boleh dielakkan. Tanya la mana2 suami isteri, diorang mesti cakap keseronokan cinta akan hilang bila isu2 keduniaan dibangkitkan, membuatkan mood korang hilang.



Tetapi, kekadang ada terselit kebaikan daripada perselisihan ni. Sebagai suami isteri , ia boleh mengeratkan hubungan korang. Sebabnya, melalui pertelingkahan ni, korang akan belajar untuk berunding dan berkompromi yang pada dasarnya akan buat korang lebih dekat, tu kata pakar taw.

Mari kita tengok pe sebab biasa yang akan menjadi punca konflik dan sikit tips menghadapi situasi ni.Check it out!


1.) It's all about a money... money... money...

Hahaha... kajian menunjukkan duit adalah sebab utama punca suami isteri bergaduh.. tak kira la bape banyak pun pendapatan mereka. Kenapa duit menjadi isu yang sangat sensitif? Ia bukanla sebab ringgit dan sen, tetapi perbezaan tentang bagaimana kita melihat duit. "Our money personalities are formed early and often lead to couples having conflicting spending and saving styles," itu menurut Sherry Amatenstein,pakar perhubungan dan penulis buku 'The Complete Marriage Counselor'.

Cara nak menghadapinya : Duduk bersama dan wujudkan satu senarai matlamat kewangan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kemudian lakukan perkara asas: Berbincang tentang macam mana duit perlu dibelanjakan supaya takde lagi yang akan menjadi isu ditengah bulan.Hehehe...
Bila korang nak membeli sesuatu benda yang agak mahal harganya, korang kenalah berbincang bersama-sama terlebih dahulu. Perbincangan awal akan dapat menyelamatkan korang dari pergaduhan berkaitan duit ni nanti.


2.) Kerja Rumah

Kerja rumah merupakan antara penyebab pergaduhan antara suami isteri. Samada ada yang suka campak baju kotor merata2 ataupun lupa nak buang sampah- bila pasangan lupakan tanggungjawab, pastinya akan menaikkan kemarahan kita. Pergaduhan ini akan menambahkan luka pada barah yg ada.Hehehe...

Cara nak hadapinya : Cara terbaik untuk membahagikan kerja2 rumah adalah dgn membuat senarai kerja yg korang benar-benar benci nak buat. Sidia akan buat kerja2 yang kita benci, dan sebaliknya. Jika korang berdua tidak suka tugas yang sama, so buatla sama2 sebagai satu pasukan. Akhir sekali, jika korang mahu pasangan korang membantu buat kerja rumah, menjerit tidak akan membantu. Dari menggunakan "awak" ("Awak tak pernah tolong buat kerja rumah"), cuba "Saya" ("Saya benar-benar menghargai kalau awak boleh tolong buang sampah").


3.) In-laws

Bila korang da kawen, korang bukan je kawen ngan pasangan korang, tetapi ngan familynya skali. Belajarla sesuaikan diri ngan keluarga sidia. Mereka akan sentiasa disekeliling korang. So, belajar la sesuaikan diri, tak kira mereka tu bersifat baik atau buruk. Cuba jadi positif! Kalau tak, pastinya akan jadi punca pergaduhan, lebih2 lagi sekiranya keluarga mertua sering berkunjung ke rumah korang.

Cara nak hadapinya : Ibunya tidak mungkin orang kegemaran korang di planet ini, tetapi lebih banyak korang 'zoom'kan kelemahannya, lebih teruk lagi dia muncul. Sebaliknya, fokus kepada perkara yang baik - ingat dia juga sayang orang yang sama yang korang cintai, dan dia selalu ada bila-bila masa korang perlukan bantuan untuk menjaga anak-anak - dan korang akan lihat dia dari sudut yang berbeza. Dan yang perlu diingatkan ialah bahagian yang paling penting adalah memastikan bahawa mereka tidak akan campur tangan dalam menguruskan rumahtangga korang, so korang perlu memberi komitmen bersama2 supaya rumahtangga korang adalah yang paling utama. 

1 comment:

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀