Thursday, March 8, 2012

Teluk Intan dilanda bah

Kat umah mak aku... xpernah dibuat air masuk umah. Ini la 1st time sepanjang 30 tahun umur aku, air banjir masuk umah.

7 Mac 2012 Rabu - Hari ni aku memang takde mood nak beronline. Bnyk keje nak buat, fikir malam nanti baru nak beronline.

Pukul 11.30pm, aku pun mula buka Facebook. Tengok kengkawan yang dok Teluk Intan banyak post gambar umah diorang masuk air banjir. Habis harta benda.

Hati aku mula xsedap. Iye la.. mak aku dok sorang kat Teluk Intan tu. Nak call, takut terkejut plak orang tua tu. Memang dia da bagitaw, kalau da tengah malam, sebolehnya jangan call kalau xde hal. Buka pe, dia risau. Pe yang dia risaukan, aku pun tak pasti.Hehehe...

Begini keadaan di Malaysia Park, berhampiran Taman Bunga Raya iaitu kawasan umah aku...

Gambar di cilok dari FB member aku ;p
Abih barang2 rumah, tenggelam dek air.(umah kawan aku tadi tu gak)


Tak best rasanya kalau tak tanya keadaan mak aku, kol 12am aku terus call dia. Sekali dail, tak angkat. Lagi la aku risau. Aku dail lagi kali kedua, lama tu baru dia angkat.

Memang umah aku dimasuki air banjir. Habis carpet kat hall. Adeh.. jadi keje mak aku le tu. Orang tua ni bukan bley dok diam. Pantang umahnye terusik atau kotor, mesti dia nk abihkan keje. Soknya, xbley bangun, sakit badan. Ish..

Tu pun badan dia da sakit sebab jatuh terduduk masa nak alih2kan barang. 'Mak ni.. buat aku risau r. Orang ajak dok sini, tamaw.' La ni kat sana still hujan rintik2. Harap2 jangan la lebat balik, nanti air naik.

Aku da siap pesan kat mak aku supaya lebih alert. Dokumen2 penting asingkan satu tempat supaya senang nak capai kalau pape berlaku.

Mummy, please take care +++ We all love u.

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀