Thursday, November 15, 2012

Pupuk Minat

Hari ni aku nak bawa anak-anak aku ke perpustakaan. Aku baru tau pasal Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak kat Seksyen 13, Shah Alam walaupun da lebih 2 tahun ia dibuka.

Aku risau tengok anak-anak aku yang asyik ngan gadget je. So, untuk memupuk minat membaca, aku decide nak bawak diorang gi library. 

Perpustakaan Raja Tun Uda ni terletak dalam kawasan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah kat Seksyen 13 Shah Alam. Tak susah nak cari sebab banyak sign board penunjuk jalan. So, dont worry... u takkan sesat.

Jumpa pintu gerbang ni, masuk je
Kalau dari rumah aku, ada la dalam 20 minit perjalanan, tu pun kalau tak jam.

So... here we are..


Landscape kat sini amat menarik. Tenang je...

Nampak tak white swan nun jauh disana...
Untuk bebudak, ada zon kreatif yang sesuai untuk diorang.


Aku bawak Aina ngan Airis ke Zon Kreattif, husband aku bawak Shahir ke bahagian buku remaja.

Susun atur Zon Kreatif ni sangat menarik...




Siap ada pokok lagi...


TAPI...

-
-
-
-
-
-
Agak mengecewakan bila tengok keadaan buku-buku kat sini. 


Perpustakaan ni terletak kat kawasan elit, tapi attitude penggunanya amat mengecewakan.
Buku koyak, bersepah-sepah, suasana bising macam pasar. 

Maybe kebanyakan pengguna bukan dari kawasan ni.

Plus.. pekerja yang kurang mesra. Maybe mereka kepenatan sebab kena layan pengguna yang maybe bertambah berkali ganda dek sebab cuti sekolah. 

Agak mengecewakan untuk orang yang excited nak ke library buat kali pertama macam aku ngan anak-anak bila dapat first experience yang macam ni. Aduh...

 Tapi... it's okey. Kami bley terima. So, kami baca je la buku-buku yang okey.


Aksi-aksi anak-anak aku masa kat dalam library...








Aku pun sempat mem'posing'. Haha..

Adik aku pun ada.. cuti sem.
Aku bawak anak-anak buah skali
Ada la dalam 4 jam kami kat situ. 

Oh ye.. untuk pengetahuan korang, kat library ni ada teater 3D juga teater 6D. Tapi kami tak berkesempatan nak try sebab hari tu memang ramai manusia.

Untuk maklumat lanjut, klik SINI , okeh!



No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀