Friday, November 2, 2012

Harapan

Shahir ngan abah di pagi raya
 Anak lelaki tunggal aku, Shahir. Dia la harapan aku untuk jaga adik-adiknye kelak. InsyaAllah.

Shahir minat astronomy ngan dinosaur.

Dia bangga abih bila dapat jumpa dan bertentang mata ngan 1st Malaysia astronaut, Dr Syed Muzaffar di sekolahnya SK subang Bestari pada bulan Julai lalu. Tak-habis2 bercerita pasal tu pada semua orang, dia temankan Dr SMS tu la, pastu Dr SMS belanja makan burger la. Dan itu menambah minat dia dalam bidang astronomy. Tapi memang dari kecik aku suka galakkan dia baca buku mengenai planet. Maybe dari situ mula timbul minat dia pada bidang ni.


Ni je gambar kenangan yang Shahir ada ngan Dr SMS. Gambar di ambik kat FB SK Subang Bestari

Sama gak ngan dinosaur. Dia selalu minta aku belikan buku biografi bergambar tentang dinosaur. Masa kecik dulu, aku nak belikan dia mainan kereta, tapi dia lebih minat nak beli patung jenis-jenis dinosaur.Aku bangga bila dapat tahu Shahir da hafal 20++ jenis dinosaur, dan kenal 10++ dinosaur dengan hanya tengok je.

Kalau kat sekolah plak, Shahir kurang minat belajar kat sekolah kebangsaan. Sebaliknya, kat sekolah agama dia bley score plak. Ni yang menjadi masalah bagi kami laki bini. Selalu kami tekankan pada Shahir, kalau dia nak jadi pe yang dia nak, dia kena score kat sekolah kebangsaan. Sambil tu, kekalkan score kat sekolah agama. Maybe agak berat bagi dia, dan kami tak nak dia rasa tertekan. So, kami ikut rentak dia, sambil kami bimbing dia sebaik mungkin.  Aku harap Shahir akan berjaya capai pe yang dia nak.

Berbalik pada minat Shahir tadi, aku percaya pada pendapat yang kita jangan paksa anak kita ikut kemahuan kita, sebaliknya kita kena sokong dan percaya dengan minat anak kita. Tapi kita kena ambil tahu pe yang anak kita lalui sehari di sekolah supaya anak kita berada di landasan yang betul.

Kita hanya mampu berusaha, selebihnya adalah urusan Allah SWT.



No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀