Friday, September 21, 2012

Sedih... mak sedara aku sakit

Aku sibuk. Sepanjang minggu ni P-I-L aku ada kat sini. Esok ada tempahan roti jala dari UIA. Esok gak husband aku hantar parent dia balik kampung setelah seminggu lepak kat sini.

Siang tadi aku dapat berita menyedihkan dari Teluk Intan. Ibu saudara kesayangan kami yang aku panggil mak anjang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan. Keadaannya agak menyedihkan. Dia tak lalu nak bergerak. Minum asyik  muntah.


Mak Anjang sebelum ni didiagnosis ada kanser payudara tahap 3. Kalau ikut hospital, diorang da suruh buang sebelah payudaranya. Tapi mak anjang tak nak, lalu dia cuba berubat secara tradisional. 6 bulan berubat dengan orang tu, mak anjang ke hospital semula. Dan doktor terkejut bila mendapati ketumbuhan tu da takde.

Sekarang, tataw pe sakit mak anjang. Masih di diagnosis. Tapi buat sementara ni dia diletakkan di bahagian masalah tulang.

Tak tahu nak cakap... sedih sangat sebab aku memang rapat ngan mak anjang kerana kami punya minat yang sama. Kami ada rancang nak buka kedai gubahan lepas mak anjang pencen bulan lepas, tetapi terpaksa melupakan hasrat tersebut setelah mak anjang tak berapa sihat kebelakangan ni.

Masa raya hari tu aku da perasan keadaan mak anjang yang banyak berubah. Da tak seceria dulu dan nampak sakit.

Semoga mak anjang sembuh seperti dulu.

UPDATE 25/9/2012 : Mak anjang aku still kena tahan kat wad 1D Hospital Teluk Intan. Setakat ni doktor charge dia ada simptom 'slip disk' dan memerlukan pembedahan. Tapi xdecide lagi sebelum CT scan dibuat. Still waiting and waiting...Hurmm.... Please pray for her!

Keadaan mak anjang masa aku  melawat dia di Hospital Teluk Intan Ahad lalu

 Info buat mereka yang tataw pe itu 'Slipped Disk' bley baca SINI



Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions
Slipped Disk - Symptoms, Causes And Cautions

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀