Tuesday, September 25, 2012

PARVOVIRUS ... kematian demi kematian :(

Sedih bila tengok anak2 bulus aku mati seekor demi seekor. Setakat ni da 5 ekor anak bulus aku yang mati akibat virus ni.

1 . FLUFFY (21st FEBRUARY 2012 - 2nd SEPTEMBER 2012)








2 . KUYUSH (28th MAY 2012 - 9th SEPTEMBER 2012)





3 . BONYOQ (28th MAY 2012 - 9th SEPTEMBER 2012)





4 . QEM-BUNK (29th FEBRUARY 2012 - 11th SEPTEMBER 2012)


5 . PUTEH  & 6 . SITAM (10th JUNE 2012 - 19 SEPTEMBER 2012)


R.I.P. kesayanganku semua .....  T_T


Kucing2 aku memang tak divaksin. Aku bukannya mampu sangat. Kalau da 15 ekor aku bela, seekor kucing ada 3x vaksin yg mana kos sekali vaksin lebih kurang RM45. Korang jumlahkan le ye.

Bukan aku tak nak bawak ke Vet Clinic. Tapi masa dan kos telah membataskan segalanya. Huhuhu...
* Kos rawatan untuk Parvovirus lebih kurang RM130 seekor untuk test dan ubat. :(

Sekarang aku kena lebih alert...

Teh... buat masa ni, masih terselamat dari Parvovirus. Oleh kerana tu, skang kami panggil dia LUCKY.


Sedikit maklumat mengenai Feline Parvovirus yang nak aku kongsi.

                                                   *********************************

Parvovirus kucing, walaupun kesnya tidak banyak, ia masih virus yang berbahaya dan tahan lasak yang menimbulkan ancaman kepada kucing yang tidak divaksinkan.

Apakah Feline Parvovirus?

Anda mungkin pernah mendengar mengenai Feline Parvovirus (parvo) dirujuk sebagai panleukopenia atau feline distemper (FPV). Walaupun tidak sama seperti Canine (anjing) Parvovirus, ia masih dipanggil parvo kerana gejalanya yang sama. Kucing yang berusia 4 hingga 12 minggu , atau kucing dewasa yang tidak di vaksin, berisiko tinggi menghidap parvovirus. Kebanyakan kucing mendapat virus ini melalui kawasan-kawasan yang dijangkiti dan bukannya dari kucing lain yang dijangkiti. Virus ini juga boleh bertahan sehingga setahun di persekitaranyang tidak dinyahkuman.

Parvo membunuh sel-sel darah putih yang berfungsi penyakit dalam badan, dan ia juga mengganggu sistem pencernaan kucing. Ini kerana, penurunan sel-sel darah putih telah melemahkan sistem imun. Kucing parvo dijangkiti juga lebih terdedah kepada virus atau bakteria yang lain.

Gejala Feline Parvovirus

Anak kucing akan menunjukkan simptom yang lebih teruk berbanding kucing dewasa kerana sistem mereka lebih muda dan sistem imun yang lemah. Oleh itu, semua gejala parvo perlu diambil serius terutamanya demi haiwan kesayangan anda dan dengan mana-mana kucing yang berhubung dengannya. Ibu kucing bunting yang membawa virus ini paling pasti akan memindahkan virus tersebut anaknya. 


Kutu juga merupakan vector bagi Feline Parvovirus


Antara simptom-simptom Feline Parvovirus ini ialah :
  • demam yang tinggi
  • sawan
  • Menyendiri, kelesuan, kemurungan
  • Tiada selera makan
  • Cirit-birit
  •  muntah
  • Malah, ada dalam kes yang kritikal, kematian mengejut bukan sesuatu yang luar biasa.
Mengesan Parvovirus dalam kucing anda

Doktor haiwan mempunyai beberapa cara untuk mengesan parvo, walaupun kucing anda tidak menunjukkan apa-apa gejala. Nodus limfa bengkak boleh menjadi tanda bahawa sesuatu yang tidak kena, serta perut yang bengkak dan menyakitkan. Dalam saluran darah, sel darah putih atau kiraan platelet akan diperiksa bagi memastikan ia tidak terlalu rendah. Oleh Kerana parvo menyerang sistem pencernaan, pemeriksaan usus kecil untuk memeriksa untuk keradangan juga diperlukan.



Rawatan bagi Kucing Parvo

Tiada penawar untuk Feline Parvovirus. Gejala boleh dirawat, dan doktor haiwan akan memberi makan kucing anda secara 'drip-feed'. Jika kucing berjaya bertahan untuk tempoh 5 hari pertama, peluang mereka untuk hidup adalah tinggi. Antibiotik boleh diberikan bagi jangkitan sekunder disebabkan kepada sistem imun yang tegang, dan ubat anti-sawan boleh diberikan jika kucing anda mengalami sawan. Pemulihan sepenuhnya boleh mengambil beberapa minggu. Di rumah, semua benda dan peralatan rumah yang telah dijangkiti perlu dibasmi kuman.

Bagaimana untuk Mencegah Parvovirus pada kucing?

Pastikan kucing anda mendapatkan suntikan vaksin yang lengkap. Ini Kerana tidak ada penawar untuk parvo, jadi pemvaksinan adalah sangat penting. Kucing bunting boleh disuntik menggunakan vaksin khas yang akan selamat untuk anaknya. Anak kucing harus disuntik setelah berusia 9 hingga 12 minggu.




9 comments:

  1. salam sis,kalau kos utk sakit sawan pun area 100 lbih ye klau kitten,,sy xpnah pegi lg klnik swasta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Owh.. ye? Akak pun xpegi. Just tanya owner petshop tu je. memang agak mahal. Huhuhuuuu...

      Delete
  2. my baby mati akibat parvovirus ni...kejam sgt...luccie dh divaksinkan 2x but still dpt pnyakit yg tiada penawar ni..my baby skit xsmpai smggu then trs passed away..sedih sgt...still terbyg2 dia tgh main skrg..hmmm -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa... ingat kan sporo paling bahaya pada kucing. Rupanya Porvo Virus lebih bahaya. Sedih sangat.

      Delete
  3. My baby skrg tgh sakit...da 3 hari Π_Π ..gejala2 dia muntah kuning+buih..pastu x mo mkn.. time kna paksa mnum pun dia memberontak hmmmm.... skrg dia brtmbah lesu..pastu skrg dia asyik duduk kat toilet jerrr...risau plak tkut kna baby2 yg lain..brpa bajet nak ready oo??nak bwa pg vet tpi vet ttup...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak hari tu, nak bawak ke vet, tp vet takmo terima sebab senang berjangkit.

      Delete
  4. Replies
    1. Takde rawatan awal kalau da kena..rasanya. Bawak klinik pun ada sesetengah klinik memang tak terima. :(

      Tapi kita bley pre caution.. cuci lantai yang da kena muntah atau najis yang dah dijangkiti ngan clorox, supaya tak jangkit pada kucing lain. Dettol memang tak berfungsi..clorox terbaik. Akak dapat taw pun da terlambat.

      Delete
  5. kcg saya ada dah jadi arwah sebab parvo.. sejak itu sy lebih hati2 dan vaksin semua kucing. kos teat parvo d tempat saya rm65 (swasta) doktor dia masih terima kucing yg ada parvo dan ada yg telah berjaya diselamatkan

    untuk pertahanan kucing2 lain yg berada d rumah yg ada kes parvo doktor bg imunie sistem (DMT) berharga rm69 sebotol ..alhamdulillah kucing saya yg lain selamat tidak dijangkiti. dan doktor juga sarankan sy cuci semua dgn clorox 2-3kali tmpt yg kena jangkitan

    ReplyDelete

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀