Thursday, September 27, 2012

PULAU GEMIA.... mungkinkah jadi destinasi honeymoon kali kedua kami?


Subhanallah... nampak cantik je dalam gambar. Harap sangat dapat kesana sempena sambutan sedekad usia perkahwinan kami. Ni plan tahun lepas, tp tahun lepas tak free. Tahun ni da masuk 11 tahun usia perkahwinan kami, aku harap sangat nak gi honeymoon berdua2an ngan chenta aku tu. * Sorry ye anak2, nanti mama bawak korang gi Universal Studio Singapore, suda ;p

Aku da browse beberapa tempat percutian dalam Malaysia *nak ke luar negara tak lepas, pepaham sendiri r ;p

Pilihan pertama kami, Pulau Sipadan kat Sabah. Ya Allah... lagi cantik lautnya. Tapi tak sampai hati plak nak tinggal anak2. Sebab dulu ada plan nak gi Sabah ngan anak2 skali.

Pulau Gemia ni okey pe. Lebih kurang je. Tak kisah sangat, yang penting kami nak spend time berdua2an di tempat yang cantik.

Pulau Gemia ni private island. Pulau nye kecik je, so takde ramai orang. Sangat sesuai sebagai destinasi honeymoon. Pusat peranginan tunggal yang ada kat situ hanya Gem Island Resort & Spa yang bertaraf 4 bintang.
Gambar dari satelite.Kecik je kan? Sebelah tu Pulau Kapas.

 Sedikit mengenai Pulau Gemia yang aku Google.

Pulau Gemia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Gemia; sebutan:(Pulau Jemia), juga dikenali sebagai Coral Island, merupakan sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Kapas, Marang, Terengganu, Malaysia. Biasanya pelancong yang datang ke Pulau Kapas akan pergi ke Pulau Gemia sebagai salah satu lokasi bagi melakukan aktiviti snorkeling, menyelam ataupun mengamati pemandangan pantai. Terdapat sebuah tempat peranginan di Pulau Gemia.
Pulau Gemia merupakan salah satu pulau terindah di Terengganu. Pulau kecil ini juga dapat menarik ramai pelancong datang ke sana kerana memiliki panorama matahari terbit yang cantik selain pulau ini yang kecil dan kurang pengunjung dapat menggamit persekitaran yang romantis dan damai. Pulau Gemia ini berhampiran dengan Pulau Kapas, pengunjung boleh menaiki feri atau bot ke sana. Udara di sini juga sungguh nyaman dan sejuk kerana kurang peerokaan hutan di sana. Lautnya biru dan pantainya kuning. Pelbagai jenis burung terdapat di sana antaranya ialah burung bangau, burung rajawali, burung nuri dan sebagainya. Bentuk muka bumi pulau ini sangat padat bersama bukit-bukau yang tersusun, anak sungai yang jernih dan pelbagai pokok jenis kayu keras dan besar-besar belaka juga dapat ditemui. Purata hujan tahunan adalah kira-kira 26000 ml setahun, manakala suhunya atara 26c-27c. Pulau ini juga merupakan salah satu habitat haiwan liar.

Korang nikmatilah permandangan cantik kat Pulau Gemia ni ye.





Gamba ni aku amik kat blog Hilda




Banyak lagi gamba yang cantek2. Pe kata korang tengok selebihnya kat gemisland.com.my


.Sha.Sha. say : Pergilah bercuti!


No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀