Sunday, May 27, 2012

Himpunan Sejuta Belia di Hari Belia Negara @ Putrajaya

Aku saje bawak anak sulung aku, Shahir pegi Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara kat Putrajaya. *Sebenarnya mama yang excited nak tengok retis ;p

Kami keluar rumah pukul 9 pagi. Naik bas sebab taw mesti jam gila bab*. Naik bas Rapid KL U81, turun kat KL Sentral. Dari KL Sentral naik ERL ke Putrajaya.

Tengah tunggu tren. Bebudak tu tengah praktis menari, nak kesana gak kot. Maybe ada msuk pape acara.
Dalam ERL. 1st time kami naik ERL. LRT da biasa dah.
Shahir ngan muka teruja
 Laju beb. Tak macam LRT. 15 minit je da smpai Putrajaya. Dari Putra Sentral, kami naik Nadi Putra ke tapak karnival.

Turun dari bas, kami kena jalan sket. Sampai-sampai je, kami terus masuk satu dewan. Aku tengok ramai je orang. Rupanya kami masuk tempat yang betul. Hehehe...
Laa.. tengok anak bulus rupanya

Ramainya... pe yang diorang tengok ni?





Keluar dari cat show tu, Shahir ajak aku tengok pameran ATM. Dia memang minat barang2 askar. Habis semua benda nak di try. Takpe, aku kasi can pada dia.











Habis semua riffle, machine gun, teropong di cubanya. Lepas melawat dari satu booth ke satu booth ATM, Shahir nak tengok kenderaan ATM plak. Ikutkan aje...





Klinik bergerak tentera

Yg ni klinik gigi bergerak. Syok dok dalam bas 2 tingkat ni sebab aircond pasang. Hahaha..




Dah..dah.. tak bley lama-lama tengok kenderaan tentera sebab sebelahnya ada motor scrambler berlumba. pepaham je la bila debu da naik, Shahir tak tahan sebab asthma.

Perlumbaan motor scrambler
Tadi ada gak dia tengok model2 kenderaan ATM. Kiut-miut je.



Shahir sempat berkenalan ngan abang-abang askar yang pakai uniform. nak kenal pasti apa tugasnya.

Nampak tak abang askar tu nyorok. Makcik baju purple tu melatah kena kejut.




Ada gak askar dalam bidang kulinari buat show mengukir ais


Gi booth lain, Shahir da tak bape minat.

Booth JPAM
Ada ceramah untuk bebudak unit beruniform. Kami lalu je situ ;)


Keluar dari unit beruniform, kami jalan menyusuri sepanjang karnival.


Aku sempat capture permandangan menarik





At last, sampai gak kami kt tapak Jom Heboh. Jauh gak berjalan


Booth Hot FM layan dangdut plak. Ingat kumpulan Iva lagi tak? Semua da jadi mak-mak budak
Kebetulan Hotlink punya pentas baru mula show dari bebudak Hooray-hooray. Shahir teruja nak salam Akim AF.

Hensem r Akim AF.
Then bila diorang start nyanyi lagu tema Hooray-hooray, ada satu group dancer menari kat belakang kami. Aku suka tengok...


Booth Bananana
Keluar dari tapak Jom Heboh, ada banyak lagi booth lain yang kami singgah

Syuib wat promosi untuk filem Man Sewel
Yg ni, Jepun punya konsert
Kebudayaan Sarawak
Parachute pun ada
Shahir tengok bebudak lawan main roller blade. Teringat zaman muda-muda dulu ;p


Yang ni kami berdua memang minat...Grafity. Sangat cantik dan kreatif.

Kemuncak acara, kehadiran Perdana Menteri merasmikan event. jam da pukul 5.30 ptg. Tunggu jap la seblom balik.

Pentas utama
YB Perdana Menteri Malaysia

Mem pun join skali
Duta Belia, Fizo Omar ngan Azlan Iskandar
Semua berdiri tegak bila lagu Negaraku dinyanyikan
Jauhnya kami berjalan. Agak2 ada 6km. Tu tak trmasuk masa kami jalan nak cari bus stop lagi. Adeh, ntah bape kalori hilang hari tu ;)


No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀