Wednesday, May 16, 2012

Kenapa tukar DP FB aku? Sempena “Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike”

Skang ni, kebanyakan dp kat facebook menggunakan avatar sempena “Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike”, sebagai tanda sokongan kita pada tahanan Palestin yang tengah mogok lapar kat penjara Israel.



Mesti ada yg tertanya2 pe faedahnya kita tukar dp avatar tu. Ada gak yg memandang sinis.



Tu mesti mereka2 yang tak amik kisah tentang Hari Nakhbah dan mogok lapar kat Palestin. Mesti ramai yang tertanya2, pe maksudnya avatar2 ni...




Simbolik Penukaran avatar ini (DP) ialah :

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar terbesar dalam sejarah.

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

Apa hukum mogok lapar?
Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara’ bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :
Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!
Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!”
Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.

kopi pes dari nescaffeais

Aku pun da tukar dp FB aku. Tapi bukan ngan avatar yg da sedia ada. Tp ngan avatar aku sendiri.

Korang tukar ke tak?

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀