Tuesday, February 17, 2015

Melawat sepupu mysayang...cancer story again.. **sob...sob...




Bila da berkumpul sedara mara, baru kami tahu, sepupu rapat mysayang, Ijan sedang menderita kanser darah. Allahu...


Ijan sepupu mysayang, sebaya. Mereka membesar bersama, sepupu cum sahabat.

Aku macam da trauma dengar berita tentang kanser ni. Sorang demi sorang orang yang ada hubungan ngan hidup aku pergi menghadap Ilahi akibat kanser.

Selepas selesai pengkebumian Pakcik Mad pukul 11 am, kami ambil kesempatan pergi jenguk Ijan di Hospital Ampang.

Jenuh cari parking setengah jam, pukul 1.45pm barulah kami dapat masuk wad. Sian tengok keadaan dia yang makin kurus. Puncanya dia ke hospitalk bila pinggangnya sakit sangat-sangat. Macam-macam dia didiagnosis, akhirnya doktor claim dia ada kanser darah tahap 3. Dari Hospital PD (dia tinggal di Port Dickson), di arahkan ke Hospital Ampang untuk rawatan kimoterapi. Ni first time dia kena buat kimo.

Sedih bila dapat tahu isteri Ijan sedang sarat mengandung 8 bulan, ditinggalkan di PD sebab dia kena buat kimo di KL. 

Semoga Ijan tabah mengahadapi dugaan dariNya.






No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀