Monday, November 18, 2013

Kem Tahfiz Rich Kids Smart Kids 2013 anjuran Richwork



Aku pilih kem ni untuk Shahir isi cuti sekolah dia. Kami da biasa dengan program Richwork, so kami tahu macam mana kesannya kelak. Lagipun, ini antara persediaan menghadapi UPSR tahun depan buat Shahir.



Kem ni bermula dari 17 November 2013 (Ahad) hingga 23 November 2013 (Ahad). Kem Tahfiz ni bakal melahirkan anak muda yang lebih menyintai dan mendalami Al Quran, InsyaAllah.

Da siap beli jubah 4 helai.
Pendaftaran bermula dari 10am sehingga 12 pm.

Impian Country Resort, Hulu Langat. Banyak program lain sedang dijalankan disini.
Selepas sesi pendaftaran, ada sedikit sesi interiew untuk menguji tahap kebolehan anak.

Selepas sesi pendaftaran dan interview, anak-anak di arahkan supaya menukar pakaian kepada jubah demi mengikut sunah nabi.

Fasilitator memakaikan serban untuk Shahir
Hensemnya anak mama!
Sementara menanti taklimat ibu bapa bermula jam 12.30pm.
Selesai sesi pendaftaran, sesi taklimat untuk parent pun diadakan.

Sesi menghantar harapan padaNya
Tamat sesi taklimat, ibu bapa diarah pulang ke rumah. Sehingga disini saja, terputus hubungan peserta dengan keluarga. Keluarga hanya dapat berita terkini mengenai kem melalui FB je. Huhuhu...

Gambar Shahir di hari ke 2. Sumber FB Richkids Smartkids
Ingat..lepas ni nak sambung terus ke Kem Super Insan. InsyaAllah.

Kepada anda yang nak daftarkan anak untuk program Kem Tahfiz seterusnya di Melaka, masih boleh lagi di SINI.

Juga pendaftaran Kem Super Insan di SINI

Jangan sia-siakan musim cuti anak-anak anda!




No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀