Sunday, July 29, 2012

Iftar kat luar

Cuti meniaga, aku ajak adik ngan kakak aku berbuka kat Mid Valley. Sambil-sambil tu nak cuci mata, buat survey untuk persiapan raya. Suami-suami tak ikut. Kami-kami je, ngan anak-anak. Hehehe...

Sempena AidilFitri. Best!
Last minit punya kerja, kami tak jumpa tempat untuk makan. Semuanya full house. Da nak masuk waktu berbuka plak tu. Hahaha... tak plan punya pasal, padan muka. At last, kami berbuka disini...





Muka-muka tak sabar nak berbuka
Ok la gak. Dari takde. Plus... anak-anak kami memang suka makan nasi ayam.

Kid set. Habis diorang makan.
Orang besar punya *Jadi model nasi ayam jap ;p
Yummy!!!
Lepas makan, kami pusing-pusing. Tengok-tengok kot-kot ada yang berkenan. Sedar tak sedar, jam da pukul 10pm. Ayoo... nak balik naik apa?

Datang tadi kami naik bas. Nampaknya, balik kami terpaksa naik Komuter. Senang nak naik, senang nak turun sebab jarak antara stesen komuter ke rumah kami tak la jauh sangat. Boleh suruh suami aku amik.


Airis takut dengar bunyi bising tren.
Kakak steady je
 Sampai kat stesen, kami naik cab sebab suami aku takde kat rumah. RM30 dari stesen ke rumah aku yg berjarak lebih kurang 8-10 KM. Mahal dowh! Tapi redha sebab darurat.

Menyeberang jalan pun nak pose

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀