Tuesday, July 10, 2012

"Ana punya beras"


 Mereka-mereka ni biras aku.


Yg xde, biras mat saleh yg dok kt St Louise, US iaitu suami kak Ros. Kak Ros anak ke lima dan merupakan anak tunggal perempuan dalam family husband aku. Memang jarang dapat jumpa family Kak Ros. Dulu diorang akan balik Malaysia 2,3 tahun sekali. Tapi, sejak anak-anaknye da besar-besar ni, agak susah nak balik. Nak balik plak kena modal yg banyak. Kalau dari Malaysia, nak ke sana fee MAS RM24,000 sorang adult utk pegi balik. Mak aiihhh... tahun gajah le baru aku sampai ke sana kot.

 Hanya FB ngan fon je la yang menghubungkan kami. Sepatutnya, tahun ni Kak Ros balik Malaysia, tapi tak jadi sebab my parent in law yang akan pergi ke rumah Kak Ros di US bulan November nanti. Kami? InsyaAllah.. kalau ada rezeki lebih nanti, sampai la kami ke rumah kak Ros.

Kak Ros and family. Arah jam : Sean (anak sulung), Scot (suami), Kak Ros,Sariya Mary (anak bongsu) ngan Samantha (anak ke 2)
 Berbalik pada cerita biras-birasku di Malaysia... diorang ni memang best... gila-gila. Kalau jumpa mesti bantai gelak tak abih-abih. Terutama 3 orang ni... dari kiri, Kak Ita (isteri abang sulung), Kak Min (isteri abang no. 2) ngan Kak Ina (isteri abang no. 4). Abang husband yang no 3 meninggal dunia masa berumur 10 tahun. Confirm husband aku tak pernah jumpa.



Aku sebagai menantu bongsu, memang jarak umur kami agak jauh. Aku da 30 tahun, Kak Ita da 50+, Kak Min plak da 38 tahun manakala Kak Ina plak da 41 tahun. Tapi walaupun umur diorang da banyak dan jauh berbeza dari aku, aku tak pernah rasa kekok bercampur ngan diorang sebab diorang memang moden dan sempoi. Memang satu kepala.

Tapi, adat la bila da ramai ipar duai ni, kadang-kadang akan ada rasa tak puas hati. Tapi, kalau berselisih faham pun, tak lama. Air dicincang takkan putus.

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀