Wednesday, August 15, 2012

Moreh

Da menjadi tradisi keluarga Tn Hj Amarudding B Hj Ibrahim, yakni family husband aku... bila moreh pasti seluruh keluarga balik kampung. Dari zaman arwah atuk husband, tiap-tiap tahun mereka akan ambil giliran untuk moreh.

Moreh tu apa? Korang tak pernah dengar ye? Jap..jap... aku Google.

Ok.. ni maksudnya...
Moreh ialah jamuan makanan untuk orang berbuka puasa.

"Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (HR At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah)."

Haha.. aku taw, tapi tak reti nak explain.

Kalau tahun-tahun sebelum ni, lauk moreh dimasak secara bergotong royong oleh orang kampung yang diketuai oleh mak mentua aku. Tapi, tahun ni mak mentua aku da tak larat, makin uzur. So, jawabnya order katering je le. Nak harapkan menantu-menantu? *aku le tu

Masak untuk perut sendiri boleh le. Hehehe....

Kat kampung opah tok, diorang 'bebas' buat pe je termasuk panjat pemegang tangga. Geram je aku..Grrrr...
 
Masa ni le kalau nak jumpa retis ;p . Nabil ngan ayahnya, abang ngah husband menuju ke masjid.





Si hensem aku pun pegi gak




Aktiviti kami, menantu2. Tunggu masa nak berbuka.




Tu dia... banyaknye rezeki Allah...
 Masa ni la peluang nak berbuka ngan ahli keluarga.

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀