Wednesday, April 11, 2012

Pasangan korang kuat cemburu tak?



Pernah tak korang hadapi pasangan yang kuat cemburu? Ni benda biasa berlaku pada kebanyakan pasangan. Cemburu pun bley jadi punca retaknya sesuatu perhubungan, menyebabkan timbul rasa sangsi dan menyakitkan hati. Kebanyakan wanita mengharapkan pasangannya ada perasaan sedikit cemburu.Tetapi ada gak wanita malang yang dapat pasangan yang terlalu  kuat cemburu. Jadi macam mana korang nak tahu perbezaan antara lelaki yang ada sifat sedikit cemburu ngan lelaki yang terlalu kuat cemburu. Berikut adalah  tanda-tanda bahawa pasangan korang mungkin seorang yang kuat cemburu.

 Dia sering memerhati...
Maybe ia perkara biasa bila korang akan tanya mana dia pergi dan bila dia akan balik umah. Korang mesti nak tahu pe yang si dia tengah buat bila korang takde disisinya kan? Tapi, bila si dia asyik call  korang sampai berpuluh kali sehari hanya nak tanya korang kat ne and ngan sape, tu tanda tak baik tau! Lelaki yang terlalu kuat cemburu ni akan sentiasa nak tahu pe yang korang buat sepanjang hari. Mereka nak tahu korang tengah ngan sape dan pe yang korang akan cakapkan.Si dia mungkin akan menuduh korang sedang mengumpat bercakap mengenainya. Ni memang king control dan boleh buat korang rasa  macam dalam tahanan umah siap ngan cctv.Hehehe...


 Dia selalu betul...
Lelaki yang mempunyai perasaan kuat cemburu ni mempunyai personaliti yang sangat agresif dan amat susah nak ngaku kesalahannya."A jealous person gives the impression of being a very self-confident person," tu menurut Paul A. Hauck,seorang pakar psikologi klinikal yang mengarang 'Overcoming Jealousy and Possessiveness', tapi sebenarnya berpunca daripada rasa rendah diri yang melampau dan
rasa kedudukan yang tak secure.

Korang tak boleh berkawan...
Lelaki yang kuat cemburu ni bukan je nak control pe yang korang buat dan mana korang pergi, tapi dia juga nak control dengan sape yang korang bersembang.  Mereka juga nak control pe yang korang boleh tengok. Kalau ada kawan atau ahli keluarga yang dia tak berkenan, dia akan black-list kan orang tu. Kawan lelaki akan jadi orang yang mula2 skali dia black-list kan sebab si dia memang tak suka bila bayangkan korang sembang ngan lelaki lain. Ia dipanggil "suspicious jealousy", yang mana ia tak berdasarkan apa yang korang akan buat atau mungkin dah buat, tetapi berdasarkan ancaman yang dia bayangkan. Ia akan berterusan dan kalau korang tak berhati-hati, korang akan dapati yang korang tak boleh berkawan dan tak boleh nak ada kawan dan juga mungkin tak boleh nak melawat keluarga sendiri.
 

Si dia marah bila terasa dipinggirkan...
Lelaki yang kuat cemburu ni akan sentiasa nak turut serta dalam semua perkara yang korang lakukan. Ni antara sebab nape si dia asyik tanya tentang pe yang korang buat dalam satu hari tu.Sebab tu, kalau wanita buat sesuatu tanpa ajak dia untuk turut serta, si dia akan marah kerana si dia terasa kecil hati. Makin bertambah la rasa tak secure si dia tu.


Cemburu buat si dia jadi ganas...
Lelaki yang kuat cemburu cenderung melakukan keganasan. Bila si dia marah, si dia akan lepaskan kemarahan pada sesiapa atau apa saja yang ada disekelilingnya. Lelaki yang kuat cemburu menyuarakan rungutan mereka dengan kuat dan jelas. Mereka menjerit pada pasangan mereka, menampar mereka, dan merumitkan mereka tanpa malu. Lelaki sebegini juga akan memecahkan perabot mereka atau menumbuk dinding. Jika si dia cenderung nak pukul sesuatu bila dia cemburukan sesuatu, maknanya korang akan mempunyai masalah yang serius.



Macam mana nak hadapi teman yang kuat cemburu...
"Cemburu boleh memusnahkan sebuah perhubungan jadi amatlah penting untuk mengelakkan ia berlaku di luar kawalan," amaran Dr. Gabrielle Morrissey, kaunselor hubungan dan seksologist. Bagitahu dia pe yang korang rasa dan yakinkan si dia bahawa korang amat mencintainya tetapi sifat kuat cemburunya akan menyebabkan timbulnya masalah antara korang.

Tapi ingat... kalau korang nak si dia percaya kat korang, korang mestilah takde benda yang korang nak sembunyikan. "Anda harus menjadi seperti sebuah buku yang terbuka," kata Dr Phil McGraw, seorang pakar psikologi dan personaliti TV. Hormatilah pasangan korang. Bagitau dia, korang kat mana, bila korang balik dan apa yang korang buat, pun da cukup.

Satu lagi cara nak elakkan permintaan yang tak logik dari si dia: "Mereka akan berasa lega setiap kali anda meyakinkan mereka, jawab telefon dan beritahu dimana anda berada," tambah McGraw. "Jika dia menelefon kamu sehingga 10 kali, menjawab sekali untuk beritahu, kemudian tutup telefon anda." Tahu cakap 'TAK' bila perlu. Terlalu patuh dan percubaan membuat si dia gembira hanya akan menggalakkan kelakuan mereka.


Lelaki yang kuat cemburu mungkin rasa seperti dirinya diabaikan. Luangkan sedikit masa berdua-duaan dengannya. Tinggal berdua-duaan dirumah atau melancong berdua boleh mengeratkan lagi kasih sayang korang kerana tiada gangguan dari rakan-rakan dan keluarga.

Walaubagaimanapun, sekiranya macam2 korang da buat tetapi si dia masih berperangai yang sama, tinggalkan saja dia kerana dia berkemungkinan akan membuat hidup korang sengsara yang akhirnya akan menjauhkan korang daripada mereka2 yang lebih mengambil berat tentang diri anda.




2 comments:

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀