Thursday, April 12, 2012

Tips Malam Jumaat : Hangatkan asmara yang kian suram

Hilang keghairahan cinta ? Cuba strategi ni bagi mendapatkan mood, okay!




Kita sukakan hidup kita yang sentiasa sibuk, tapi kita harus terima kenyataan bahawa bila kita sibuk memanjang ;  dengan hal kerjaya, anak-anak dan rumah, itu semua kadang-kadang boleh menyebabkan korang hilang mood untuk berhubungan seks. Jika kehidupan seks korang telah hilang kehangatannya sejak dua menjak ni, ini adalah masa untuk menghangatkannya semula. Susun strategi agar korang dan si dia akan merasai semua hangatnya asmara.

Kembangkan otak dan pemikiran...
Otak adalah organ seks yang terpentingdan terbesar sekali. Ya, kedengaran agak klise, tapi itulah fakta biologi. Lagi banyak korang fikir tentang seks, makin besarlah kemungkinan korang nak lakukannya dan jadikannya kenyataan. Fikirkan perkara yang boeh merangsang korang. Atau adalah lebih baik kalau korang kongsi fantasi tersebut dengan si dia, pendapat kaunseor sex- Ian Kerner kaunselor, Ph.D., pakar yang telah membuat kajian  mengenai pasangan yang mempunyai kehidupan seks yang paling memuaskan adalah orang-orang yang sedia nak kongsi fantasi bersama - walaupun korang hanya bercakap mengenainya.



Jadikan seks satu keutamaan...
Kebanyakan pasangan berkerjaya terlalu mengutamakan hal2 rumah, anak2, kerjaya, ini membuatkan mengadakan hubungan seks menjadi tiada kepentingan dan berada dibawah skali dalam 'to-do list' mereka. Kemudian, sedar2 je korang baru perasan yang korang da tak melakukan hubungan seks dalam beberapa minggu! Penyelesaiannya : "Pastikan ada masa untuk hubungan intim anda, hanya anda berdua, itu satu keutamaan," kata Gabrielle Morrissey, pengarang A Year Of Spicy Sex. Masukkan masa untuk hubungan intim dalam schedule korang jika perlu. Tempahlah satu malam untuk malam yang paling romantik untuk dilakukan, malah yang paling baik adalah korang boleh buat plan mengenainya terlebih dahulu, seperti candle light dinner ke. Sementara menunggu malam tu, korang boleh 'kasi panas' dengan berikan pergerakan atau lenggok panas yang boleh menggoda si dia ...

Lakukan pergerakan yang menggoda...
Bila kali terakhir korang goda suami korang? Jika kehidupan korang hanya berkisar kepada perkara yang biasa, seperti bila dia balik rumah, apa barangan runcit yang da takde, atau  mana nak pergi untuk makan malam, semua tu tak boleh buat korangmereka tidak betul-betul perkara-perkara yang akan meletakkan anda dalam suasana yang seksi. Biarkan si dia tahu yang korang masih 'hot' untuknya walaupun setelah beberapa tahun, ni merupakan cara mudah untuk menghangatkan kembali asmara dalam hubungan cinta korang. Cara yang mudah adalah, menggoda si dia dengan menghantar teks atau e-mel lucah pada si dia di siang hari. Beritahu dia yang korang tengah memikirkan tentang dia, betapa dia nampak 'hot', apa yang korang akan lakukan kepadanya bila dia pulang ke rumah.Tak payah la nak X-rated sangat, hanya cukup nak jadikan si dia rasa seronok dan bersemangat nak balik rumah.

Ubah suasana bilik tidur korang...
"Seks adalah seperti makanan," kata Kerner, jika korang makan benda yang sama berulang, korang hanya akan rasa bosan. Kebanyakan pasangan melakukan rutin seks yang sama setiap waktu, dan inilah yang jadikan seks dari menyeronokkan ke bosan. Jadi hangatkan bilik tidur korang seperti pakai sehelai pakaian dalam seksi, teroka lokasi hot baru dalam rumah, atau hanya dominasi si dia dengan mengawal atau mengambil peranan dalam hubungan seks korang


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀