Friday, February 15, 2013

Cuba Terapi Ion plak

Aku nampak premis terapi ion ni melambak kat Paya Jaras, Sungai Buloh ni. Ada permit ke tak, Wallahualam. Pastu, tengok orang sentiasa penuh lak, tambah-tambahan lepas Isyak. So, ia menarik aku untuk cuba. RM10 untuk setengah jam.


Fungsinya..aku kurang clear. Katanya, cuci toksin dalam badan. Ok, cuba je.Bukan mudarat pun.

Peralatannya...




 Dia guna air biasa, kemudian tambah garam. Hmm...garam sangat elok untuk menarik ion negatif dalam badan... macam yang disyorkan Dr Azizan Osman. Skang, tiap-tiap hari kami sekeluarga mandi air garam. Husband aku tukang letak garam dalam kolah... SETIAP HARI.

Aku pegi ke pusat terapi ion tu ngan husband juga adik aku, masa anak-anak aku kat sekolah. Curi peluang...

akak kedai tu tengah siapkan untuk husband aku
Ceh... buang bawah, atas masuk gak. Tu yang nak dok kat pintu tu. Nak berasap.

Ni air kaki aku masa mula.
Pertengahan proses tu, akak tu jamu minum teh herba yang rasanya tersangat la 'herba'.

SETENGAH JAM KEMUDIAN...

Euuuuwwwww.....
Tapi, kata akak tu, hasil 'toksin' aku tu okey r untuk first timer macam aku. Berbanding husband ngan adik aku yang lebih berkelahak.Hehehe...

'Hasil' si perokok tegar ;p
Aku fikir maybe aku minum Alpha Lipid SD2 tu yang buat aku punya air kaki tu agak tak berkeruh.

Sebenarnya aku tak bape nak caya, sebab maybe keladak tu bley datang dari karat kat dalam kotak wayar tu. Wallahualam..

Aku memang suka mencuba kan?

Anyway, kalau ada sesiapa nak bukak bisnes terapi ion ni, bley contact nombor tu. (klik untuk tumbesaran)

Husband aku ada tanya, kata akak tu, kos bukak premis ni RM10,000 utk alatan je. Iye ke? Wallahualam...




No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀