Thursday, February 14, 2013

Ber'Ice Skating' r plak

Aku suka nak mencuba sesuatu yang baru. Tambah-tambahan benda tu menyeronokkan, beronok-ronok la aku nak buat.

Sebenarnya da lama aku nak try main ice skating ni, cuma takde kesempatan. Kali ni aku ada geng iaitu adik aku yang  masih bercuti. Dia la yang rajin melayan karenah aku. 

Destinasi kami, Royale Bintang Ice Skating Rink, kat Mutiara Damansara. 20 minit perjalanan dari umah aku.



 Fee dia.. RM25 untuk kasut. Amat digalakkan bawak sarung tangan ngan stokin sendiri. kat sini ada jual, sarung tangan RM8.


tak pakai ni, beku r tangan
Muka excited nak try nih.
Berkobar-kobar ni, confident je tau main. Tapi..bila masuk rink...


Mak.... tak bley berdiri tegak....

Jawabnya.. menyusur je la sekeliling rink. Ekekeke...


Nak posing, tangan tetap tak lepas palang
Shahir paling cepat belajar. Dapat kawan lagi..
Masa zaman roller blade dullu, aku bley r main. Tapi tu berpuluh tahun dulu. Masa zaman skolah. Mana nak sama..

Aina pun tak pandai main.


Akhirnya, bergantung pada penguin tu je.


Penguin tu kena sewa ye. RM25 satu.

Lama-lama aku da bley balance badan. Tak payah pegang. Lastly, da bley slide. Yeay!

Yeay! Berjaya gak akhirnya!
Adeh... balik umah abih sakit-sakit satu badan. Bape puluh kali da jatuh. Takpe, 1st try memang camtu. Next time nak gi lagi. Tunggu...




No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀