Friday, December 7, 2012

Pak Sedara aku kawen

Aku panggil dia pakcik sebab dia anak ke 7, adik mak aku. Pakcik Rashid ni da berpuluh tahun menduda. Seblom ni, hidup dia hanya ngan arwah mak anjang aku tu je. Dia la yang menjaga mak anjang sepanjang hayat mak anjang. Skang, bila mak anjang da takde, adik bradiknya risau takde sape yang jaga makan minum dia.

Sebenarnya, arwah mak anjang la yang memperkenalkan pakcik dengan bakal isterinya ni. Makcik Zila kawan arwah mak anjang. Macam da taw je yang dia nak 'pergi', mak anjang mengatur pertemuan mereka dan memang mak anjang da rancang nak kahwinkan mereka bulan Disember ni. Tercapai gak hasrat arwah mak anjang

So malam ni aku nak gi majlis akad nikah pakcik ngan makcik Zila. Tak sabar nak tengok pakcik kawen. Heeeee.....

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀