Monday, December 10, 2012

Makan angin @LANGKAWI (Day 4)

TRIP TO LANGKAWI SERIES:
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Indahnya Langkawi
............................................................
Hari ni kena check out dari homestay. 

 Seblom tu singgah makan dulu.


Selera Akmal.. aik, bila masa plak husband aku bukak bisnes kedai makan kat Langkawi ni? ;p

Kami plan nak cari hotel tepi laut kat Pantai Chenang. Kami pilih hotel ni



AB Motel.. masa kami datang sini dulu, hotel ni kecik je. skang da maju .
Hotel ni, ok la. Untuk tido je, ada aircond ngan tv pun da cukup. Janji tepi laut.


Selesai check in, pe lagi. Mandi laut! Tak sabar nak tunggu sun set











Macam biasa, ramai mat saleh bersidai..

Cantik sangat
Nasib baik gagah, larat dia angkat aku.Hihi..
Masa kami tengah ralat tengok matahari terbenam, satu kejadian telah berlaku depan mata kami dimana seorang beach boy telah dilanggar jet ski. Beach boy tu tengah repair jet ski yang da rosak kat tengah laut. Pelanggaran tersebut telah menyebabkan beach boy tersebut melambung dan pengsan dalam laut. Tapi mamat yg naik jet ski tu (orang ca-ya-nun-alip) diamkan diri dan beach boy di darat menyangkakan yang mamat jet ski tu hanya melanggar sebuah jet ski yang rosak di tengah laut. So, dia dilepaskan macam tu je tanpa mereka tahu yang mamat jet ski tu da langgar orang.

Kami terutamanya suami2 yang nampak dengan jelas kejadian tersebut telah memberitahu beach boy yang lain, kami nampak susuk melambung ke udara. Melalui maklumat kami tu, operasi mencari dan menyelamat terus dilaksanakan. Bimbang jika beach boy tu masih hidup tetapi lemas akibat pengsan. mamat jet ski tadi telah dijejak, kemudian orang kampung yang marah telah belasah mamat tu sebelum dihantar ke balai polis.

Operasi mencari dan menyelamat berlarutan sehingga pukul 1am. Baru jenazah beach boy tu ditemui. Beach boy tu baru berusia 24 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Malam tu, lepas gi makan kami saja2 jalan tepi laut, sambil2 tengok operasi menyelamat. Ahli bomba dengan bantuan orang kampung telah bekerjasama mencari beach boy yang malang tu.

Ada live band kat situ. Layan je la. Aku plak kedemaman malam ni. Adeh...

Band ni banyak main lagu rangge especially Bob Marley. Layan gak...
Rasta style

Muka minah demam
Lepak sat
tak berani nak masuk, banyak mat saleh mabuk



No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀