Thursday, December 6, 2012

Makan angin @LANGKAWI (Day 1)

TRIP TO LANGKAWI SERIES:
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Indahnya Langkawi
............................................................

Excited giler!!! Memang da lama kami plan nak gi Langkawi ni. At last... dapat gak pegi. So, aku memang harap sangat program yang aku atur ni tak spoil. Cuaca ke, sakit ke... harap2 ok.

Kami bertolak dari Subang pukul 12am  6 Disember 2012. Then lebih kurang pukul 4am kami sampai Penang, singgah amik adik bongsu aku yang nak gi skali.

Amik dia... kami terus bertolak ke Kuala Kedah. Kami sampai kat Jeti Kuala Kedah dalam pukul 8am.

Haha..muka bangun tido
oma'aii.. barang memasing..
Dapat tiket feri pukul 8.15am. Perjalanan menaiki feri ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Dulu kami naik dari Kuala Perlis, kejap je. Kuala Muda ni jauh sket. 


Sempat layan satu movie sementara tunggu sampai jeti. Diorang pasang cite Kembar Siang. Layan je la. Tapi husband aku tido je, penat drive tadi.

Nampak ke'rabak'an matanya.Hihi..

Sampai kat jeti
 Sampai  jeti, terus pi kaunter kereta sewa. Kami da booking 2 biji kereta. Amik Iswara, nak jimat. Sebiji RM60 je. Nak pakai 5 hari tuh...

Tempat kami amik keta
Servis sangat la lambat. Kereta pun tak bape nak cantik.Tapi takpe, janji ada aircond. (Lupa amik gambar keta)

Kitorang tak bley nak check in lagi sebab blom kol 2pm. So kami decide nak pusing2 kat Taman Lagenda dulu.
 




Dari Taman Lagenda, kami terus singgah ke Dataran Lang, sebab tak jauh dari situ pun. 



Kami bertolak ke Padang Mat Sirat, tempat homestay kami tu. Ada la dalam satu jam gak dari pekan Kuah ke Padang Mat Sirat. Sementara tunggu bakal mak cik kami tiba ngan kunci umah homestay, kami singgah kat Beras Terbakar yang memang terletak kat Padang Mat Sirat. Tapi macam da tak best kat situ, berbeza dari masa aku datang dulu.


Banyak kedai di laluan masuk Beras Terbakar. Tapi harganya tak melambangkan Langkawi pun  :(

Dalam pukul 4pm, Cik Zila, bakal makcik aku datang bawak kunci homestay. Kami pun check in

Penginapan kami selama 3 malam
 Amat puas hati ngan keadaan homestay. Sangat2 berpuas hati. Cuma yang tak bestnya, bilik air cuma satu ngan takde mesin basuh je.

Da check in, sume tido pengsan.. kepenatan le tu.

Petang tu, aku ajak diorang sume pegi cari pasar malam. Hari Khamis malam Jumaat, ada pasar malam kat Pantai Chenang. Pe lagi... serang.



Favourite husband aku nih
Cucuk2 wajib beli... favourite Aina ngan Airis
Haha.. senang guna kipas elektrik je
Sekumpulan mat saleh lepak makan nasi ngan sotong bakar kat situ. Sempoi..
Gula2 pelik memang kami tak beli. Sebab takut tak halal. Dari Siam..
Rokok murah.. tapi tak sedap :p
Aku suka gi pasar malam kat tempat asing sebab nak compare harga ngan nak cari makanan pelik /ataupun makanan yang aku tak pernah makan.Hihi..

Malam tu, Airis berdarah hidung sebab main lompat katil, pastu terjatuh dan terhantuk ke almari cermin. Banyak gak darahnya. Aku ngan husband nak bawak dia gi klinik, tapi jalan2 tak jumpa klinik swasta yang buka malam dalam pukul 8pm. Memang takde. Yang ada cuma Hospital Langkawi. Langsung tak jadi.

Airis pun nampak ok. Insya Allah xde pape.




No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀