Tuesday, February 14, 2012

Salah siapa?

Hari Jumaat minggu lepas, aku ngan husband ke LHDN, Damansara Perdana. Nak check status BR1M mak aku. Standard r orang kita, last minit baru nak buat ;p.

Kat surat jawapan mak aku tu diorang tulis TIDAK LAYAK. Alasannya, tanggungannya iaitu adik aku da masuk dalam tanggungan orang lain. Means, nama adik aku da ada org masukkan namanya sebagai tanggungan.

Pe ke halnya? sape plak yang da guna nama adik aku tu? Kami keliru, so, kami ke sana untuk semaksemula.

Semak punya semak, rupanya ada orang lain guna no IC adik aku. Laa.. sistem canggih diorang ni tak bley detect ke bila diorang key in no yang sama? Diorang tak siasat ke?

Last2, jadi keje kami plak... kena isi semula borang rayuan. Siapa sebenar yang harus dipersalahkan? LHDN? JPN? Kami? Agak2nye, org tu da sedap2 makan duit RM500 tu. Kami tak kisah sangat pasal duit tu, tapi kalau betul no IC mereka sama, apa kes?

Da la aku tengah hot masa semak tu, pastu ada sorang CA-YA-NUN-ALIP yang agak berumur tu bikin aku bertambah panas. Masa tu husband aku tgh brcakap ngan kerani yg tengah semak tu. Aku plak tengah call adik aku untuk pastikan no IC dia betul ke tak. Lepas abih call, aku terus menuju ke husband aku, nampak macam aku potong Q. Tetiba dia tegur aku, " Halo.. beratur la,"dengan nada yang agak kasar. Nasib baik aku ni ada pertimbangan, lalu aku pun menjawab dengan agak sopan, " husband saya meh.." dia terdiam malu. Padahalnya, dia memang da beratur belakang kami, lagi dia tak perasan ke?

Ni, nak kena ke LHDN, Damansara Perdana tu balik nak submit borang rayuan yg memerlukan salinan IC mak ngan adik aku yg berada kat kampung. Adeh......

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀