Friday, June 14, 2013

Kek Chocolate Moist

Sempena birthday mysayang, aku buka balik buku resepi lama. Oleh kerana orang rumah ni suka chocolate, so sempena birthday mysayang tahun ni, aku nekad buat kek chocolate moist special untuk dia. Yehuuu...menjadi gak. Resepi pun cukup simple.

Da agak lama aku tak share resepi. So aku share resepi Kek Chocolate Moist yang aku buat ni. Sumbernya, aku kurang pasti.

KEK CHOCOLATE MOIST

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**Di ayak bersama

Bahan B

3 biji telur grade A
2 cawan gula (dikisar halus)
1 sudu teh esen vanila

Bahan C

1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair

1 cawan air panas

CARA MEMBUATNYA :

1.) Pukul telur bersama gula. Pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi.

2.) Masukkan Bahan C, kemudian kacau perlahan dengan menggunakan whisk. (Kalau terlebih kacau, nanti atas kek akan merekah)

3.) Masukkan Bahan A tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.

4.) Kemudian masukkan air panas.

5.) Masukkan dalam oven , bakar dengan suhu 180 darjah celcius. Sejukkan sebelum dihias.

Ready to bake
Da siap. Rupa je nampak buruk. Tapi rasa...walllaaa..
Aku buat 2 lapis. Di lapiskan dengan creme cheese.
Masa untuk menghias.
Okey la... nantikan ye. Macam mana le rupanya. Hihiiii....





No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀